Harian Metro: Wanita Bergusti

Monday, April 16, 2012

Share this history on :
Wanita bergusti


Oleh IBRAHIM ISA, MAHAIZURA ABD MALIK dan MOHD SAH MUDA

MERSING: Gerai Arena Harian Metro muncul gerai paling meriah pada Festiva Mersing di Dataran Pulau di sini, semalam, selepas diserbu ratusan pengunjung berikutan penganjuran pertandingan gusti lengan.

Gerai berkenaan menjadi tumpuan sejak jam 10 pagi semalam berikutan pengunjung tertarik dengan tawaran hadiah lumayan disediakan penganjur.

Lebih menarik, penganjuran kali kedua selepas diperkenalkan pada program Gegaria Harian Metro di seluruh negara itu dibawakan khas sempena Festiva Mersing.

Malah, sukan gusti lengan yang sinonim dengan lelaki turut menjadi rebutan golongan wanita pelbagai peringkat usia.

Suri rumah, Norhayati Abu Bakar, 44, berkata, dia tertarik menyertai pertandingan itu bagi mengisi masa lapang.

“Saya menyertainya sekadar suka-suka selepas diajak rakan. Walaupun ia sinonim dengan lelaki, saya rasa tidak salah wanita mencuba serta merasai pengalaman menyertainya.

“Selain menguji daya tahan, acara ini juga menawarkan hadiah berbaloi,” katanya.

Sementara itu, Pengarang Sukan Harian Metro, Radzi Wahab berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyediakan acara itu sebagai penghormatan kepada pengunjung.

“Selain memeriahkan program, acara ini boleh menyihatkan badan, malah kami jangkakan kehadiran lebih ramai pengunjung hari ini (semalam).

“Acara ini membabitkan lima kategori iaitu bawah 17 tahun, terbuka wanita serta terbuka lelaki iaitu 85 kilogram (kg) ke atas, 75kg hingga 85kg serta bawah 75kg.

“Kami menawarkan hadiah wang tunai dan hamper dengan jumlah keseluruhan RM6,000. Pemenang pertama bakal membawa pulang RM350 diikuti RM250, RM150 dan RM100 bagi tempat kedua hingga keempat serta RM50 bagi saguhati,” katanya.

Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Harian Metro, Ahmad @ Salim Bachok berkata, acara berkenaan sebagai menghargai pengunjung, khususnya pembaca setia Harian Metro, selain memeriahkan penganjuran Festiva Mersing.

“Kami berpuas hati dengan sambutan menggalakkan pengunjung, terutama penduduk Mersing,” katanya.

“Pada masa sama, kami berbangga kerana matlamat melihat pengunjung dan masyarakat setempat menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan tercapai melalui sambutan diberikan,” katanya.

Menurut Ahmad, pengunjung masih berpeluang merebut hadiah menarik ditawarkan dengan menyertai dua acara yang disediakan sehingga hari ini.


Gambar Hiasan : Marlinda lawan Milla AF
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: