WOW Armwrestling: 30 penyertaan pertama dapat satu tin minuman kesihatan Redbull!!

Wednesday, February 22, 2012

Share this history on :
Salam semua,

Jangan lupa menyertai Pertandingan Gusti Lengan WOW di Putrajaya pada 26 Februari, 2012. Pertandingan ini merupakan pertandingan pembukaan bagi aktiviti gusti lengan Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk tahun 2012. Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Pelancongan Malaysia yang telah memilih gusti lengan sebagai salah satu aktiviti sukan rakyat yang turut mmeriahkan karnival kali ini.

Sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan adalah kat A lelaki 85kg ke atas, kat B lelaki 75kg-85kg, kat C lelaki 75kg ke bawah dan kat D Wanita Terbuka. Yuran penyertaan hanyalah RM10. Hadiah yang bakal diterima oleh Johan, Naib Johan dan ke 3 adalah RM200, Rm150 dan RM100 manakala tempat ke 4 - 8 akan mendapat saguhati.

Persatuan Sukan lengan Selangor juga bebrbesar hati menyumbangkan air minuman kesihatan Redbull kepada 30 peserta yang pertama mendaftar.


Badangpower menunggu lelaki-lelaki perkasa di sana. korang ADA BRAN!!!!
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: