
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Sekitar WOW Armwrestling Putrajaya 2012
Monday, February 27, 2012
Salam semua.
Alhamdullillah, WOW Armwrestling Putrajaya 2012 yang diadakan pada 26 Februari, 2012 di Persint 2 sempena dengan Karnival WOW Putrajaya 2012 telah berlangsung dengan meriahnya. Terima kasih Badangpower ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai pertandingan ini dan juga penonton-penonton yang berasak-asak di booth Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk menyaksi pertandnigan gusti lengan yang jarang-jarang dapat disaksikan berbanding acara sukan yang lain. Nampaknya kemeriahan booth PSLNS berjaya mengatasi kemeriahn booth Celebrity Corner yang berjiran dengan booth PSLNS. Walau pun Celebriti Corner dihadiri oleh artis-artis ternama tanahair, masih belum berjaya mengatasi kemeriahan di booth PSLNS. Akhirnya dapat juga Badangpower "kidnap" artis populor Milla AF untuk menyampai hadiah bagi kategori Wanita Terbuka. Maaflah peserta lelaki kerana Milla sibuk, boleh sampaikan untuk kategori wanita je.
Terima kasih juga kepada Persatuan Sukan Lengan Melaka, yang telah menghantar seramai 10 orang peserta lelaki dan wanita, berjaya memenangi 3 dari 4 kategori yang dipertandingkan, manakala seorang peserta wanita dari Sarawak tanpa disangka-sangka berjaya muncul juara dalam kategori Wanita terbuka. Tahniah!
Senarai nama-nama pemenang dari setiap kategori akan Badangpower siarkan kemudiaan kerana senarai nama pemenang masih berada ditangan pihak penganjur. Memang dalam keadaan kesibukan dengan aktiviti-aktiviti lain yang diadakan ditambah pulah oleh lenggang lenggok penari-penari kebudayaan dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara di pentas berhampiran yang begitu mempesonakan.membuat Badangpower terlupa meminta senarai penuh pemenang-pemenang kali ini. jangan marah!
.
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penganjur Karnival WOW Putrajaya 2012 kerana telah mengundangkan PSLNS menjadi sebahagian daripada aktiviti karnival berkenaan. Hadiah wang tunai kepada pemenang juga turut ditaja oleh pihak penganjur.
Insyaallah , kalau tiada aral bulan Mac 2012, kita bakal ada satu lagi pertandingan di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Jadi, perasaplah lengan anda betul-betul.... bagi Kaw-kaw punyaa..
Milla AF menyampaikan hadiah kepada Marlinda, Juara Kategori Wanita Terbuka. Tiga jejaka yang dibelakang kelihatan tak berpuas hati kerana tak diberi kesempatan yang sama.. (apa nak buat, Milla sibuk)

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Putrajaya,
WOW Armwrestling
WOW Armwrestling: 30 penyertaan pertama dapat satu tin minuman kesihatan Redbull!!
Wednesday, February 22, 2012
Salam semua,
Badangpower menunggu lelaki-lelaki perkasa di sana. korang ADA BRAN!!!!
Jangan lupa menyertai Pertandingan Gusti Lengan WOW di Putrajaya pada 26 Februari, 2012. Pertandingan ini merupakan pertandingan pembukaan bagi aktiviti gusti lengan Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk tahun 2012. Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Pelancongan Malaysia yang telah memilih gusti lengan sebagai salah satu aktiviti sukan rakyat yang turut mmeriahkan karnival kali ini.
Sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan adalah kat A lelaki 85kg ke atas, kat B lelaki 75kg-85kg, kat C lelaki 75kg ke bawah dan kat D Wanita Terbuka. Yuran penyertaan hanyalah RM10. Hadiah yang bakal diterima oleh Johan, Naib Johan dan ke 3 adalah RM200, Rm150 dan RM100 manakala tempat ke 4 - 8 akan mendapat saguhati.
Persatuan Sukan lengan Selangor juga bebrbesar hati menyumbangkan air minuman kesihatan Redbull kepada 30 peserta yang pertama mendaftar.

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan selangor,
Putrajaya,
WOW Armwrestling
Karnival WOW! Putrajaya 2012> Sertai Pertandingan Gusti Lengan
23 February 2012 – 26 February 2012
Venue: Sisiran Tasik Putrajaya Putrajaya
Themed “California Green” which will highlight the achievements of the Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing and agencies in the country’s green initiatives, this will keep Carnival event has received encouraging response last year, such as ATM tattoo show, arts and culture, hot water balloon, Mr Bean: Animated Series, Photography Contest, Sports People, Karaoke and Futsal and Lucky Draw. M.Nasir also bear witness, Ella, Tommy Bolin, Hazama, Meet Uncle Hussein, Stacy and Mila in Concert Wow! Putrajaya at 9:00 pm, February 25, 2012 which will end with a fireworks display.
Jemput ke Pertandingan Gusti lengan yang akan diadakan pada 26 Februari 2012.

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan selangor,
Putrajaya,
WOW Armwrestling
Gelanggan dah dibuka, apa lagi.. ADA BERANI!!!!
Saturday, February 18, 2012
Hampir dua bulan dah kita berehat daripada aktiviti gusti lengan. Lengan Badangpower pun dah gatal-gatal dah nak berentap. Tahun ni rasanya Ah Thiam pun Badangpower nak rentap jugak, bagi khaw khaw!!! Setakat Harith tu, Badangpower ingat ajak lawan tangan kiri je. itu pun belum tentu dia dapat angkat. Juara-juara Mr Selangor 2011, Badangpower hembus je semua habis melayang..hehehehe.. kasi panas sikit gelanggang.
Apa cerita Hairul, Fadli, Sazali, Buyong, Nizar, Marvyn, Harith Joseph Abdullah, Shahrizad, Rafae Tuah, Fauzi, Korang semua dah ready ke..? Kalau dah ready jom, kita berentap kat WOW Armwrestling pada 26 Februari 2012 di POutra Jaya. Yuran RM10, takan nak berkira kot. Kali ni ada 4 kategori termasuk 1 kategori wanita Terbuka, ketagori lelaki cam biasa ada tiga.
Hadiah RM200, RM150, RM100 campur hadiah sagu hati dari tempat ke 4 sampai ke 8. Apa nak kira, janji kita dapat rentap. Badangpower dah tak sabar dah ni nak rentap lu orang semua. Korang berani kee???

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gambar gusti lengan selangor,
Putrajaya,
WOW Armwrestling
Subscribe to:
Posts (Atom)