Kuala Kubu Bharu, 24hb April, 2010. Ayu, panggilan untuk gadis manis berusia sebelas tahun ini atau nama sebenarnya Siti Norshahira bte Ramli, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu ini begitu bersungguh-sungguh dalam setiap "perlawanan" yang disertainya sewaktu berlangsungnya Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Bharu.
Menewaskan semua pencabarnya termasuk beberapa orang pelajar lelaki menunjukkan potensi yang ada pada gadis cilik ini. Malah tanpa segan-segan turut mencabar Presiden PSLNS dan Badangpower untuk bertarung dengannya. Dengan berdiri di atas sebuah kerusi akhirnya dua orang kuat PSLNS tewas ditangan gadis cilik ini.
Melihat kepada kesungguhan Siti Norshahira ini dan juga begitu ramai sekali kanak-kanak perempuan dan lelaki seolah-olah memberi gambaran positif bahawa sukan gusti lengan berpotensi untuk berkembang sebagai acara sukan yang digemari dalam masa terdekat. Sekiranya segala usaha dengan disertai sokongan daripada pelbagai pihak, PSLNS percaya sukan ini akan berkembang lebih pantas dalam beberapa tahun akan datang.
Perempuan tetap perempuan, Ayu sempat meneyelitkan sekuntum bunga raya
di telinganya sewaktu beraksi di gelanggang
0 comments:
Post a Comment