Gusti Lengan Festiva Mersing - Tarik minat peserta luar

Monday, April 16, 2012

Share this history on :





Oleh Mohd Hilmie Hussin dan Azlan Muhammad Zain

SEPERTI dijanjikan Pertandingan Sukan Lengan anjuran akhbar nombor satu negara, Harian Metro sempena Festiva Mersing memukau pengunjung dan mencapai matlamatnya.Pertandingan yang berlangsung di khemah Arena selama dua hari, berakhir semalam jelas berjaya menghiburkan segenap lapisan masyarakat yang hadir.

Pengunjung bukan saja berpeluang untuk menyaksikan peserta tempatan yang hadir dari beberapa buah negeri, malah kelibat peserta luar negara seperti Singapura dan Latvia. Tanpa menghiraukan keadaan panas terik, mereka tetap memenuhi khemah Arena sejak pagi hingga petang bagi memberikan sokongan kepada peserta bersaing merebut hadiah lumayan yang ditawarkan. Keadaan jelas hangat apabila ada pengunjung saling memberikan sokongan padu dengan gaya tersendiri kepada peserta pilihan masing-masing. Semakin menarik apabila sokongan mereka dibalas peserta yang mempamerkan saingan sengit sehingga memerah keringat terakhir.

Akhirnya dua kategori Terbuka Lelaki diungguli peserta luar negara dengan Martins Lorencis dari Latvia menjuarai kategori heavyweight, 85kg ke atas manakala peserta Singapura, Valen Low muncul juara kategori 75kg-85kg. Peserta tempatan, Mohamad Nizar Yusof pula memenangi kategori 75kg ke bawah. Kategori Terbuka Wanita pula dimenangi Zainun Awang manakala Lee Yong Sheng menjuarai Remaja Bawah 17 tahun.
 
 
ehsan; harian metro
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: