TAHNIAH KEPADA PEMENANG!

Monday, March 25, 2013

Share this history on :
 
BRAVO!!
 
Tahniah Badangpower ucapkan kepada pemenang-pemenang dalam pertandingan "Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach Festival 2013". Tahniah kerana anda telah menunjuk satu semangat juang yang begitu jitu. Juga kepada lain-lain peserta, Badangpower ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang tidak berbelah bagi ANDA SEMUA terhadap acara sukan yang paling kita minati ini. Anda semua sebenarnya sedang berjuang untuk meletakkan martabat sukan gusti lengan di satu tahap yang lebih tinggi yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat, pihak kerajaan, NGO dan badan-badan korporat dan pihak swasta.
 
Apa yang dapat Badangpower simpulkan adalah Mohd Nizar Yusof masih kukuh dan makin gagah walaupun mendapaat cabaran daripada Zil Fadli, Abduk Razak, Hairul Lee (sekadar beberapa nama). Apakah dengan peningkatan yang sedang berlaku sekarang, Nizar akan masih dapat mempertahankan kekuatannya, atau akan muncul pemain lain pula. Masa juga yang akan menentukan.
 
Lee Thiem Siew masih lagi individu terkuat di Malaysia bagi kategori A, sekali lagi menunjukan kejaguhannya bila muncul juara dengan menewaskan juara dari Russia, Sergey Kardash sebanyak dua kali iaitu perlawanan di pusingan awal dan di final. Malangnya dalam kategori A inilah Selangor tidak lagi mempunyai pemain-pemain yang berkeliber yang mampu memberi cabaran. Yang mamsih membawa cabaran Selangor bagi kategori ini hanyalah Mohamad fazui basri, manakala nama-nama seperti Afrizal Yunus, Sharizat Masih, Zuaslan Kassim telah mengumumkan persaraan. Harih yang dulu mendominasi kategori memilih untuk bertanding di kategori B. Ini bererti satu kerja keras perlu dilakukan untuk mencari pemain-pemain untuk kategori A.
 
Nampaknya setakat ini, kebanyakan pemain Selangor terdiri daripada pemain-pemain kategori B, D dan Wanita. Badangpower mencadangkan pihak Persatuan memulakan usaha mencari pemain-pemain yang boleh bertanding di dalam kategori A, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh pemain dari Melaka.
 
Apa pun, Badangpower juga ucapkan ribuan terima kasih kepada semuaa pihak yang telah sudi menanjurkan dan menaja acara gusti lengan. Kerjasama seperti inilah yang |sangat-sangat diharapkan oleh Pihak Persatuan Sukan Lengan negeri Selangor dan ahli-ahli gusti lengan dan peminat-peminat acara sukan ini.
 
Lagi sekali tahniah untuk semua.
 
Jumpa lagi.
 
  Lee Thiem Siew, juara kategori A



Sergey Kardash dari Russia, naib juara kategori A

Boon Kim peng, tempat ke 3 Kategori A
 

Valen Low dari Singapura, juara kategori B
 
Chia Jun Kit, naib juara kategori B
 
 
Harith Abdullah, tempat ke 3
 
 
Mohd Nizar Yusof, juara kategori C 



Mohd Zil Padli , naib juara kategori C
 
 

 Wajah-wajah pemenang

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: