
Showing posts with label karnival gegaria harian Metro. Show all posts
Showing posts with label karnival gegaria harian Metro. Show all posts
Harian Metro (20/12/2011):Harap HM terus anjur Kejohanan Gusti Lengan
Wednesday, December 21, 2011
PESERTA yang mengambil bahagian dalam sukan lengan di semua lima zon Karnival Gegaria Harian Metro mahu sukan itu terus dianjurkan akhbar harian berbahasa Melayu nombor satu kerana menanggap sukan lengan semakin popular.
Lee Thiam Siew yang muncul juara dalam kategori heavyweight di semua zon mendedahkan kini penggiat sukan lengan yang sudah bersara mula kembali menjalani latihan untuk menyertai pertandingan anjuran Harian Metro.
“Sekarang peminat sukan lengan kembali aktif, semya bercakap mengenai pertandingan. Terima kasih kepada Harian Metro yang memberi nafas baru kepada sukan ini,” kata Thiam Siew.
Menurutnya lagi, tindakan Harian Metro membuka peluang kepada remaja bertanding menyaksikan lebih ramai golongan itu bergiat aktif di gimnasium.
Malah semua peserta meminta supaya kejohanan ini diteruskan tanpa menggugurkan mana-mana kategori.
Muhammad Fikri Sardimin, 17, yang kali pertama menyertai pertandingan ini mahu bergiat aktif selepas ini terutamanya selepas dia muncul pemenang tempat ketiga Sabtu lalu.

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Harian Metro,
karnival gegaria harian Metro
Harian Metro (20/12/2011):Sabah tetap puas hati
Wong Zye Ziaen dari pasukan Sabah menjuarai kategori 75kg ke bawah, menerima hadiah kemenangan daripada Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Datuk Idris Haron sambil diperhatikan oleh Encik Salim Bachok, Pengerusi Karnival gegaria Harian Metro dan Encik Radzi Wahab, Pengarang Sukan Harian Metro (Gambar oleh PSLNS)
MESKIPUN tidak meraih hadiah wang tunai yang setimpal dengan perbelanjaan penerbangan ke Semenanjung, lapan penggusti lengan Sabah tetap berpuas hati kerana berjaya membawa pulang dua daripada tiga gelaran yang ditawarkan di pertandingan Sukan Lengan Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, Melaka.
Jolly Johnson, 40, yang mengetuai rombongan dari Sabah itu berkata semua peserta dari negeri di bawah bayu itu berpuas hati dengan pencapaian dua kejuaraan dan satu lagi di tempat ketiga.
“Ini kali pertama kami menyertai KGHM dan kejayaan ,membawa pulang dua kejuaraan cukup besar memandangkan saingan di sini datang dari peserta seluruh negara,” kata Jolly.
Menurutnya semua lapan peserta dari Sabah adalah sanak saudaranya dan anaknya sendiri turut mengambil bahagian.
Jolly yang beraksi dalam kategori heavyweight (85kg ke atas) pada awalnya dijangka mampu menggugat kejuaraan dari juara bertahan Lee Thiam Siew (Melaka), namun jangkaan itu meleset apabila Joly tewas kepada anak didik Thiam Siew, Bong Kim Boon di separuh akhir sekadar berpuas hati di tempat ketiga membawa pulang RM400.
“Saingan di sini cukup sengit, bagaikan pertandingan kebangsaan. Bagus juga Harian Metro menganjurkannya kerana sudah dua tahun tiada kejohanan kebangsaan,” kata Jolly yang memiliki kelab gusti lengan sendiri, Malawa Arm Wrestler Team kerana Sabah tidak mempunyai persatuan sendiri.
Anak Jolly, Joffry muncul juara kategori 75kg-85kg menewaskan Bong Kim Ping di final menang RM800, manakala sepupunya Wong Zye Ziaen menjuarai kategori 75kg ke bawah.

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling selangor,
armwrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
karnival gegaria harian Metro,
Pantai Kelebang
Aksi-Aksi Gusti Lengan di Pantai Kelebang
Tuesday, December 20, 2011
Aksi daripada salah seorang peserta Sabah (baju hitam)
Valen Low (baju hitam) dari Singapura menentang Abdul Rahman Rahim dari Melaka
Dave Hame (menghadap kamera) peserta dari Singapura bertarung menentang salah seorang peserta tempatan.
Wajah-wajah kecewa penonton apabila Mohd Nizar Yusof dari Selangor tewas kepada peserta Sabah Wong Zye Ziean dalam perlawanan akhir kategori lelaki 75kg kebawah
Aksi pemain veteran daripada gusti lengan Johor Omar Suradi sewaktu menentang Loqman Abd Mutalib peserta dari Melaka.
George Johnson dari Sabah hanya mampu menduduki tempat ke 9
Pasukan Gusti Lengan Melawa dari Sabah
Mohd Nizar Yusof dari Selangor hanya mampu sekadar menduduki tempat ke 2, menerima hadiah kemenangan daripada YB Datuk Idris Haron
Gaya tersendiri salah seorang pemain sewaktu menentang pemain veteran dari Johor Omar Suradi
Antara penonton yang tidak berganajak dari pentas Arena walaupun hujan turun mencurah-curah sewaktu pertandingan gusti lengan sedang berlangsung.
Mohamad Fauzi Mohd Basri, pengadil daripada Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor begitu serius sewaktu mengadili pertandingan.gusti lengan

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling,
gambar gusti lengan selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
karnival gegaria harian Metro,
Pantai Kelebang
Harian Metro (19/12/2011): Zuasliana ragut gelaran Siti
KEHADIRAN dua peserta adik-beradik, Zuasliana dan Zuasliza Abd Kadir dari Selangor di Dataran 1Malaysia Pantai Klebang, Melaka pantas meragut gelaran dimenangi Siti Khatijah Abd Hamid yang memegang tiga kejuaraan Sukan Lengan Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) sebelum ini.
Zuasliana yang kali pertama menyertai pertandingan Sukan Lengan anjuran Arena Sukan tiada masalah untuk muncul juara mengatasi kakaknya Zuasliza di final apabila menang mudah 2-0.
“Bagus Harian Metro menganjurkan pertandingan ini kerana ia mempopularkan lagi sukan lengan ke seluruh negara. Saya tidak dapat menyertai pertandingan di zon lain sebelum ini kerana sibuk bekerja tapi saya memang berazam untuk mengambil bahagian dan menang,” kata Zuasliana yang bekerja di Pusat Bowling One Utama.
“Saingan di sini hebat tapi belum sehebat kejohanan lain dalam kategori wanita tapi saya yakin peserta amatur akan bertambah baik pada tahun akan datang.” Zuasliza, kakak kepada Zuasliana pula menganggap tindakannya mengambil cuti rehat adalah berbaloi apabila membawa pulang RM250, manakala adiknya RM300.
Siti Khatijah pula menyalahkan diri sendiri kerana bangun lewat untuk ke Pantai Klebang.
“Salah sendiri kerana bangun lewat dari tidur. Apabila terlewat saya tergesa-gesa untuk memandu ke sini dan tidak bersedia sepenuhnya,” kata Siti Khatijah.
Kategori wanita semakin mendapat sambutan bukan hanya daripada segi penyertaan malah peminat yang tidak berganjak menonton pertandingan.

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Harian Metro,
karnival gegaria harian Metro,
kategori wanita terbuka,
Zuasliana,
zuasliza
Harian Metro (19/12/2011): Thiam Siew tetap hebat
Oleh Mohd Hilmie Hussin & Azlan Muhammad Zain
BIARPUN cabaran dilaungkan dengan menawarkan hadiah tambahan wang tunai RM700 kepada mana-mana peserta sukan lengan heavyweight iaitu bagi kategori 85kg ke atas, ternyata belum ada yang mampu merampas gelaran daripada Lee Thiam Siew pada pertandingan Sukan Lengan Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM).
Pada aksi yang berlangsung meriah di Dataran 1Malaysia Pantai Klebang, Melaka semalam, Thiam Siew langsung tidak tewas dalam semua perlawanan dan mara ke final dengan tenang biarpun pada awalnya bimbang dengan cabaran yang hadir daripada peserta seluruh negara termasuk dari Sabah.
“Saya awalnya bimbang juga melihat kelibat peserta Sabah yang hadir menyahut cabaran saya menawarkan hadiah tambahan, tapi mungkin saya melakukan latihan mencukupi untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi sejak kali pertama acara ini dianjurkan,” kata Thiam Siew.
“Kalau anda lihat, peserta Sabah kuat-kuat belaka dan menguasai dua kategori. Tapi yang penting Harian Metro berjaya menghidupkan semula kejohanan sukan lengan dengan pembabitan peserta dari seluruh Malaysia.
“Saya gembira kerana dengan penganjuran sukan lengan ini kita dapat mendedahkan kepada orang ramai bahawa sukan ini selamat tapi mereka perlu tahu teknik yang betul.” Thiam Siew menewaskan Bong Kim Boon di final juga berterima kasih kepada barisan pengadil dari Persatuan Sukan Lengan Selangor kerana mengadili perlawanan dengan baik tanpa ada kontroversi baik dari segi undian mahupun mutu pengadilan.
Selepas menang di tiga zon, Thiam Siew melaungkan cabaran menawarkan hadiah tambahan RM500 pada kejohanan di Pulau Pinang.
Sesudah tiada pencabar mampu merampas gelarannya di Pulau Pinang, dia menaikkan tawaran RM700 sebagai tambahan kepada hadiah kemenangan RM800 yang disediakan oleh Harian Metro tapi dia akhirnya muncul juara mutlak di semua lima zon.

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling,
gegaria harian Metro,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Harian Metro,
karnival gegaria harian Metro,
Lee Thiam Siew
Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro datang lagi!
Monday, November 7, 2011
Bagi mereka yang membaca Harian Metro hari ini, pasti telah mengetahui bahawa Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro sekali lagi akan diadakan iaitu pada 19 dan 20 November, 2011. Kali ini Pulau Pinang telah dipilih menjadi lokasi pertandingan iaitu di Dataran Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Mereka yang belum membaca akhbar Harian Metro, sukacita Badangpower maklumkan bahawa pertandingan kali ini masih lagi melibatkan 5 kategori yang akan dipertandingkan sama seperti pertandingan yang terdahulu iaitu Kategori A Remaja lelaki 17 tahun ke bawah, Kategori B Terbuka Wanita, Kategori C Lelaki 75kg ke bawah, kategori D lelaki 75kg - 85kg dan kategori D Lelaki 85kg ke atas.
Kategori A dan B yang mengenakan yuran RM15 akan diadakan pada 19 November, 2011. Pemenang bagi kategori ini akan membawa pulang RM300 untuk Juara, RM250 untuk Naib Juara, RM150 untuk tempat ke 3 dan RM100 untuk tempat yang ke 4. Manakala bagi kategoi C, D dan E pula akan diadakan pada 20 November, 2011. Yuran penyertaan bagi kategori ini adalah RM20 dan hadiah yang akan dimenangi adalah RM800 untuk Juara, RM600 untuk Naib Juara, RM400 untuk tempat ke 3 dan RM200 untuk tempat yang ke 4.
Apakah kita akan menyaksikan pemain-pemain yang sama akan memenangi pertandingan kali ini? Apakah juara kategori D akan terus menjadi milil lee Tiam Siew, atau akan muncul juara baru iaitu harith Abdullah atau mungkin juga Mohamad Zawawi Hussin? Begitu juga bagi bagi kategori D masihkah menjadi milik Isman Wahid? Bagaimana dengan kategori C, B dan A, masih mampukan Mohamad Nizar Yusuf, Valen Low dan Siti Khatijah mempertahankan kejuaraan? Sama-samalah kita nantikan detik penentuan pada 19 dan 20 November, 2011.
Secara peribadi, Badangpower berharap pertandingan kali ini akan melahir juara-juara baru. Kita mahu lebih ramai lagi akan turut serta hadir mempamerkan kekuatan lengan masing-masing. Pengalaman Badangpower mengendalikan pertandingan di Pulau Pinang suatu ketika dulu, sebenarnya terdapat ramai mereka yang berbakat terutama pemain dari kaum Cina layak menyertai pertandingan gusti lengan. Jadi Badangpower berharap mereka akan dapat turut serta dalam pertandingan kali ini.
Bagaimana pula pemain-pemain daripada negeri Kedah? Apakah mereka akan turun beramai-ramai kali ini, selepas kita tidak melihat aksi-aksi pemain-pemain dari negeri Kedah pada pertandingan terdahulu. Kedah yang mempunyai ramai pemain yang berbakat, pasti dengan kehadiran mereka semua, pertandingan kali ini akan menjadi pertandingan yang paling sengit sekiranya mereka turut sama menyertainya.
Lain-lain pemain yang masih belum berjaya muncul juara atau menduduki tempat k2 hingg ke 4 dalam beberapa siri pertandingan gusti lengan anjuran Harian Metro, jangan berputus asa, teruskan latihan dan terus mencuba dalam pertandingan kali ini. Badangpower yakin jika anda terus gigih berlatih dan turut menyertai pertandingan gusti lengan yang dianjurkan tak kira oleh manaa-mana pihak, badangpower yakin satu hari nanti anda akan sebaris dengan mereka yang ada hari ini.
Itu sahaja untuk kali ini, kita jumpa lagi.

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling selangor,
gusti lengan,
gusti lengan harian metro,
gusti lengan selangor,
karnival gegaria harian Metro
Subscribe to:
Posts (Atom)