KEPUTUSAN PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KARNIVAL WOW PUTRA JAYA 2013

Saturday, March 9, 2013

Share this history on :



Putra Jaya.  Pasukan Gusti Lengan Melaka yang hadir dengan membawa seramai 10 orang pemain beraksi cemerlang apabila berjaya memenangi 2 daripada 3 kategori yang dipertandingkan pada Pertandingan Gusti Lengan Karnival WOW Putra Jaya 2013 anjuran Perbadanan Putra Jaya. Pertandingan ini telah diadakan di Persint 2 Putra Jaya pada 3 mac, 2013 sempena Karniva WOW Putra Jaya 2013..

Pasukan Melaka memonopoli pertandingan kategori A apabila pemain-pemainnya menduduki  empat tempat teratas dengan Bong Kim Boon muncul juara dengan  mengalahkan rakan sepasukan Bong Kim Peng yang menduduki tempat ke dua. Tempat ke tiga dimenangi oleh Bong Kim Tian. dan Bong Soon Yow. menduduki tempat ke empat. Wakil Selangor, Saadon Abu Bakar di tempat ke lima dan Mohammad Fauzi Basri sekadar di tempat ke tujuh.

Bong Kim Boon, juara kategori A 



Lee Yong Sheng, juara kategori B

Untuk kategori B Lelaki 75kg-85kg, Lee Yong Seng juga dari Melaka muncul juara apabila berjaya melakukan kejutan dengan menewaskan Mervyn Siew, peserta pilihan dari Selangor yang baru sahaja muncul sebagai naib juara di pertandingan Indonesia Armwrestling International Invitation 2013 yang berlangsung di Balikpapan, Indonesia pada bulan Februari, 2013 lalu. Lee Yong Sheng yang baru berusia 18 tahun merupakan anak kepada juara gusti lengan negara Lee Ah Thiem merupakan antara peserta termuda dalam pertandingan kali ini.

Sementara itu bagi kategori C lelaki 75kg ke bawah, tanpa kehadiran Mohd Nizar Yusof, peserta Selangor, Abdul Razak Hadhizir muncul juara walau pun diberi tengan hebat oleh rakan sepasukan Hairul Nazli. Dengan menggunakan teknik Sub Marine, Abdul Razak berrjaya mengatasi Hairul Nazli alam perlawanan tiga set yang mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada para penonton.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan daripada juara hingga ke tempat ke lapan;

Kategori A

  1. Bong Kim Boon
  2. Bong Kim Peng
  3. Bong Kim Tian
  4. Bong Soon Yow
  5. Saidon Abu Bakar
  6. Abdul Rahman Rahim
  7. Mohamad Fauzi Basri
  8. Bong Yin Hao


Kategori B

  1. Lee Yong Sheng
  2. Mervyn Siew
  3. Harith Abdullah
  4. EE Chong Ong
  5. Mohammad shamsul Fitri Nordin
  6. Darrel Dalek
  7. Nazri Yusof
  8. Mohammad Syamil Rahman


Kategori C

  1. Abdul Razak Hadhizir
  2. Hairul Nazli
  3. Kow Peng Koon
  4. Sazali Nazaki
  5. Dave Hum
  6. Rosmandian Shah
  7. Mohd Najib Ismail
  8. Mohd Ariff Abd Hamid
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Putra Jaya kerana mengadakan pertandingan ini dan juga kepada Luvmilla Corporation dan Redbull kerana menyumbangkan hadiah kepada pemenang-pemenang.




Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: