PROGRAM MINI KARNIVAL KESIHATAN 2010, KG. BATU BELAH, KLANG.

Monday, April 5, 2010

Share this history on :
Kelang, 4 April 2010. Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah dijemput ke Masjid Sirajuddin Al-Anuar di Kg. Batu Belah, Klang untuk menjayakan Program Mini Karnival Kesihatan 2010 anjuran JKKK Kg. Batu Belah, Klang.

Program tersebut, yang bermula sejak pukul 7 pagi, menyaksikan pelbagai agensi/jabatan kerajaan dan organisasi/persatuan mengadakan pameran di ruang dataran masjid tersebut.

PSLNS juga turut diberi peluang untuk membuat penerangan dan juga “live demo” gusti lengan kepada para pengunjung di khemah Urusetia di tapak karnival tersebut.

Hadir bagi pihak PSLNS adalah Pengarah Latihan & Pembangunan, En. Shahril Azmir dan juga Pen. Pengarah Latihan, En. Hairul Nazli. Turut serta bagi memeriahkan suasana, Mr Selangor 2009, Mohd Ridhuan Husin, yang tanpa penat lelah, melayan para pengunjung yang ingin mencabar beliau di dalam pertandingan gusti lengan. Hadiah saguhati turut diberikan kepada pengunjung yang berani mencuba.

Tetamu khas pada majlis tersebut, YB Dr. Hj. Abdul Rani Bin Osman (ADUN Meru N42), turut melawat khemah PSLNS bagi mengikuti penerangan dan mencuba sendiri sukan gusti lengan yang semakin popular ini.

Pihak PSLNS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pihak JKKK Kg. Batu Belah dan Masjid Sirajuddin Al-Anuar kerana menjemput dan memberikan peluang kepada PSLNS untuk turut menjayakan Program Mini Karnival Kesihatan 2010.


Pengarah Latihan PSLNS, Shahril Azmir (kiri) memberi sedikit penerangan kepada YB Dr. Hj. Abdul Rani Bin Osman (ADUN Meru N42).

Orang ramai turut dipelawa untuk membuktikan kehebatan mereka

Kelibat Mr. Selangor 2009, Mohd Ridhuan Husin (kiri, bertopi) dan Pen. Pengarah Latihan, En. Hairul Nazli sedang membuat demonstrasi di tapak karnival.


Kanak-kanak juga turut mencubamembuktikan kehebatan mereka


Laporan : Shahril Azmir Zainal Abidin


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: