Panasssssssss di Selangor!!!!

Saturday, October 1, 2011

Share this history on :
Salam.

Apa cerita? Ada isu panas yang sedang melanda pemain-pemain gusti lengan Selangor. Ramai yang tak puas hati. Ramai yang nak memberontak. Small community but big issue. Badangpower malas nak cerita kat sini, takut nanti bertambah panas. Takut pandangan umum akan melihat gusti lengan ni sukan yang bermasalah. Tapi tak adil juga kalau ahli-ahli gusti lengan Selangor tak dapat nak meluahkan pandangan mereka., takut nanti meletup lagi susah.

Jadi kalau ada yang nak meluahkan pandangan, Badangpower tak ada masalah untuk membenarkan luahan dan pandangan anda disiarkan di blog ini. Moga ada sinar baru selepas ini. Kalau anda mahu luahkan, Badangpower sedia bagi ruang. Hantar luahan anda. Badangpower berjanji tak akan buat apa-apa suntingan. Cuma ingatan Badangpower pada semua, jaga penulisan, jangan caci maki, jangan ada tuduh menuduh. Apa yang penting kita cuma mahu mencari kebaikan agar sukan Gusti Lengan akan berkembang dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat tanpa prejudis.

Anda boleh hantarkan luahan anda kepada saya di badangpower@yahoo.com

Sementara itu, jangan lupa, esok 2 Oktober, 2011 kita ada pertandingan gusti lengan di Institut Latihan Pengurusan dan Pentadbiran Pengangkutan Laut (ILPPPL), Pulau Indah. Kami akan cuba untuk siarkan setiap perlawanan melalui facebook www.facebook.com/upenyu_my. Jom ramai-ramaikan pertandingan ini. Badangpower tunggu anda di sana.

Jumpa lagi.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: