Afrizal, Mervyn dan Nizar, ditabal Mr Selangor 2010

Monday, July 25, 2011

Share this history on :



Bukit Kiara, Kuala Lumpur,24/7/2011. Setelah hampir enam bulan tertangguh, akhirnya Final Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 bagi merebut gelaran MR Selangor 2011 telah dapat diadakan dengan jayanya di Stadium Juara, Bukit Kiara. Terima kasih kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) kerana telah bermurah hati menaja pertandingan ini. Kami harap sokongan yang diberikan oleh pihak PSM ini akan dicontohi oleh lain-lain badan korporat, agensi kerajaan dan syarikat swasta bagi menyokong aktiviti sukan di Malaysia.

Afrizal Yunus berjaya merangkul gelaran Mr Selangor 2010 apabila menewaskan pencabarnya Mohd Zil Fadli di perlawanan akhir untuk lelaki kategori A. Kejayaan ini telah menebus kekecewaan tahun 2009 apabila gagal merebut gelaran Mr Selangor 2009 tewas di tangan Harith Abdullah. Ketiadaan Harith Abdullah pemegang gelaran MR Selangor 2009 pada pertandingan kali ini, sedikit sebanyak membantu Afrizal merangkul gelaran Mr Selangor 2010. Sementara itu, Zil Fadli yang memilih untuk bertandingan dalam kategori A telah memberi tentangan sengit kepada Afrizal sebelum tewas dalam perlawanan 2 set. Walaupun tewas di perlawanan akhir, kejayaan memasuki perlawanan akhir amat bermakna kepada Zil Fadli kerana turut berjaya menewaskan seorang lagi pencabar dalam kategori A iaitu Shuhaizat Masih sebelum mara ke perlawanan akhir.

Untuk kategori B pula, Marview Siew berjaya merangkul gelaran Mr Selangor 2010 apabila berjaya mengalahkan Hairul Nazli dalam satu lagi perlawanan sengit. Tentangan sengit yang diberikan oleh Harul Nazli telah memaksa perlawanan di dalam set kedua diulang beberapa kali oleh pengadil sebelum Marview akhirnya berjaya menewaskan Hairul Nazli. Nazeri Yusuf yang baru berjinak-jinak dalam sukan gusti lengan berjaya menduduki tempat ke tiga.

Seperti yang diramal, Mohamad Nizar Yusuf yang telah menunjukan persembahan begitu konsisten dalam setiap pertandingan yang disertai malah memenagi beberapa kejuaraan, berjaya merangkul gelaran Mr Selangor 2010 apabila menewaskan pencabar Sazali Nazaki dalam perlawanan akhir kategori C. Walaupun cuba memberikan tentangan, Sazali Nazaki gagal dalam percubaan keduanya merangkul gelaran Mr Selangor. Amat malang sekali bagi Sazali Nazaki, walaupun berjaya beberapa kali memasuki perlawanan akhir dalam pertandingan gusti lengan, cuma mampu merangkul satu kejuaran pada pertandingan gusti lengan anjuran majlis Perbandaran Subang Jaya. Manakala tempat ke tiga jatuh kepada Hainizal Hadaffi Khairuddin.

Gelaran Mr Selangor dan hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia dan Encik Mohd Zulqurnain bin Hj Mohamed, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Acara Perbadanan Stadium Malaysia..

Juara bagi pertandingan ini disamping membawa gelaran Mr Selangor 2010 turut membawa pulang Piala, wang tunai RM300, medal dan sijil Mr Selangor 2010 dari PSLNS dan sijil penyertaan daripada PSM..

Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;

Kategori A (85.1kg ke atas)
1. Afrizal bin Yunus - Mr Selangor 2010
2. Mohd Zil Fadli bin Abd Halim
3. Shahrizad bin Masih
4. Mohd Shafie bin Harun


Kategori B (75.1kg - 85kg)
1. Mervyn Siew - Mr Selangor 2010
2. Hairul Nazli bin Abd Halim
3. Nazeri bin Yusof
4. Ong Khai Zain

Kategori C (75kg ke bawah)
1. Mohamad Nizar bin Yusof - Mr Selangor 2010
2. Sazali bin Nazaki
3. Hainizal Hadaffi bin Khairuddin
4. Mohd Fairuddin bin Md Suki


Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemenang-pemenang. Terima kasih tidak terhingga kepada Perbadanan stadium Malaysia, dan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan pertandingan ini.



Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: