Pertandingan Gusti Lengan KSN: Majlis Penyerahan Tajaan Karnival Sukan KSN

Thursday, December 1, 2011

Share this history on :

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) akan menutup kalendar aktiviti tahun 2011 tidak lama lagi sebaik tamatnya Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 yang sekaligus menawarkan gelaran Mr Selangor 2011 kepada juara setiap kategori yang dipertandingkan. Pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) atau lebih dikenali sebagai Kompleks Sukan Negara (KSN) akan diadakan pada 10 & 11 Disember, 2011 bertemptat di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Majlis Penyerahan Penajaan Program Sukan Perbadanan Stadium Malaysia telah diadakan petang tadi di Stadium Hoki Bukit Bukit Jalil. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zulqurnain Muhammad, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan dan Pengurusan Acara KSN. Tururt serta hadir pada majlis ini adalah wakil-wakil penaja.

Di samping acara gusti lengan, acara sukan lain yang turut di pertandingkan adalah acara Hoki 9 KSN dan Bola Kerajang 3 On 3. Pertandingan Hoki 9 KSN adalah merupakan acara sukan yang pertama kali diadakan. Manakala Bola Keranjang 3 on 3 merupakan kali ke dua dianjurkan oleh PSM selepas mendapat sambutan hebat dalam pertandingan yang diadakan pada bulan Julai lalu di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Pertandigan Gusti Lengan pula memasuki siri yang ke tenam dan telah diadakan selama dua tahun berturut-turut. Pihak PSLNS bersyukur kerana pihak PSM masih lagi berminat untuk menganjurkan acara gusti lengan dan berharap ianya akan terus diadakan untuk masa-masa yang akan datang. Menurut Encik Zulqurnain karnival sukan seperti ini akan dianjurkan setiap tahun.

Sementara itu, sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan bagi acara gusti lengan iaitu kategori A  lelaki sahaja iaitu 85.1kg ke atas, kategori B Lelaki 75.1.kg hingga 85kg, kategori C Lelaki  75kg ke bawah dan kategori Wanita Terbuka. Pendaftaran boleh dibuat pada 10 Disember dan pada hari pertandingan pada 11 Disember, 2011. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Individu OKU (bisu dan pekak) turut digalak menyertai pertandingan ini. Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM10.

Juara bagi setiap kategori akan membawa pulang gelaran Mr Selangor 2011 (kategori lelaki sahaja), wang tunai RM300, medal dan sijil penyertaan. Tempat kedua akan mendapat RM200, pingat dan sijil penyertaan, manakala ketiga akan mendapat RM100, medal dan sijil penyertaan Bagi tempat ke 4 hingga ke 8 akan mendapat hadiah sagu hati dan sijil penyertaan.

Kejohanan ini menerima tajaan daripada  FIGOS, MILO, Gardenia, Sport Toto dan The Star.

Untuk mereka yang ingin mendaftar bagi menyertai acara gusti lengan, boleh berhubung dengan Unit Pembangunan Acara, Perbadanan Stadium Malaysia, Kompleks Sukan Negara (KSN) di talian 038992088 samb. 844 Haslinawati atau mendaftar terus melalui PSLNS di talian 0124189438 atau 0129402679.

Muat turun borang di http://www.stadium.gov.my/

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: