Harian Metro 25/7/2011: Tenaga Tiam Siew

Tuesday, July 26, 2011

Share this history on :

Lee Tian Siew (baju Oren) bersama Zawawi Hussin di Malaysian Armwrestling Open 2010 di Klang Parade



Oleh
Mohd Hilmie Hussin &Azlan Muhammad Zain
sukan@hmetro.com.my

SUKAN lengan sempena Karnival Gegaria Harian Metro yang berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru kelmarin mendapat sambutan hangat warga Johor apabila pengunjung mengerumuni booth Arena sejak jam 8.30 pagi.

Buat julung kalinya kejohanan sukan lengan dilangsungkan di karnival Gegaria dan 90 ahli gusti lengan hadir bersama keluarga yang setia menanti sehingga ke acara final di sebelah petang.

Setiap peserta bertanding yang datang dari seluruh negara itu memberikan saingan sengit.

Peserta dari Persatuan Sukan Lengan Melaka, Lee Tiam Siew muncul juara kategori heavyweight apabila mudah menewaskan wakil Kelantan, Zawawi Husin dengan kemenangan 2-0.

“Saya sentiasa mengambil peluang menyertai mana-mana pertandingan sukan lengan dan kali ini mengetuai pemain persatuan Melaka,” kata Tiam Siew, jurulatih persatuan terbabit yang gembira dengan kemenangan wang tunai RM500.

Tiam Siew sejak awal lagi dicanang sebagai calon pilihan kerana namanya cukup popular dalam kategori heavyweight.

Tempat ketiga kategori 80kg ke atas dimenangi Ishak Mat manakala Mohd Nor Al-Amin keempat.

Ku Rashid Ku Rubi yang muncul juara kategori 70kg-80kg amat gembira kerana perjalanan jauh dari Baling, Kedah berhasil apabila menewaskan 16 pesaing lain dalam kategori itu.

Dia yang mempunyai berat badan 74kg sentiasa tenang dengan senyuman sering terpampang di bibir bagaimanapun dipaksa berkerja keras pada final apabila bertemu rakan senegeri Ali Mydin.

Darma Saifulnizam menang tempat ketiga dan tempat keempat dimenangi Isman Wahib.

Ku Rashid menang pusingan pertama bagaimanapun gagal menang mudah apabila Ali mengungguli pusingan kedua. Begitupun di pusingan ketiga Ku Rashid berjaya memenangi permainan sekali gus menang RM500.

Azree Alias dari Johor muncul juara bawah 70kg lelaki Ee Chong Ong 2-0. M Ali Omar dan Hafizi Abdullah masing-masing tempat ketiga dan keempat.

Pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat setiap kategori membawa pulang RM300, RM200 dan RM100.

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: