Isu pertikaian perbezaan peraturan gusti lengan antara negeri-negeri.

Monday, July 18, 2011

Share this history on :



Salam,

Kebanyakan ahli gusti lengan seluruh negara telah mengetahui bahawa bebeapa acara pertandingan gusti lengan akan diadakan di seluruh negara pada 23 & 24 Julai ini. Berdasarkan pengalaman yang lepas, isu yang sentiasa timbul selepas acara tamat adalah terdapat perbezaan peraturan yang dikenakan ke atas pemain-pemain. Setiap negeri seolah mempunyai undang-undang mereka sendiri. Ini secara jelas telah menyusahkan pemain-pemain.

Sehubungan dengan itu, pihak PSLNS mengambil inisiatif untuk menyiarkan di sini peraturan sebenarnya oleh World Armsport Federation (WAF) untuk rujukan pemain. Insyaallah, dalam masa terdekat kami akan menyiarkan peraturan yang telah kami terjemahkan di dalam Bahasa Malaysia.

Wasalam.


Shamsul Kahar bin Mohamad
Setiausaha
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: