Tahniah wakil Selangor, Mervyn Siew dan Fauzi

Wednesday, November 2, 2011

Share this history on :
Wakil Selangor, Mervyn (kiri) dan Mohd Fauzi Basri (Gambar ehsan Hairul Nazli)

Salam 1Malaysia.

Mungkin ramai yang telah mengetahui, satu lagi pertandingan gusti lengan anjuran Harian Metro akan diadakan di penghujung November ini di Pulau Pinang. Jadi anda semua ada tiga minggu lagi untuk buat persiapan untuk menumbang juara-juara yang sedia ada, jangan biarkan mereka berterusan bermaharaja lela di pentas gusti lengan buat selamanya.

Hari ini baru Badangpower perasaan, Selangor hanya diwakili oleh dua orang peserta sahaja iaitu Mr Selangor 2010 Mervyn Siew dan Finalist Mr Selangor 2010 Mohd Fauzi Basri. Tahniah Badangpower ucapankan kepada Mervyn Siew yang mendapat tempat ke 4 dan Mohd Basri yang berjaya mara hingga ke pusingan suku akhir.

Badangpower harap kedua-dua pemain terutama Mervyn Siew agar berlatih dan berusaha lebih kuat lagi untuk memberi cabaran kepada peserta-peserta lain untuk pertandingan akan datang. Disinilah Mervyn Siew akan mengalas tugas berat bersama-sama seorang lagi pemain Selangor Sazali Nazaki  yang sedang cedera untuk menjulang nama Selangor dalam persada gusti lengan tanah air. Sementara Mohd Fauzi yang makin menghampiri usia 40, pula nampaknya telah mula berjinak-jinak untuk menjadi pengadil gusti lengan. Badangpower tak dapat nak halang beliau, cuma berharap beliau akan dapat bertahan untuk dua tiga tahun lagi untuk membawa cabaran Selangor seterusnya.

Nampaknya Selangor telah kehilangan sebahagian besar pemainnya yang telah berhijrah mewakili kelab masing-masing. Tahun 2012 yang akan menjelma tidak lama lagi, nampaknya menjadi satu cabaran buat PSLNS untuk melahir lebih ramai lagi bakat baru dalam acara gusti lengan di negeri Selangor.

Jumpa lagi.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

1 comments:

lee power said...

takpe badang power.kami walaupun dalam kelab tapi tetap wakil selangor.sementara kite nak kukuhkan kembali pslns.kami akan rekrut orang2 baru dalam kelab.kite akan bergabung macam asal juga nanti.jangan risau.air di cincang takkan putus.