TUNDA - ARMWRESTLING CHALLENGE @ MaTiC FEST 2012

Friday, November 9, 2012

Share this history on :
Salam semua,

Petang tadi Badangpower dihubungi oleh pihak MATIC untuk memaklumkan bahawa Pertandingan Armwrestling Challenge @ MaTiC Fest 2012 yang dijadualkan pada 23 & 24 November, 2012 telah ditunda ke tarikh baru iaitu pada 14 & 15 Disember, 2012 Lokasi, masa, kategori dan lain-lain tidak berubah. Manakala hadiah pertandingan adalah berupa wang tunai RM500, RM300, RM200 dan RM50 dari tempat ke 4 hingga ke 8 berserta medal dan sijil penyertaan.

Ada hikmahnya penundaan ini kerana pada 25 November, 2012 akan ada satu pertandingan gusti lengan iaitu "Armwrestling Competition Karnival Belia Selangor" di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Jadi dengan perubahaan tarikh ini dapat membolehkan lebih ramai yang akan menghadiri setiap pertandingan yang diadakan.

Jadinya menjelang tahun baru, kita di Selangor dan Kuala Lumpur ada dua pertandingan gusti lengan yang akan diadakan.

Jumpa anda semua di sana..... 
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: