Sirkit 1 - Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara, 6 & 7 Mac, 2010

Wednesday, February 24, 2010

Share this history on :

Kompleks Sukan Negara, Malaysia (KSN) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) akan mengunjurkan acara berikut;

Acara
Sirkit 1 - Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara


Tarikh / Masa
6 Mac 2010 - Klinik & Pameran Gusti Lengan

9.00 pagi - 5.00 petang (termasuk pendaftaran pertandingan)

7 Mac 2010
- Pertandingan
9.00pagi - 10.30 pagi : Pendaftaran & Timbangan Berat Badan
10.30 pagi - 11.00 pagi - Taklimat Pertandingan
11.00 pagi - 5.00 petang - Perlawanan


Venue
Stadium Hoki (Level 1), Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur



PERATURAN AM
Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh Undang- undang yang ditetapkan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara adalah muktamad.


PENYERTAAN
Penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara, lelaki dan wanita yang berumur 18 tahun ke atas.


KATEGORI ACARA
a) Kategori A Lelaki 85.1 kg ke atas ;
b) Kategori B Lelaki 75.1 kg - 85.0 kg ;
c) Kategori C Lelaki 75 kg ke bawah; dan
d) Kategori D Wanita Terbuka.


HADIAH SEMUA KATEGORI
Johan - Wang Tunai RM 300, medal & sijil
Naib Johan - Wang Tunai RM 200, medal & sijil
Ketiga Wang Tunai - RM 100, medal & sijil
4 tempat saguhati - Hamper & sijil


FORMAT PERTANDINGAN
Kejohanan ini hanya menggunakan tangan kanan & format pertandingan adalah kalah mati 2 kali. Peserta akan ditimbang berat untuk menentukan kategori yang layak. Pengerusi pengadil bersama pengadil pelepas akan menentukan peserta –peserta yang menang & kalah.


LAIN-LAIN SYARAT
Pengambilan dadah & arak adalah di larang. Peserta yang pernah atau sedang mengalami kecederaan seperti patah tangan, retak atau terseliuh dibahagian lengan tidak dibenarkan mengambil bahagian.

Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang risiko / kemalangan / kehilangan harta benda / kecederaan yang mungkin berlaku kepada peserta.

Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta di dapati melanggar syarat-syarat yang disebutkan di atas.


YURAN PENYERTAAN
Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 10.00. Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI ataupun secara “BANK IN” atas nama Perbadanan Stadium Merdeka di akaun berikut :-

Maybank 014011447266

Bayaran secara “BANK IN” perlu menyertakan slip bayaran dengan menulis nama individu atau pasukan di atas slip tersebut beserta dengan borang pertandingan dan difakskan ditalian 03-8994 6581. Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik diri.


Maklumat Lanjut Sila Hubungi :

Unit Pembangunan Acara
Kompleks Sukan Negara
Tel : 03-8992 0888 samb 843 ,844 & 845
Faks : 03- 8994 6581
Haslina (012-6299617)
Fitri (019-3576879)

Mereka yang ingin mendaftar melalui PSLNS boleh menghantar SMS dengan menyatakan nama, no. K/Pengenalan dan berat badan ke 0129402679.

Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh didapati dengan melawat laman web rasmi Kompleks Sukan Negara di www.stadium.gov.my atau klik kepada Borang Penyertaan


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: