KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label perbadanan stadium malaysia. Show all posts
Showing posts with label perbadanan stadium malaysia. Show all posts

MR SELANGOR 2011: HARITH ABDULLAH, HAIRUL NAZLI, MOHD NIZAR YUSOF

Tuesday, December 13, 2011

Hairul Nazli menerima hadiah dan piala Mr Selangor 2011 daripada Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia  



Harith Abdul juara dan Mr Selangor 2011

Siti Khatijah menerima hadiah tempat pertama

Mohd Nizar Yusuf memenagi gelaran Mr Selangor 2011

Aksi-aksi menarik bagi setiap kategori termasuk kategori Wanita Terbuka berjaya memukau para penonton yang hadir menyaksi Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 & Mr Selangor 2011 yang telah diadakan Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 11 Disember, 2011.

Pertandingan Gusti Lengan anjuran Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah berjaya menarik hanpir 100 penyertaan termasuk yang datang dari Kedah, Melaka, Johor dan juga dari Sabah.

Harith Abdullah yang pernah memegang gelaran Mr Selangor 2009, akhir berjaya merampas kembali gelaran Mr Selangor 2011 setelah dengan mudah menewaskan Abd Rahman Rahim. manakala Afrizal Yunus hanya mampu menduduki tempat ke tiga dan gagal mempertahankan gelaran Mr Selangor 2010. Tempat ke empat jatuh kepada pendatang baru yang telah mempamerkan permainan yang menarik iaitu Mohd Raimet Samri.

Kategori lelaki B mendapat juara baru apabila Hairul Nazli Abd Halim muncul juara setelah bertarung sengit dengan adiknya sendiri iaitu Mohd Zil Fadzli Abdul Halim, manakala Mr Selangor 2010 Marvyn Siew menduduki tempat ke tiga dan diikuti oleh Nazri Yusuf di tempat ke empat. Ini merupakan gelaran Mr Selangor yang pertama dimenangi oleh Hairul Nazli Abd  Halim.

Mohd Nizar Yusof terus unggul apabila berjaya memenangi gelaran Mr Selangor untuk dua tahun berturut-turut iaitu Mr Selangor 2010 dan kali ini berjaya sekali lagi merangkul gelaran Mr Selangor 2011 apabila juga mudah menewaskan lawannya Sazali Nazaki dalam perlawanan akhir. Nampaknya Sazali Nazaki sekali lagi kempunan untuk merebut gelaran Mr Selangor walaupun setelah 3 tahun mencuba. Mohd Hafiz Mohd Azmi pula menduduki tempat ke tiga dan Mohd Shahril Adha Bahari. Manakala Radzi Abdul yang memenangi  kategori remaja Pertandingan Gusti Lengan Karnival Harian Metro yang diadakan di Pulau Pinang bulan lalu hanya mampu menduduki tempat ke lima.

Awalnya ramai yang menjangkakan ada pertemuan buku dengan ruas bagi kategori Wanita Terbuka, malangnya pertemuan ini tidak menjadi kenyataan apabila peserta wanita yang dijangka mampu mengugat penguasaan Siti Khadijah Abd Hamid iaitu Zuaslina Abd Kadir tidak dapat menyertai pertandingan kali ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. Namun cabaran itu digalas oleh Zuasliza Abd Kadir.iaitu kakak kepada Zuasliana. Namun Zuasliza gagal mencabar kekuatan Siti Khadijah setelah tewas dalam perlawanan akhir untuk muncul sebagai naib juara. Bagi Siti Khatijah pula ini adalah kemenangan kali ke empat berturut-turut untuk tahun 2011. Tempat ke tiga jatuh kepada Mazuin basha dan ke empat dimenangi oleh Shareen Amilia Watuna.

Secara keseluruhan Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 ini telah berjalan dengan sempurna. Penyertaan dari kaum wanita telah menunjukan peingkatan. begitu juga kualiti perlawanan bagi ketika ini juga menunjuk perubahaan ketara kerana peserta wanita kali ini telah memperlihat corak perlawanan gusti lengan yang sebenar terutama dari segi teknik perlawanan yang begitu berbeza dan bersungguh-sungguh berbeza dari apa yang dipamerkan sebelum ini. Pihak PSLNS akan berusaha pada tahun 2012 untuk mewujudkan satu gelaran khas untuk kategori wanita sekiranya sambut sebegini berterus pada pertandingan yang akan datang.

Untuk kategori lelaki pula, didapati pemain-pemain senior masih lagi menguasai empat tempat teratas dalam setiap kategori. Walau pun terdapat muka-muka baru dalam pertandingan kali ini namun masih gagal memberi saingan kepada kelompo pemain-pemain senior. Adalah diharapkan akan lebih ramai lagi muka baru yang akan muncultahun 2012 nanti.

PSLNS ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Perbadanan Stadium Malaysia terutama Pengarah Bahagian Pembangunan Acara iaitu encik Zulqurnain Mohamad dan juga semua warga PSM kerana telah memilih dan memberikan sepenuh sokongan hingga petandingan ini dapat diadakan dengan jayanya. Juga terima kasih kepada penaja-penaja atas sumbangan bagi menjayakan pertandingan ini.

Berkut adalah keputusan penuh perlawanan bagi Setiap kategori;

Kategori A lelaki 85.1 kg ke atas
1. Harith Abdullah
2. Abd Rahman Rahim
3. Afrizal Yunus
4. Mohd Raimet Samri
5. Asmadi bin Abd Ghani
6. Mohd Fauzi bin Mohammad Basri
7. Awang Kenit Kinau
8. Mohd Safie Harun

Kategori B Lelaki 75.1 kg - 85kg
1. Hairul Nazli Abd Halim
2. Mohd Zil Fadzli Abd Halim
3. Melvyn Siew
4. Nazri Yusuf
5. Ahmad Johari
6. Mohamad
7. Shahrizal Md Arif
8. Razali Shahrin

Kategori C Lelaki 75kg ke bawah
1. Mohd Nizar Yusof
2. Sazali Nazaki
3. Mohd Hafiz Mohd Azmi
4. Mohd Shahril Adha Bahari
5. Radzi bin Abdul
6. Mohhd Syahmi Abd Rahman
7. Mohd Ariff Abd Hamid
8. Mohd Azhar Mohd Hanafi

Kategori Wanita Terbuka
1. Siti Khatijah Abd Hamid
2. Zuasliza Abd Kadir
3. Mazuin Basha
4. Shareem Amilia Watuna
5. Nurlailawati Idris
6. Rozaiannah Ismail
7. Norlaila Mat
8. Zalia Awang Kenit

Dengan berakhirnya pertandingan ini, PSLNS menutup kalendar aktivitinya, dan berharap tahun 2012 yang akn mendatang ini akan dapat dimeriahka dengan lebih banyak pertandingan gusti lengan di negeri Selangor.

Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara & Mr Selangor 2011

Friday, November 11, 2011


Salam 1Malaysia.

Seperti yang pernah Badangpower war-warkan sebelum ini, satu lagi pertandingan gusti lengan akan diadakan pada awal Disember iaitu Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara 2011 yang akan turut mempertandingan gelaran Mr Selangor 2011.

Pertandingan anjuran Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh /Masa:
10 Disember 2011 (Klinik & Pameran)
11 Disember 2011 (Pertandingan - 9.00 pagi pendaftaran /11.00 pagi perlawanan)

Venue:
Stadium Hoki,Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Peraturan Am:
Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara adalah muktamad.

Penyertaan:
Penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara, lelaki, wanita yang berumur 18 tahun ke atas. Semua penyertaan perlu serahkan borang pendaftaran sebelum atau pada 10 Disember 2011.

Kategori Acara:
A Lelaki 85.1 kg ke atas ;
B Lelaki 75.1 kg - 85.0 kg ;
C Lelaki 75 kg ke bawah;
D Wanita Terbuka.

Hadiah:
Johan - Wang Tunai RM 300, medal & sijil + Mr Selangor 2011
Naib Johan - Wang Tunai RM 200, medal & sijil
Ketiga Wang Tunai - RM 100, medal & sijil
5 tempat saguhati - Hamper & sijil (kecuali kategori Wanita Terbuka)

Format Pertandingn:
Kejohanan ini hanya menggunakan  format pertandingan  kalah mati 2 kali. Peserta akan ditimbang berat untuk menentukan kategori yang layak. Pengerusi pengadil bersama pengadil pelepas akan menentukan peserta –peserta yang menang & kalah. Pertandingan ini menggunakan tangan kanan sahaja.

Lain-Lain Syarat:
Pengambilan dadah & arak adalah di larang. Peserta yang pernah atau sedang mengalami kecederaan seperti patah tangan, retak atau terseliuh dibahagian lengan tidak dibenarkan mengambil bahagian.

Tuntutan:
Penganjur dan pengendali tidak akan bertanggungjawab atas sebarang risiko / kemalangan / kehilangan harta benda / kecederaan yang mungkin berlaku kepada peserta.

Penyertaan:
Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta di dapati melanggar syarat-syarat yang disebutkan di atas. Pihak penganjur juga berhak menolak penyertaan peserta tanpa perlu menyatakan apa-apa sebab.

Yuran Penyertaan:
Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 10.00. Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI ataupun secara “BANK IN” atas nama Perbadanan Stadium Malaysia di akaun berikut :-

                                          Maybank 014011447266

Bayaran secara “BANK IN” perlu menyertakan slip bayaran dengan menulis nama individu atau pasukan di atas slip tersebut beserta dengan borang pertandingan dan difakskan ditalian 03-8994 6581. Pembayaran juga boleh dibuat pada hari pertandingan.

Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik diri.


Maklumat Lanjut Sila Hubungi :

Unit Pembangunan Acara
Kompleks Sukan Negara
Tel : 03-8992 0888 samb 843 ,844 & 845
Faks : 03- 8994 6581
Haslina (012-6299617)

Mereka yang ingin mendaftar melalui PSLNS boleh menghantar SMS dengan menyatakan nama, no. K/Pengenalan dan berat badan ke 0129402679.

Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh didapati dengan melawat laman web rasmi Kompleks Sukan Negara di http://www.stadium.gov.my/ .


Mr Selangor 2010 Kategori B : Mervyn Lwn Zil Fadli

Tuesday, July 26, 2011



Final Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 / Mr Selangor 2010 antara Mervyn lwn Zil Fadli pada 24 Julai, 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur

>

Video Klip perlwanan di antara Mohamad Nizar lawan Sazali Nazaki

Video klip Final perlawanan gusti lengan di antara Mohamad Nizar Yusof lawan Sazali Nazaki untuk kategori lelaki C Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011.

Afrizal, Mervyn dan Nizar, ditabal Mr Selangor 2010

Monday, July 25, 2011




Bukit Kiara, Kuala Lumpur,24/7/2011. Setelah hampir enam bulan tertangguh, akhirnya Final Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 bagi merebut gelaran MR Selangor 2011 telah dapat diadakan dengan jayanya di Stadium Juara, Bukit Kiara. Terima kasih kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) kerana telah bermurah hati menaja pertandingan ini. Kami harap sokongan yang diberikan oleh pihak PSM ini akan dicontohi oleh lain-lain badan korporat, agensi kerajaan dan syarikat swasta bagi menyokong aktiviti sukan di Malaysia.

Afrizal Yunus berjaya merangkul gelaran Mr Selangor 2010 apabila menewaskan pencabarnya Mohd Zil Fadli di perlawanan akhir untuk lelaki kategori A. Kejayaan ini telah menebus kekecewaan tahun 2009 apabila gagal merebut gelaran Mr Selangor 2009 tewas di tangan Harith Abdullah. Ketiadaan Harith Abdullah pemegang gelaran MR Selangor 2009 pada pertandingan kali ini, sedikit sebanyak membantu Afrizal merangkul gelaran Mr Selangor 2010. Sementara itu, Zil Fadli yang memilih untuk bertandingan dalam kategori A telah memberi tentangan sengit kepada Afrizal sebelum tewas dalam perlawanan 2 set. Walaupun tewas di perlawanan akhir, kejayaan memasuki perlawanan akhir amat bermakna kepada Zil Fadli kerana turut berjaya menewaskan seorang lagi pencabar dalam kategori A iaitu Shuhaizat Masih sebelum mara ke perlawanan akhir.

Untuk kategori B pula, Marview Siew berjaya merangkul gelaran Mr Selangor 2010 apabila berjaya mengalahkan Hairul Nazli dalam satu lagi perlawanan sengit. Tentangan sengit yang diberikan oleh Harul Nazli telah memaksa perlawanan di dalam set kedua diulang beberapa kali oleh pengadil sebelum Marview akhirnya berjaya menewaskan Hairul Nazli. Nazeri Yusuf yang baru berjinak-jinak dalam sukan gusti lengan berjaya menduduki tempat ke tiga.

Seperti yang diramal, Mohamad Nizar Yusuf yang telah menunjukan persembahan begitu konsisten dalam setiap pertandingan yang disertai malah memenagi beberapa kejuaraan, berjaya merangkul gelaran Mr Selangor 2010 apabila menewaskan pencabar Sazali Nazaki dalam perlawanan akhir kategori C. Walaupun cuba memberikan tentangan, Sazali Nazaki gagal dalam percubaan keduanya merangkul gelaran Mr Selangor. Amat malang sekali bagi Sazali Nazaki, walaupun berjaya beberapa kali memasuki perlawanan akhir dalam pertandingan gusti lengan, cuma mampu merangkul satu kejuaran pada pertandingan gusti lengan anjuran majlis Perbandaran Subang Jaya. Manakala tempat ke tiga jatuh kepada Hainizal Hadaffi Khairuddin.

Gelaran Mr Selangor dan hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia dan Encik Mohd Zulqurnain bin Hj Mohamed, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Acara Perbadanan Stadium Malaysia..

Juara bagi pertandingan ini disamping membawa gelaran Mr Selangor 2010 turut membawa pulang Piala, wang tunai RM300, medal dan sijil Mr Selangor 2010 dari PSLNS dan sijil penyertaan daripada PSM..

Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;

Kategori A (85.1kg ke atas)
1. Afrizal bin Yunus - Mr Selangor 2010
2. Mohd Zil Fadli bin Abd Halim
3. Shahrizad bin Masih
4. Mohd Shafie bin Harun


Kategori B (75.1kg - 85kg)
1. Mervyn Siew - Mr Selangor 2010
2. Hairul Nazli bin Abd Halim
3. Nazeri bin Yusof
4. Ong Khai Zain

Kategori C (75kg ke bawah)
1. Mohamad Nizar bin Yusof - Mr Selangor 2010
2. Sazali bin Nazaki
3. Hainizal Hadaffi bin Khairuddin
4. Mohd Fairuddin bin Md Suki


Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemenang-pemenang. Terima kasih tidak terhingga kepada Perbadanan stadium Malaysia, dan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan pertandingan ini.



Peta untuk ke Stadium Juara, Bukit Kiara

Thursday, July 21, 2011








Getting there:

You can catch a the Intrakota bus number 7A from the Klang bus stand in KL. The bus departs on hourly intervals. You can also take the KTM commuter to the MIDVALLEY station and take a short taxi ride here. You will need to take a taxi to the studium from both these locations.



Sekitar Majlis Penyerahan Tajaan Program Sukan Perbadanan Stadium Malaysia

Monday, July 18, 2011

En Zulqurnain (tengah) dan Encik Shamsul Kahar, Setiausaha PSLNS (dua dari kanan) bersama wakil penaja.



Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) atau lebih dikenali sebagai Kompleks Sukan Negara (KSN) akan sekali lagi menganjurkan pertandingan gusti lengan pada 23 & 24 Julai, 2011 bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pertandingan ini akan diadakan dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor



Majlis Penyerahaan Penajaan Program Sukan Perbadanan Stadium Malaysiatelah diadakan pada 15hb Julai, 2011 di Ibu Pejabat Perbadanan Stadium Malaysia, Bukit Jalil. Majlis berkenaan telah di sempurnakan oleh Encik Mohd Zulqurnain Muhammad, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan dan Pengurusan Acara KSN.



Di samping acara gusti lengan, acara lain yang turut di pertandingkan adalah acara Bola Jaring (lelaki) dan Bola keranjang: 3 on 3. Berbanding acara Gusti Lengan dan Bola Jaring yng telah di anjurkan beberapa kali oleh pihak PSM, Bola keranjang 3 on 3 baru kali pertama kali dianjurkan oleh PSM.



Sebanyak 3 kategori akan dipertandingkan bagi acara gusti lengan. Walau bagaimanapun kali ini pertandingan gusti lengan hanya melibatkan acara untuk lelaki sahaja iaitu 85.1kg ke atas, 75.1.kg hingga 85kg dan 75kg ke bawah. Pendaftaran dibuka sehingga 23hb Julai, 2011. Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM10.



Juara bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai RM300, medal dan sijil penyertaan. Tempat kedua akan mendapat RM200, pingat dan sijil penyertaan, manakala ketiga akan mendapat RM100, medal dan sijil penyertaan Bagi tempat ke 4 hingga ke 8 akan mendapat hadiah sagu hati dan sijil penyertaan.



Kejohanan ini menerima tajaan daripada Nestle, F &N Beverage, FIGOS, KAO Malaysia, Action Paintball dan Restoran D'Tandori.



Untuk mereka yang ingin mendaftar bagi menyertai acara gusti lengan, boleh berhubung dengan KSN di talian 038992088 samb. 844 Haslinawati atau mendaftar melalui PSLNS di talian 0124189438 atau 0129402679.

Pertandingan Gusti Lengan PSM 2011

Wednesday, July 6, 2011



Salam 1Malaysia,


Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengajurkan Karnival Sukan anjuran PSM yang turut melibatkan tiga acara iaitu Bola Jaring, Basketball "3 on 3" dan Gusti Lengan yang akan diadakan pada pada 23 & 24 Julai di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


Pertandingan Gusti Lengan yang akan diadakan dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) adalah seperti berikut

Tarikh :

23hb. Julai, 2011 - Pameran dan Klinik Gusti Lengan
24hb. Julai, 2011 - Pertandingan Gusti Lengan


Masa :

8.30 pagi - 500 petang

Venue :
Foyer, Stadium Juara, Bukit Kiara

Kategori :
Kat A 85.1kg ke atas (Lelaki)
Kat B 75.1kg - 85kg (Lelaki)
Kat C 75kg ke bawah (Lelaki)


Yuran :

RM10


Hadiah :

RM300 + Medal + Sijil- Juara
RM200 + Medal + Sijil - naib Juara
RM100 + Medal + Sijil - Ke 3
Cenderahati + Sijil - Ke 5 - ke 8

Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Unit Pembangunan Acara
Perbadanan Stadium Malaysia
Tel : 03-8992 0888 samb 844 & 845
Faks : 03- 8994 6581
Haslina (012-6299617)
Zarina (019-2549747)



Lampiran :
Borang Pendaftaran
Maklumat Pertandingan