Pertandingan Gusti Lengan COO Fest, 10 November, 2012

Friday, November 9, 2012

Share this history on :

Salam untuk semua.

Badangpower ingin mewar-warkan kepada semua peminat gusti lengan bahawa satu pertandingan gusti lengan yang akan diadakan di Alor Setar bulan  November, 2012. Butiran lanjut pertandingan berkenaan adalah seperti berikut;


Pertandingan Gusti Lengan COO Fest 2012
10 November, 2012
mulai jam 10.00 pagi.
Lokasi di hadapan Bangunan UMNO Pekan Rabu Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
Yuran RM 10
Hadiah wang tunai disediakan.

Maklumat lain seperti kategori, jumlah hadiah wang tunai dan hingga ke tempat ke berapa yang ada hadiah, Badangpower tidak dimaklumkan. Badangpower juga tak ada maklumat siapa penganjur bagi pertandingan ini. Walau bagaimanpun sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah berhubung dengan Encik Rahim 019-4767733 atau Encik Izaham 019-4460011.

Badangpower harap peminat gusti lengan di sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perlis bolehlah sama-sama hadir untuk memeriahkan pertandingan ini dengan menyertainya beramai-ramai. 

Bagi mereka yang ada maklumat keputusan dan nama-nama pemenang serta gambar-gambar menarik sekitar pertandingan itu nanti, sudi-sudilah hantarkan kepada Badangpower, insyaallah akan Badangpower siarkan di blog ini.

Itu sahaja, jumpa lagi.
.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: