
Showing posts with label kuala kubu baru. Show all posts
Showing posts with label kuala kubu baru. Show all posts
Ayu, bakal gegar dunia gusti lengan tanah air 10 tahun akan datang
Tuesday, April 27, 2010
Kuala Kubu Bharu, 24hb April, 2010. Ayu, panggilan untuk gadis manis berusia sebelas tahun ini atau nama sebenarnya Siti Norshahira bte Ramli, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu ini begitu bersungguh-sungguh dalam setiap "perlawanan" yang disertainya sewaktu berlangsungnya Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Bharu.
Menewaskan semua pencabarnya termasuk beberapa orang pelajar lelaki menunjukkan potensi yang ada pada gadis cilik ini. Malah tanpa segan-segan turut mencabar Presiden PSLNS dan Badangpower untuk bertarung dengannya. Dengan berdiri di atas sebuah kerusi akhirnya dua orang kuat PSLNS tewas ditangan gadis cilik ini.
Melihat kepada kesungguhan Siti Norshahira ini dan juga begitu ramai sekali kanak-kanak perempuan dan lelaki seolah-olah memberi gambaran positif bahawa sukan gusti lengan berpotensi untuk berkembang sebagai acara sukan yang digemari dalam masa terdekat. Sekiranya segala usaha dengan disertai sokongan daripada pelbagai pihak, PSLNS percaya sukan ini akan berkembang lebih pantas dalam beberapa tahun akan datang.
Perempuan tetap perempuan, Ayu sempat meneyelitkan sekuntum bunga raya
di telinganya sewaktu beraksi di gelanggang

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gadis cilik,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
kuala kubu baru,
Sekolah kebangsaan Kuala Kubu Bharu
Timbalan Menteri Belia dan Sukan "Sertai" Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Baru
saudara Ab Aziz Ali, Presiden PSLNS
Kuala Kubu Baru, 24hb April, 2010. Peserta-peserta Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Baru amat bertuah apabila turut sama "menyertai" pertandingan ini adalah tetamu istimewa iatu YB Dato' Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Di dalam pertandingan berkenaan YB Dato' Razali Hj Ibrahim berjaya mengalahkan beberapa orang peserta di samping berjaya "menewaskan" Saudara Ab Aziz bin Ali, Presiden PSLNS sendiri.
Sementara itu Muhamad Rizhuan yang baru berusia 19 tahun muncul sebagai juara dalam Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Baru yang diadakan di Tapak Karnival Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru. Anak muda yang berasal dari Pasir Panjang dengan ketinggian 175cm dan berat badan mencecah 100kg berjaya menumbang lawannya yang lebih dewasa untuk mara ke perlawanan akhir. Di perlawanan akhir, beliau menang mudah ke atas Hashim bin Awang yang muncul sebagai naib juara. Azizul bin Yassin tempat ke 3 dan Mahat Jalaluddin di tempat ke empat.


Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
kuala kubu baru,
YB Dato' Razali bin Hj Ibrahim,
YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Subscribe to:
Posts (Atom)