KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label gusti lengan harian metro. Show all posts
Showing posts with label gusti lengan harian metro. Show all posts

Keputusan Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro, Pulau Pinang

Thursday, November 24, 2011


Salam 1Malaysia.

Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro pada 19 dan 20 November, 2011 yang lalu telah berjalan dengan jayanya. Bertempat di Taman Melinium, Kepala Batas, Pulau Pinang berjaya menghimpun lebih daripada 100 ahli gusti lengan dari seluruh negara. Penyertaan yang terdiri daripada remaja lelaki bawah 17 tahun, Wanita dan lelaki 3 kategori.

Sambutan kali ini begitu memberangsangkan walau pun pada waktu pagi terdapat gangguan oleh individu-inddividu yang berniat untuk mengagalkan perjalanan pertandingan ini sewaktui taklimat pertandingan oleh Ketua Pengadil sedang berlangsung (Badangpower akan huraikan hal ini kemudian). ianya tidak berjaya mempengaruhi ahli-ahli gusti lengan yang sememang tertunggu-tunggu untuk menyertai pertandingan ini.

Pertandingan untuk kategori remaja lelaki bawah 17 tahun dan kategori Wanita Terbuka telah diadakan pada 19 Disember, 2011.Siti Khatijah ismail terus mengungguli kategori Wanita Terbuka untuk kali ke tiga berturut-turut. Nampaknya belum ada peserta wanita yang mampu mencabar beliau. Manakala tanpa kehadiran Valen Low dari Singapura dalam pertandingan kali ini memberi kemenangan mudah kepada Radzi Abdul yang mewakili kelab Belia Sungai Seluang, Kulim, Kedah. Berikut adalah keputusan penuh;

Kategori Remaja Lelaki (bawah 17 tahun)
1. Radzi Abdul
2. Muhd Hatta Hawari
3. Ahmad Asry bin Ahmad Zaini
4. Muhammad Aqmal Abdul Rahman

Kategori Wanita Terbuka
1.Siti Khatijah bte Hamid
2. Yusliza Yusof
3. Mazuin Mohd Bashah
4. Yusmala Yusof
Jaguh Melaka, Lee Tiam Siew nyata terlalu unggul untuk ditewaskan apabila muncul juara buat kali keempat berturut-turut Dia terus muncul juara kategori Terbuka Lelaki 85kg ke atas untuk meraih RM800 yang ditawarkan pihak penganjur selain wang tunai tambahan RM500 yang ditawarkan olehnya sendiri sebelum ini sekiranya terdapat juara baru dalam kategori terbabit.

“Kemenangan kali keempat ini memang menggembirakan namun saingan nyata semakin sengit untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM1,300,” katanya yang muncul juara di Johor Bharu, Ipoh dan Temerloh. Menurut Tiam Siew, bukan kemenangan terbabit yang dimahukannya.

“Saya mengharapkan ada pencabar baru yang dapat bergelar juara. Mungkin KGHM selepas ini akan muncul pencabar yang lebih kuat terutamanya dari Sabah,” katanya.

Bong Kim Boon yang juga rakan sepelatih Lee Thiem Swee cuba memberikan saingan kepada Ah Thiem namun masih belum mampu untuk menandingan kekuatan Ah Thiiem. Beliau berjaya ke perlawanan akhir selepas menewaskan naib juara pertandingan gusti lengan yang diadakan di Temerloh iaitu Harith Abdullah dalam perlawanan sengit. Harith Abdullah mendapat tempat ke tiga dan diikuti oleh Mohd Zawawi Hussein.
Untuk kategori lelaki 75kg hingga 85kg, Bong Kim Peng dari Melaka berjaya muncul juara setelah mengalahkan Ku Ruhaizad Ku Rubi dari Perlis. Diikut oleh wakil Selangor, Mohd Zil Fadli Abdul Halim dan Ibrahim Musa dari kedah.

Mohd Nizar Yusof yang mewakili Selangor, sekali lagi berjaya muncul juara tanpa mendapat tentang hebat daripada pesaing-pesaing. Beliau dengan mudah menewaskan Ku Rashid Ku Rubi dalam perlawanan dua set. Tempat ke tiga menjadi milik Kow Peng Kuan dari Melaka dan ke empat Ali Maidin dari Kedah.
 
Keputusan penuh 3 kategori seperti berikut;
 
Kategori Lelaki 85kg ke atas
1. Lee Ah Thiem
2. Bong Kim Boon
3. Harith Abdullah
4. Mohd Zawawi Hussein
 
Kategori Lelaki 75kg -85kg ;
1. Bong Kim Peng
2. Ku Rohaizad Ku Rubi
3. Mohd Zil Fadli Abbd Halim
4. Ibrahim Musa
 
Kategori Lelaki 75kg ke bawah
1. Mohd Nizar bin Yusof
2. Ku Rashid Ku Rubi
3. Kow Peng Kuon
4. Ali Maidin
 
Badangpower bagi pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kaksih kepada pengurusan Harian Metro yang telah sudi menganjurkan pertandingan gusi lengan dengan melantik PSLNS sebagai pengendali kali ini.
 
 

Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro datang lagi!

Monday, November 7, 2011



Salam 1Malaysia.

Bagi mereka yang membaca Harian Metro hari ini, pasti telah mengetahui bahawa Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro sekali lagi akan diadakan iaitu pada 19 dan 20 November, 2011. Kali ini Pulau Pinang telah dipilih menjadi lokasi pertandingan iaitu di Dataran Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mereka yang belum membaca akhbar Harian Metro, sukacita Badangpower maklumkan bahawa pertandingan kali ini masih lagi melibatkan  5 kategori yang akan dipertandingkan sama seperti pertandingan yang terdahulu iaitu Kategori A Remaja lelaki 17 tahun ke bawah, Kategori B Terbuka Wanita, Kategori C Lelaki 75kg ke bawah, kategori D lelaki 75kg - 85kg dan kategori D Lelaki 85kg ke atas.

Kategori A dan B yang mengenakan yuran RM15 akan diadakan pada 19 November, 2011. Pemenang bagi kategori ini akan membawa pulang RM300 untuk Juara, RM250 untuk Naib Juara, RM150 untuk tempat ke 3 dan RM100 untuk tempat yang ke 4. Manakala bagi kategoi C, D dan E pula akan diadakan pada 20 November, 2011. Yuran penyertaan bagi kategori ini adalah RM20 dan hadiah yang akan dimenangi adalah RM800 untuk Juara, RM600 untuk Naib Juara, RM400 untuk tempat ke 3 dan RM200 untuk tempat yang ke 4.


Apakah kita akan menyaksikan pemain-pemain yang sama akan memenangi pertandingan kali ini? Apakah juara kategori D akan terus menjadi milil lee Tiam Siew, atau akan muncul juara baru iaitu harith Abdullah atau mungkin juga Mohamad Zawawi Hussin? Begitu juga bagi bagi kategori D masihkah menjadi milik Isman Wahid? Bagaimana dengan kategori C, B dan A, masih mampukan Mohamad Nizar Yusuf, Valen Low dan Siti Khatijah mempertahankan kejuaraan? Sama-samalah kita nantikan detik penentuan pada 19 dan 20 November, 2011.

Secara peribadi, Badangpower berharap pertandingan kali ini akan melahir juara-juara baru. Kita mahu lebih ramai lagi akan turut serta hadir mempamerkan kekuatan lengan masing-masing. Pengalaman Badangpower mengendalikan pertandingan di Pulau Pinang suatu ketika dulu, sebenarnya terdapat ramai mereka yang berbakat terutama pemain dari kaum Cina layak menyertai pertandingan gusti lengan. Jadi Badangpower berharap mereka akan dapat turut serta dalam pertandingan kali ini.

Bagaimana pula pemain-pemain daripada negeri Kedah? Apakah mereka akan turun beramai-ramai kali ini, selepas kita tidak melihat aksi-aksi pemain-pemain dari negeri Kedah pada pertandingan terdahulu. Kedah yang mempunyai ramai pemain yang berbakat, pasti dengan kehadiran mereka semua, pertandingan kali ini akan menjadi pertandingan yang paling sengit sekiranya mereka turut sama menyertainya.

Lain-lain pemain yang masih belum berjaya muncul juara atau menduduki tempat k2 hingg ke 4 dalam beberapa siri pertandingan gusti lengan anjuran Harian Metro, jangan berputus asa, teruskan latihan dan terus mencuba dalam pertandingan kali ini. Badangpower yakin jika anda terus gigih berlatih dan turut menyertai pertandingan gusti lengan yang dianjurkan tak kira oleh manaa-mana pihak, badangpower yakin satu hari nanti anda akan sebaris dengan mereka yang ada hari ini.

Itu sahaja untuk kali ini, kita jumpa lagi. 

Ucapan Terima Kasih kepada Harian Metro, dan semua yang terlibat

Monday, October 31, 2011


Badangpower ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Harian Metro terutama kepada Pengerusi Karnival Gegaria 2011, Ahmad Salim Bachok,, Encik Mohd Hilmie Hussin dan semua warga Harian Metro kerana telah memilih sukan gusti lengan sebagai salah satu aktiviti bagi Karnival Gegaria Harian Metro 2011. Harian Metro telah memberikan liputan yang begitu meluas kepada sukan gusti lengan. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk mengendalikan pertandingan kali ini dan sekiranya ada kekurangan sepanjang pertandingan ini berlangsung, pihak persatuan memohon maaf dan akan memperbaiki untuk pertandingan yang akan datang.

Juga kepada Persatuan Sukan Lengan Negeri Pahang, terutama Presidennya sendiri iaitu Encik Wan Abdul Rahman yang telah turut hadir memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi bagi memastikan pertandingan gusti lengan kali ini berjalan dengan lancar. Badangpower berharap kerjasama ini akan berterusan dan menjadi contoh juga kepada persatuan-persatuan negeri yang saling berkerjasama dan membantu satu sama lain.

Begitu juga kepada Solid Gym, yang telah turut bertungkus lumus dan bekerja keras membantu Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor dalam mengendalikan pertandingan kali ini. Badangpower ucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusnya Shamsul Kahar bin Ishak. Diharapkan kerjasama ini dapat dijalinkan berterusan.

Akhir sekali kepada semua pemain gusti lengan, peminat gusti lengan dan pencinta gusti lengan yang turut hadir memeriahkan acara gusti lengan ini hingga dapat dijalankan dengan jayanya, pihak Persatuan ucapkan ribuan terima kasih.

Okey, jumpa lagi.

Siti Khatijah menang lagi untuk kali ke dua..

Sunday, October 30, 2011

Siti Khatijah, juara kategori Wanita Terbuka

Valen Low diistiharkan sebagai juara.

Siti Khatijah Adul Hamid terus mempamerkan kehebatannya dalam acara sukan gusti lengan apabila sekali lagi muncul juara dalam kategori Wanita Terbuka Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro yang diadakan hari ini di Temerloh. Walaupun cuba diberikan saingan oleh Mazuin, namun Siti Khatijah dengan mudah sahaja menewaskan lawannya itu dalam perlawanan dua set. Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut buat bekas atlit rejam lembing kebangsaan yang baru-baru ini memenangi pertandingan gusti lengan di Ipoh dan Pelabuhan Kelang. Kejayaan ini membolehkan Siti Khatijah membawa pulang hadiah wang tunai RM300. Manakala Mazuin menduduki tempat kedua diikuti oleh Mahirah di tempat ke 3 dan Mazlifah di tempat yang ke empat.

Sementara itu bagi kategori lelaki remaja di bawah 17 tahun, sekali lagi dimenangi oleh peserta dari Singapura iaitu Valen Low yang diberi tentangan sengit oleh Lee Yong Seng dari Melaka. Ini juga merupakan kemenangan berturut-turut Velen Low yang muncul juara dalam pertandingan gusti lengan yang diadakan di Ipoh bulan September lalu. Walau pun tewas, Lee Yong Seng yang juga merupakan anak kepada ahli gusti lengan Melaka Lim Tiam Siew telah memberikan saingan sengit mempunyai potensi untuk menjadi barisan pelapis kepada ahli gusti lengan senior. Untuk tempat yang ketiga dan keempat adalah milik dua ahli gusti lengan Pahang iaitu Mohd Syazwan dan Mohd Zulfakar.

Secara keseluruhan sambutan bagi dua kategori ini amat memberangsangkan sekali terutama bagi kategori Wanita apabila ramai penyertaan dari kalanagan kaum ibu dan juga gadis-gadis muda. Malah terdapat juga beberapa orang peserta wanita yang pernah beraksi di Ipoh turut sama menyertai pertandingan kali ini.

Keputusan rasmi:

Kategori Wanita Terbuka;

1. Siti Khatijah Abdul Hamid (Selangor)
2. Mazuin Mohd Bashah (Selangor)
3. Mahirah Mustapha Kamal (Pahang)
4. Normazlifah Abdul Malik (Pahang)

Kategori Lelaki Remaja (bawah 17 tahun)
1. Valen Low Wai Lueen (Singapura)
2. Lee Yong Seng (Melaka)
3. Mohd Syazwan Noor Azmi (Pahang)
4. Mohammad Zulfaqir Marzuki (Pahang)

Esok 30 Oktober, 2011 pasti menjadi hari yang dinantikan oleh peminat-peminat gusti lengan apabila acara kemucak pertandingan gusti lengan apabila sebanyak 3 kategori lelaki pula akan dipertandingan yang bakal menyaksikan penyertaan ahli gusti lengan dari seluruh Malaysia untuk mempamerkan kekuatan masing-masing. Antara yang sah akan hadir esok diantaranya Lee Tiam Siew (Melaka) Mohd Zawawi Hussin(Kelantan) Harith Abdullah (Negeri Sembilan), Mohamad Nizar Yusof (Selangor), Ku Ruhaizad Ku Rubi (Perlis) dan ramai lagi pemain-pemain gusti lengan.

Jadi yang berminat untuk menyaksikan Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro jangan lupa untuk ke Booth Arena untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan yang dijangkakan hebat. Jadi hadirlah ke Karnival Gegaria Harian Metro di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh.

Jommm... jumpa anda di sana!!!