Sekitar WOW Armwrestling Putrajaya 2012

Monday, February 27, 2012

Share this history on :
Salam semua.


Alhamdullillah, WOW Armwrestling Putrajaya 2012 yang diadakan pada 26 Februari, 2012 di Persint 2 sempena dengan Karnival WOW Putrajaya 2012 telah berlangsung dengan meriahnya. Terima kasih Badangpower ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai pertandingan ini dan juga penonton-penonton yang berasak-asak di booth Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk menyaksi pertandnigan gusti lengan yang jarang-jarang dapat disaksikan berbanding acara sukan yang lain. Nampaknya kemeriahan booth PSLNS berjaya mengatasi kemeriahn booth Celebrity Corner yang berjiran dengan booth PSLNS. Walau pun Celebriti Corner dihadiri oleh artis-artis ternama tanahair, masih belum berjaya mengatasi kemeriahan di booth PSLNS. Akhirnya dapat juga Badangpower "kidnap" artis populor Milla AF untuk menyampai hadiah bagi kategori Wanita Terbuka. Maaflah peserta lelaki kerana Milla sibuk, boleh sampaikan untuk kategori wanita je.

Terima kasih juga kepada Persatuan Sukan Lengan Melaka, yang telah menghantar seramai 10 orang peserta lelaki dan wanita, berjaya memenangi 3 dari 4 kategori yang dipertandingkan, manakala seorang peserta wanita dari Sarawak tanpa disangka-sangka berjaya muncul juara dalam kategori Wanita terbuka. Tahniah!

Senarai nama-nama pemenang dari setiap kategori akan Badangpower siarkan kemudiaan  kerana senarai nama pemenang masih berada ditangan pihak penganjur. Memang dalam keadaan kesibukan dengan aktiviti-aktiviti lain yang diadakan ditambah pulah oleh lenggang lenggok penari-penari kebudayaan dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara di pentas berhampiran yang begitu mempesonakan.membuat Badangpower terlupa meminta senarai penuh pemenang-pemenang kali ini. jangan marah!
.
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penganjur Karnival WOW Putrajaya 2012 kerana telah mengundangkan PSLNS menjadi sebahagian daripada aktiviti karnival berkenaan. Hadiah wang tunai kepada pemenang juga turut ditaja oleh pihak penganjur.

Insyaallah , kalau tiada aral bulan Mac 2012, kita bakal ada satu lagi pertandingan di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Jadi, perasaplah lengan anda betul-betul.... bagi Kaw-kaw punyaa..

Milla AF menyampaikan hadiah kepada Marlinda, Juara Kategori Wanita Terbuka. Tiga jejaka yang dibelakang kelihatan tak berpuas hati kerana tak diberi kesempatan yang sama.. (apa nak buat, Milla sibuk)
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: