PSLNS mohon tajaan untuk Sirkit 2 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010

Thursday, March 18, 2010

Share this history on :
Salam hormat,

Susulan daripada kejayaan menganjurkan Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN bersama-sama dengan Kompleks Sukan Negara bulan Mac lalu, yang mendapat sambutan menggalakan daripada pemain dan peminat gusti lengan khususnya dari Selangor dan Kuala Lumpur, pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) sekarang sedang dalam usaha untuk menganjurkan Sirkit 2 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 pada April 2010. Di samping itu juga PSLNS juga berusaha untuk memastikan kelangsungan pertandingan ini dengan mengadakan sekurangnya satu pertandingan dalam satu bulan (untuk Sirkit ke 3 dan seterusnya).

PSLNS memohon jasa baik organisasi, syarikat, agensi kerajaan ataupun individu-individu untuk bersama-sama membantu PSLNS untuk menganjurkan pertandingan ini. Anggaran kos bagi satu pertandingan gusti lengan adalah di antara RM7,000 - RM10,000 sahaja. PSLNS juga bersedia menerima tajaan berupa produk atau hamper atau pun apa sahaja sumbangan yang boleh menjayakan pertandingan ini.

Organisasi, syarikat, agensi kerajaan atau individu yang berminat boleh berhubung terus dengan mereka yang di bawah;

1. Presiden - Ab Aziz Ali 012-4189438
2. Naib Presiden 1 - Mohamad Razali Shaharin 0129722228
3. Naib Presiden 2 - Shahril Azmir Zainul Abidin 0126600288
4.Setiausaha /Pengarah Pertandingan - Shamsul Kahar Mohamad 0129402679

Semua pihak yang ingin menganjur atau menaja pertandingan ini dimaklumkan bahawa hanya empat penama di atas sahaja yang diberi kuasa mewakili PSLNS dalam apa juga perbincangan mengenai penganjuran dan penajaan pertandingan Gusti Lengan.

Sekian terima kasih.


Shamsul Kahar bin Mohamad
Setiausaha /Pengarah Pertandingan
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: