Pertandingan Gusti Lengan Shapadu 2012

Monday, April 16, 2012

Share this history on :


Pemenang-pemenang bergambar kenangan dengan Pengerusi Karnival Hari Shapadu 2012 

Pentas perlawanan gusti lengan dijalankan.


Salam Sejahtera untuk semua.

Pertandingan Gusti Lengan sempena dengan Karnival Hari SHAPADU telah diadakan pada 14 & 15 April, 2012 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori A Lelaki 85.1 kg ke atas, Kategori B Lelaki 75.1kg - 85kg dan kategori C Lelaki bawah 75kg. Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;

Kategori A

  1. Abdul Rahman Rahim
  2. Hairul Nazli
  3. Mohd Fauzi Mohd Basri
  4. Ismail Talib
Kategori B

  1. Sazali Nazaki
  2. Mohd Rafaei @ Tuah Mastaruddin
  3. Mohd Nazri Yusof
  4. Mohd Nasir Monchi

Kategori C

  1. Abd Razak Hadezir
  2. Hafizullah Abd Aziz
  3. Mohd Ariff Abdul Hamid
  4. Nor Ahmad Fakeh
Pihak PSLNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan SHAPADU kerana telah sudi menjemput PSLNS untuk menganjurkan petandingan gusti lengan ini. Diharapkan juga acara gusti lengan ini dapat diadakan pada apa juga karnival yang dianjurkan oleh pihak SHAPADU. Pihak kami ingin mencadangkan kepada pihak SHAPADU untuk memasukkan juga kategori Wanita pada masa-masa akan datang. Pihak PSLNS sekali mengucapkan terima kasih daun keladi kepada pihak pengurusan SHAPADU.

Kepada peserta-peserta juga pihak PSLNS juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjadi pengikut setia gusti lengan Selangor yang sentiasa mennyertai apa juga peetandingan gusti lengan yang dikendalikan oleh piohak PSLNS. Keranan anda semualah sukan gusti lengan terus aktif dan meriah setiap masa.


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: