KEPUTUSAN RASMI ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORTS & SPINACH FESTIVAL 2013

Sunday, March 24, 2013

Share this history on :

Pusat Sains Negara, 24 Mac, 2013. Pertandingan gusti lengan "Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach Festival 2013" yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Sains Negara sempena "Sports & Spinach  Festival 2013" telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 23 Mac, 2013 yang lalu.. Pertandingan yang asalnya hanya melibat ahli gusti lengan tempatan dari Melaka, Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor. turut berjaya menarik minat beberapa peserta dari luar negara seperti Russia, Amerika Syarikat, Australia dan Singapura.Penyertaan peserta dari luar negara ini telah memberikan pengalaman dan pendedahan yang berguna kepada ahli-ahli gusti lengan tempatan.

Syabas pihak Persatuan ucapkan kepada ahli-ahli gusti lengan tempatan yang telah memberikan saingan yang sengit kepada peserta-peserta dari luar negara dengan memenangitiga dari empat kategori yang dipertandingkan. Selangor memenangi dua kategori iaitu melalui Mohd Nizar Yusof seperti diduga telah memenangi kategori Lelaki C menewaskan Mohd Zil Fadli Abdul Halim juga daripada pasukan Selangor. Manakala Siti Khatijah memenangi kategori Wanita setelah berjaya mengatasi Mazuin Mohd Bashah di perlawanan akhir. Kedua-duanya dari pasukan Selangor. Lee Thiem Siew yang mewakili pasukan Melaka  berjaya memenangi kategori Lelaki A walaupun mendapat tentangan sengit daripada Sergey Karsdash, peserta dari Russia. Valen Low yang mewakili pasukan Singapura berjaya menjuarai kategori Lelaki B apabila berjaya menewaskan Chia Jun Kit dari Selangor di perlawanan akhir.

Lee Thiem Siew sedang bertarung dengan Sergey Kardash daripada Rusia di perlawanan akhir kategori A


Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;

Kategori A
  1. Lee Thiiem Siew (Melaka)
  2. Sergey Kardash (Russia)
  3. Bong Kim Ping (Melaka)
  4. Saidon bin Abu Bakar (Melaka)
  5. Mohamad Fazli bin Adnan (Kedah)
  6. Bong Kim Boon (Melaka)


Kategori B
  1. Vale Low (Singapura)
  2. Chia Jun Kit (Selangor)
  3. Harith Abdullah (Selangor)
  4. Abdul Razak Hadezir (Selangor)
  5. Lee Yong Sheng (Melaka)
  6. Melvin siew (Selangor)
  7. Ee Chong Ong (Melaka)
  8. Steven Converse (Amerika Syarikat)


Kategori C
  1. Mohd Nizar Yusof (Selangor)
  2. Mohd Zil Fadli bin Abd Halim (Selangor)
  3. Melvin Loh (Singapura)
  4. Sazali bin Nazaki (Selangor)
  5. Mohd Najib bin Ismail (Selangor)
  6. Hairul Nazli bin abd Halim (Selangor)
  7. Ahmad Farid bin Elias (Kuala Lumpur)
  8. Moiseen Mikhail (Ukraiene)


Kategori D Wanita
  1. Siti Khatijah Abd Hamid (Selangor)
  2. Mazuin Mohd bshah (Selangor)
  3. Norliza Jaludin (Melaka)
  4. Nadharatul Adawiyah Md Adam (Kuala Lumpur)
  5. Siti Zareena Mohd Saat (Kuala Lumpur)
  6. Siti Hawa Mohammad Bakar (Selangor)
  7. Ioaizun Othman (Kuala Lumpur)
  8. Christina Bedd (Kuala Lumpur)
Hadiah-hadiah kemengan telah disampaikan oleh Cik Phyllis Lam Li Wan, Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Pameran, Pusat Sains Negara.

Persatuan Sukan Lengan negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada   Pusat Sains Negara (PSN) kerana telah sudi menganjurkan pertandingan ini dan menaja hadiah-hadiah kepada para pemenang. Juga terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan pertandingan ini.




Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: