Terima Kasih Perbadanan Stadium Malaysia & Harian Metro

Wednesday, December 14, 2011

Share this history on :
Encik Abdul Aziz Ali, Presiden Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (baju merah) menyampaikan cenderamata tanda terima kasih atas sokongan Perbadanan Stadium Malaysia kepada Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia 


Encik Abd Aziz bin Ali, Presiden Persatuan Sukan Lengan  Negeri Selangor, hari ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Stadium Malaysia terutamanya kepada Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia  dan Encik Zulqarnain Mohamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Acara, Perbadanan Stadium Malaysia kerana telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada sukan gusti lengan. Selama dua tahun berturut-turut Perbadanan Stadium Malaysia menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan.

Terima kasih juga kepada pihak Harian Metro yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada sukan gusti lengan apabila terus menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan pada setiap Karnival Gegaria yang telah diadakan di beberapa buah negeri. Presiden PSLNS amat menghargai komitmen pihak Harian Metro kerana komited dengan sukan gusti lengan ini, walau pun terdapat beberapa golongan yang berusaha mengagalkan pertandingan ini dengan hadir semata-mata untuk membuat kacau. alhamdulillah nampaknya pihak pemain dan peminat tetap memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi. Tidak perlulah dinyatakan golongan mana yang melakukan pperbuatan keji ini kerana semuannya telah menyaksikan perbuatan mereka tempoh hari hingga memaksa pihak Pengurusan Karnival dan Presiden serta Pengarah Pertandingan PSLNS dipanggil ke Balai Polis Seberang Prai konon didakwa melakukan jenayah perdagangan kerana menganjurkan pertandingan Gusti Lengan. Sykur kepada Allah kerana niat jahat mereka tidak terlaksana dan pertandingan gusti lengan berjaya diadakan dengan jayanya.

Encik Abd Aziz juga amat berharap akan ada lebih ramai lagi agensi-agensi dan syarikat-syarikat koperat yang akan hadir membantu membangunkan sukan gusti lengan ini dengan menaja atau menganjurkan sukan gusti lengan ini untuk tahun 2012. Sukan gusti lengan amat memerlukan sokongan dari badan-badan ini bagi memastikan sukan yang telah mendapat tempat di hat rakyat Malaysia ini akan terus berkembang maju dan disertai lebih ramaai lagi rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa, juga dari pelbagai peringkat umur baik kaum lelaki dan juga kaum wanita.

Akhir sekali, beliau menyeru semua pemain dan peminat sukan gusti lengan bersatu hati dan mengeratkan ikatan silatruhim sesama mereka dan menentang keras usaha pihak-pihak yang konon mengaku berjuang untuk memajukan sukan ini sebaliknya merupakan golongan yang bertindak untuk merosakan imej sukan gusti lengan melalui tindak tanduk bodoh mereka. Beliau juga percaya pemain dan peminat sukan gusti lengan tidak akan terpengaruh dengan dakyah buruk golongan ini.

Tahun 2012 yang akan menjelang tiba tidak lama lagi diharapkan terus memberi sinar baru kepada sukan gusti lengan negara amnya dan di Selangor khasnya. Marilah kita berdoa agar sukan ini akan terus berkembang maju dan dilindungi dari usaha-usaha jahat setengah golongan.

Jumpa lagi.

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: