Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro datang lagi!

Monday, November 7, 2011

Share this history on :


Salam 1Malaysia.

Bagi mereka yang membaca Harian Metro hari ini, pasti telah mengetahui bahawa Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro sekali lagi akan diadakan iaitu pada 19 dan 20 November, 2011. Kali ini Pulau Pinang telah dipilih menjadi lokasi pertandingan iaitu di Dataran Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mereka yang belum membaca akhbar Harian Metro, sukacita Badangpower maklumkan bahawa pertandingan kali ini masih lagi melibatkan  5 kategori yang akan dipertandingkan sama seperti pertandingan yang terdahulu iaitu Kategori A Remaja lelaki 17 tahun ke bawah, Kategori B Terbuka Wanita, Kategori C Lelaki 75kg ke bawah, kategori D lelaki 75kg - 85kg dan kategori D Lelaki 85kg ke atas.

Kategori A dan B yang mengenakan yuran RM15 akan diadakan pada 19 November, 2011. Pemenang bagi kategori ini akan membawa pulang RM300 untuk Juara, RM250 untuk Naib Juara, RM150 untuk tempat ke 3 dan RM100 untuk tempat yang ke 4. Manakala bagi kategoi C, D dan E pula akan diadakan pada 20 November, 2011. Yuran penyertaan bagi kategori ini adalah RM20 dan hadiah yang akan dimenangi adalah RM800 untuk Juara, RM600 untuk Naib Juara, RM400 untuk tempat ke 3 dan RM200 untuk tempat yang ke 4.


Apakah kita akan menyaksikan pemain-pemain yang sama akan memenangi pertandingan kali ini? Apakah juara kategori D akan terus menjadi milil lee Tiam Siew, atau akan muncul juara baru iaitu harith Abdullah atau mungkin juga Mohamad Zawawi Hussin? Begitu juga bagi bagi kategori D masihkah menjadi milik Isman Wahid? Bagaimana dengan kategori C, B dan A, masih mampukan Mohamad Nizar Yusuf, Valen Low dan Siti Khatijah mempertahankan kejuaraan? Sama-samalah kita nantikan detik penentuan pada 19 dan 20 November, 2011.

Secara peribadi, Badangpower berharap pertandingan kali ini akan melahir juara-juara baru. Kita mahu lebih ramai lagi akan turut serta hadir mempamerkan kekuatan lengan masing-masing. Pengalaman Badangpower mengendalikan pertandingan di Pulau Pinang suatu ketika dulu, sebenarnya terdapat ramai mereka yang berbakat terutama pemain dari kaum Cina layak menyertai pertandingan gusti lengan. Jadi Badangpower berharap mereka akan dapat turut serta dalam pertandingan kali ini.

Bagaimana pula pemain-pemain daripada negeri Kedah? Apakah mereka akan turun beramai-ramai kali ini, selepas kita tidak melihat aksi-aksi pemain-pemain dari negeri Kedah pada pertandingan terdahulu. Kedah yang mempunyai ramai pemain yang berbakat, pasti dengan kehadiran mereka semua, pertandingan kali ini akan menjadi pertandingan yang paling sengit sekiranya mereka turut sama menyertainya.

Lain-lain pemain yang masih belum berjaya muncul juara atau menduduki tempat k2 hingg ke 4 dalam beberapa siri pertandingan gusti lengan anjuran Harian Metro, jangan berputus asa, teruskan latihan dan terus mencuba dalam pertandingan kali ini. Badangpower yakin jika anda terus gigih berlatih dan turut menyertai pertandingan gusti lengan yang dianjurkan tak kira oleh manaa-mana pihak, badangpower yakin satu hari nanti anda akan sebaris dengan mereka yang ada hari ini.

Itu sahaja untuk kali ini, kita jumpa lagi. 
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: