Harian Metro (20/12/2011):Sabah tetap puas hati

Wednesday, December 21, 2011

Share this history on :
Wong Zye Ziaen dari pasukan Sabah menjuarai kategori 75kg ke bawah, menerima hadiah kemenangan daripada Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Datuk Idris Haron sambil diperhatikan oleh Encik Salim Bachok, Pengerusi Karnival gegaria Harian Metro dan Encik Radzi Wahab, Pengarang Sukan Harian Metro (Gambar oleh PSLNS)

Oleh Mohd Hilmie Hussin & Azlan Muhammad Zain

MESKIPUN tidak meraih hadiah wang tunai yang setimpal dengan perbelanjaan penerbangan ke Semenanjung, lapan penggusti lengan Sabah tetap berpuas hati kerana berjaya membawa pulang dua daripada tiga gelaran yang ditawarkan di pertandingan Sukan Lengan Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, Melaka.

Jolly Johnson, 40, yang mengetuai rombongan dari Sabah itu berkata semua peserta dari negeri di bawah bayu itu berpuas hati dengan pencapaian dua kejuaraan dan satu lagi di tempat ketiga.

“Ini kali pertama kami menyertai KGHM dan kejayaan ,membawa pulang dua kejuaraan cukup besar memandangkan saingan di sini datang dari peserta seluruh negara,” kata Jolly.

Menurutnya semua lapan peserta dari Sabah adalah sanak saudaranya dan anaknya sendiri turut mengambil bahagian.

Jolly yang beraksi dalam kategori heavyweight (85kg ke atas) pada awalnya dijangka mampu menggugat kejuaraan dari juara bertahan Lee Thiam Siew (Melaka), namun jangkaan itu meleset apabila Joly tewas kepada anak didik Thiam Siew, Bong Kim Boon di separuh akhir sekadar berpuas hati di tempat ketiga membawa pulang RM400.

“Saingan di sini cukup sengit, bagaikan pertandingan kebangsaan. Bagus juga Harian Metro menganjurkannya kerana sudah dua tahun tiada kejohanan kebangsaan,” kata Jolly yang memiliki kelab gusti lengan sendiri, Malawa Arm Wrestler Team kerana Sabah tidak mempunyai persatuan sendiri.

Anak Jolly, Joffry muncul juara kategori 75kg-85kg menewaskan Bong Kim Ping di final menang RM800, manakala sepupunya Wong Zye Ziaen menjuarai kategori 75kg ke bawah.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: