SARWAN HUSSEIN RANGKUL JUARA KINRARA CHALLENGE

Monday, March 11, 2013

Share this history on :
Sarwan Hussein dengan piala kemenangan 

Puchong,  10 Mac, 2013. Dalam Pertandingan Gusti Lengan Kinrara Challenge 2013 yang telah diadakan di BKI 3, Taman Kinrara, Puchong,Sarwan Hussein  telah muncul juara bagi kategori Lelaki Terbuka apabila berjaya mengalahkan Azuan Mansor dalam perlawanan akhir. Azuan Mansor telah membuat kejutan apabila berjaya memenangi set pertama. Namun Sarwan Hussein telah bangkit semula untuk memenangi perlawanan set ke dua dan ke tiga seterusnya merangkul kemenangan dan gelaran Lelaki Terkuat Kinrara. 

Kemenangan ini membolehkan Sarwan Hussein merangkul hadiah wang tunai RM500, sebuah piala dan medal. Manakala Azuan Mansor yang muncul sebagai naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM250 dan medal. Mohd Rizurin Zaharin yang menduduki tempat ke tiga membawa pulang hadiah RM100 dan sebuah medal, manakala Mohd Shah Fadzil menduduki tempat ke empat membawa pulang RM50 dan medal. Hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh Encik Michael Charlie, Ahli Majlis MPSJ.

Berikut adalah senarai penuh pemenang;
  1. Sarwan Hussein
  2. Azuan Mansor
  3. Mohd Rizurin Zaharin
  4. Mohd Shah Fadzil
  5. Saiful Halis
  6. Mat Junus Mohamad
  7. Shahruddin Basri
  8. Mohd Yusoof Kassim
Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana mmenganjurkan pertandingan ini dan menyediakan hadiah kepada pemenang-pemenang..

Pemenang-pemenang bergambar kenangan bersama hadiah masing-masing

Sarwan Hussein menerima hadiah kemenangan daripada En, Michael Charlie, Ahli Majlis MPSJ

Sarwan Hussein (kanan) bersama Auan Mansor (naib juara)


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: