KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label gusti lengan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label gusti lengan Malaysia. Show all posts

MALAYSIA NYARIS SAPU BERSIH - KALTIM POST

Wednesday, March 12, 2014



Petikan keratan akhbar Kaltim Post tentang kejayaan pasukan Malaysia di Kejohanan Gusti Lengan Antarabangsa Balikpapan 2014 di Balikpapan, Kalimantan, Indonesia.

 

MALAYSIA HAMPIR SAPU BERSIH DI BALIKPAPAN






Malaysia hampir memenangi semua kategori
2nd Balikpapan International Armwrestling Competition 2014



BALIKPAPAN, 1 Mac 2014  – Dengan kekuatan seramai 15 orang ahli gusti lengan yang terdiri dari atlit gabungan 3 buah negeri iaitu Selangor, Melaka dan Sabah, Malaysia hampir memenangi ke semua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Gusti Lengan Antarabangsa Balikpapan 2014. Kejohanan ini telah diadakan di Balikpapan, Indonesia pada 27 dan 28 Februari 2014 yang lalu.

Sebanyak 5 kategori yang dipertandingkan pada kejohanan kali ke 2 ini, Malaysia telah berjaya memenangi 4 kategori melalui Mohd Nizar Yusof yang menewaskan rakan senegara Mohd Zil Fadli Abdul Halim untuk menjuarai kategori 65-75 kg. Diikuti pula oleh Joeffrey Jolly yang mengalahkan Yulianto (Indonesia) untuk muncul kategori 75-85 kg. Bong Kim Boon menjadi juara kategori 85-95 kg juga mengalahkan rakan senegara iaitu Jolly Johnson. Pingat ke 4 Malaysia disumbangkan oleh Lee Thiem Siew yang berjaya menewaskan musuh tradisinya James H Anes (Indonesia) dalaam kategori 95+ kg. Malaysia hampir memenangi kesemua kategori namun Abdul Rozak Hadezir tewas di tangan Edi (Indonesia) pada kategori 0-65 kg untuk sekadar membawa pulang pingat perak.

Secara keseluruhan Malaysia berjaya memenangi 4 pingat emas dan 3 perak. Ini merupakan pencapaian terbaik berbanding pencapaian pada kejohanan pertama pada tahun 2013 di mana Malaysia hanya memenangi 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Pemenang setiap kategori dari juara hingga tempat ke 3 masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai Rp 12,5 juta (juara7 I), Rp 10 juta (juara II), Rp 7,5 juta (juara III).

 
Keputusan penuh adalah seperti berikut;

65kg ke bawah

1 - Edy (Indonesia)
2 - Abdul Razak(Malaysia)
3 – Herman (Indonesia)

 
75kg ke bawah
1 - Nizar Yusof(Malaysia)
2 - Zil Fadli (Malaysia)
3 - Jian Jikan (Indonesia)

 
85kg ke bawah
1 - Joeffrey Jolly (Malaysia)
2 - Darwis (Indonesia)
3 - Chandra (Indonesia)

 
95kg ke bawah
1 - Bong Kim Boon (Malaysia)
2 - Jolly Johnson (Malaysia)
3 - Indonesia

 
95kg ke atas
1 - Lee Thiam Siew (Malaysia)
2 - Anes James (Indonesia)
3 - Sirojuddin (Indonesia)

 
Tahniah pihak kami ucapkan kepada pemain-pemain yang terlibat dan terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

 

 Lee Thiem Siew - 95kg ke atas


Bong Kim Boon, 95kg ke bawah 


 Jeoffery Jolly, 85kg ke bawah
 

 Abdul Razak Hadezhir, naib juara 65kg ke bawah


 Jeoffery Jolly dan Jolly Johnson - like father like son

SIAPA BAKAL MR MATIC 2013

Friday, November 29, 2013


Salam Sejahtera semua.

Siapa bakal membawa pulang gelaran MR MaTiC 2013. Adakah semua gelaran ini akan kekal di Selangor, atau berpindah ke Singapura atau ke Melaka atau mungkin ada kejutan dari pasukan Johor. Seruan Badangpower agar pemain-pemain Selangor mengekal gelaran yang ada disamping merampas kembali gelaran yang telah dibawah keluar dari Selangor tahun lepas. Kita harap Nizar, Hairul, Zil, Razak, Sazali,Jack Chia, Azmy Nen, Markus Nen dan ramai lagi pemain Selangor akan berjuang sebaik mungkin.

Jom Selangor tunjukan kekuatan anda!



















Tahniah wakil Selangor, Mervyn Siew dan Fauzi

Wednesday, November 2, 2011

Wakil Selangor, Mervyn (kiri) dan Mohd Fauzi Basri (Gambar ehsan Hairul Nazli)

Salam 1Malaysia.

Mungkin ramai yang telah mengetahui, satu lagi pertandingan gusti lengan anjuran Harian Metro akan diadakan di penghujung November ini di Pulau Pinang. Jadi anda semua ada tiga minggu lagi untuk buat persiapan untuk menumbang juara-juara yang sedia ada, jangan biarkan mereka berterusan bermaharaja lela di pentas gusti lengan buat selamanya.

Hari ini baru Badangpower perasaan, Selangor hanya diwakili oleh dua orang peserta sahaja iaitu Mr Selangor 2010 Mervyn Siew dan Finalist Mr Selangor 2010 Mohd Fauzi Basri. Tahniah Badangpower ucapankan kepada Mervyn Siew yang mendapat tempat ke 4 dan Mohd Basri yang berjaya mara hingga ke pusingan suku akhir.

Badangpower harap kedua-dua pemain terutama Mervyn Siew agar berlatih dan berusaha lebih kuat lagi untuk memberi cabaran kepada peserta-peserta lain untuk pertandingan akan datang. Disinilah Mervyn Siew akan mengalas tugas berat bersama-sama seorang lagi pemain Selangor Sazali Nazaki  yang sedang cedera untuk menjulang nama Selangor dalam persada gusti lengan tanah air. Sementara Mohd Fauzi yang makin menghampiri usia 40, pula nampaknya telah mula berjinak-jinak untuk menjadi pengadil gusti lengan. Badangpower tak dapat nak halang beliau, cuma berharap beliau akan dapat bertahan untuk dua tiga tahun lagi untuk membawa cabaran Selangor seterusnya.

Nampaknya Selangor telah kehilangan sebahagian besar pemainnya yang telah berhijrah mewakili kelab masing-masing. Tahun 2012 yang akan menjelma tidak lama lagi, nampaknya menjadi satu cabaran buat PSLNS untuk melahir lebih ramai lagi bakat baru dalam acara gusti lengan di negeri Selangor.

Jumpa lagi.

Arena Gusti Lengan di Malaysia Bergolak???

Sunday, October 16, 2011

Apakah ini nasib sukan gusti lengan di Malaysia satu hari nanti, Bergusti lengan dalam kegelapan.


Salam.

Di tempat Badangpower sekarang boleh dikatakan pada setiap petang akan mendung. Guruh kedengaran sabung menyabung. Kadang-kadang hujan turun, tapi selalunya tak jadi turun. Waktu Badangpower buat posting ini, di luar kedengaran guruh bersahut-sahutan dari kejauhan. Kadang-kadang kuat, ada kalanya pula perlahan. Angin pun adakalanya bertiup kencang juga, Bendera Malaysia yang Badangpower pasang di halaman rumah waktu ni berkibar dengan megahnya. .

Maaflah, Badangpower bukan nak bermetafora petang ni. Cuma nak kaitkan juga iklim Malaysia sekarang dengan arena gusti lengan di Malaysia  waktu ini. Itu sahaja. Maklumlah walaupun Badangpower zahirnya memanglah mempunyai badan sasa yang berotot-otot, lengan yang berketul-ketul, muka yang garang, tetapi dalam hati masih ada darah seni yang mengalir. Jadinya sekali-sekala terkeluar juga ungkapan-ungkapan yang orang muda sekarang istilahkan sebagai jiwang.

Dua hari lepas sewaktu menonton cerita kartun Tom and Jerry di Astro, Badangpower telah menerima panggilan telefon misteri daripada salah seorang orang kuat persatuan sukan lengan negeri. Tak payahlah Badangpower nyatakan persatuan negeri yang mana. Apa yang penting adalah beliau bercerita tentang beberapa perkara yang sedang berlaku di dalam arena sukan gusti lengan di Malaysia. Panas! itu saje yang boleh Badangpower rumuskan buat masa ini. Persoalannya adakah akan berlaku perubahan drastik dalam arena sukan gusti lengan di Malaysia tak lama lagi. Badangpower cuma boleh cakap."No Comment. Tunggu dan lihat!"

Apa sekali pun, Badangpower cuma berharap apa sahaja yang berlaku biarlah ianya memberikan kebaikan kepada arena sukan gusti lengan itu sendiri. Badangpower serta AJK PSLNS yang lain, dan rakan-rakan lain di peringkat Malaysia dan negeri-negeri telah lama bertungkus lumus untuk membangunkan acara sukan ini. Janganlah masalah yang berlaku akan memusnah impian kita semua untuk melihat sukan gusti lengan satu hari nanti berdiri sama tinggi dengan acara-acara sukan yang lain. Sama-samalah kita berusaha mempertingkat martabat sukan gusti lengan di Malaysia.

Jumpa lagi.

Isu Penggantungan Atlit Gusti Lengan Selangor

Saturday, October 15, 2011


Salam 1Malaysia.

Nampaknya kekecohan yang tercetus daripada penganjuran Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro pada 24 & 25 September 2011 yang telah diadakan di Ipoh, Perak masih belum selesai. Beberapa hari lalu Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah menerima surat daripada Persatuan Sukan Lengan Malaysia (PSLM) berhubung dengan isu berkenaan.

Surat daripada PSLM itu telah memaklumkan penggantungan beberapa orang atlit gusti lengan Selangor daripada menyertai sebarang pertandingan gusti lengan anjuran PSLM selama 2 tahun berkuatkuasa 1 Oktober 2011. PSLM juga telah mengarahkan PSLNS untuk turut menggantung atlit gusti lengan berkenaan daripada terlibat dengan sebarang pertandingan anjuran PSLNS untuk tempoh yang sama.

Susulan daripada surat itu, PSLNS telah pun bermesyuarat semalam dan membuat ketetapan untuk menangguh perlaksanaan berkenaan di peringkat negeri Selangor sehingga satu siasatan dijalankan ke atas atlit-atlit berkenaan terlebih dahulu. Atlit-atlit yang berkenaan yang terbabit akan dipanggil untuk membela diri. Ini bertujuan memberi keadilan kepada semua yang terlibat.

Yang menjadi masalah untuk pihak PSLNS mengambil tindakan adalah kerana PSLM tidak menyatakan dengan jelas siapakan pemain-pemain yang dimaksudkan. PSLNS akan terlebih dahulu mendapatkan penjelasan rasmi daripada PSLM berhubung dengan nama atlit-atlit yang dimaksudkan. Begitu juga PSLNS ingin memohon penjelasan daripada PSLM samada atlit-atlit gusti lengan daripada persatuan negeri yang lain seperti Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang dikatakan turut terlibat dalam pertandingan berkenaan akan juga dikenakan hukuman penggantungan.

PSLNS akan berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana memandangkan Pertandingan Gusti Lengan Mr Selangor 2011 yang akan diadakan pada 3 & 4 Disember, 2011 di Stadium Bukit Jalil akan turut melibatkan atlit-atlit berkenaan.

PSLNS juga berharap kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan segera dan sebaik mungkin demi kemajuaan sukan gusti lengan di Malaysia. Harus diingat sukan lengan di Malaysia memerlukan sokongan daripada semua peringkat lapisan masyarakat. Segala isu yang timbul hendaklah diselesaikan secara muafakat dan mengembirakan semua pihak yang terbabit.

Jumpa lagi.

Jom Sertai Sukan Lengan Karnival Gegaria Metro

Monday, July 18, 2011



JOM sertai Kejohanan Sukan Lengan gegaria harian Metro 2011 yang akan diadakan pada 23 Julai, 2011 bertempat di Plaza Angsana, Johor Baru. kategori yang akan di pertandngkan adalah 80kg ke atas, 70kg ke 80kg dan 70kg kebawah. Hadiah tempat pertama adalah RM500, kedua RM300,ke 3 RM 200 dan ke 4 RM100. Borang penyertaan boleh didapati di Harian Metro hari ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh harian Metro dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Malaysia.

Jangan lupa, selepas ke Johor Baharu, singgah ke Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 24 Julai, 2011 untuk menyertai acara Gusti Lengan anjuran Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

JOMMMM..... RAMAI-RAMAI KITA MERIAHKAN PERTANDINGAN GUSTI LENGAN!!!

Metro : Gusti lengan. Cungkil bakat muda

PERSATUAN Sukan Gusti Lengan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Pertandingan Sukan Gusti Lengan Terbuka Pulau Pinang pada 17 dan 18 September ini dengan 2,000 peserta dijangka mengambil bahagian.

Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki bawah 65 kilogram, 65-74kg, 75-84kg, 85-100kg dan 100kg ke atas manakala bagi kategori wanita pula terbuka kepada bawah 65kg dan 65kg ke atas.

Presiden Persatuan Sukan Gusti Lengan Negeri Pulau Pinang, Che Yub Saad berkata, objektif utama pertandingan itu adalah untuk mengembangkan sukan itu serta melatih sekali gus melahirkan generasi baru terutamanya belia.


“Pelbagai hadiah menarik dijanjikan kepada peserta yang memenangi kategori masing-masing dan kami juga mengalu-alukan individu atau syarikat menaja pertandingan ini.


“Tiada had usia ditetapkan untuk menyertai pertandingan ini dan hanya satu syarat ditetapkan iaitu peserta hanya boleh menggunakan tangan kanan ketika pertandingan,” katanya ditemui pada Majlis Pelancaran Persatuan Sukan Gusti Lengan Negeri Pulau Pinang dan logo persatuan itu di Pusat Rekreasi Telur Air Tawar, Taman Robina, Butterworth, Pulau Pinang, baru-baru ini.


Hadir sama Presiden Persatuan Sukan Gusti Lengan Malaysia, Mohamad Mydin.


Persatuan itu diluluskan Pesuruhjaya Sukan Malaysia tahun lalu bagi mengekalkan sukan tradisi yang wujud sejak sekian lama.

Armsport De Tour Malaysia tunda lagi

Monday, May 2, 2011

Tunda lagi. Malas nak cakap banyak-banyak, nanti orang kat Persatuan Sukan Lengan Malaysia marah. Apa-apa baca sendiri kat sini Armsport De Tour Malaysia

ARMSPORT DE' TOUR MALAYSIA,

Wednesday, March 23, 2011




ARMSPORT DE'TOUR MALAYSIA,
1-3 April, 2011, Dataran Remaja, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Here is the draft detail regarding Zone 1 itinerary .

1st April 2011 (FRIDAY)
10 am - 10pm - Registration
4.30pm - Launch by Dato Zolkples Embong
...
2nd April 2011 (SATURDAY)
10am - 10pm - match/entertainment

3rd April 2011 (SUNDAY)
10am - 11pm - match/entertainment/winning ceremony


Categories:







Please visit our website at http://armsportdetourmalaysia.yolasite.com/

Lepas habis game kat JB itu hari...

Thursday, April 15, 2010


Kejohanan Gusti Lengan Terbuka Malaysia di Johor Baharu

Monday, April 5, 2010

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Berita gembira untuk semua pemain dan peminat gusti lengan. Badangpower ingin memaklumkan bahawa Sukan Lengan Johor akan menganjurkan "Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Malaysia" pada 11hb April, 2010 di Pasaraya Today Bandar Sri Aman Masai, Johor Bahru.

PSLNS bercadang untuk menghantar antara 10 - 15 pemain. Pemain Gusti Lengan Selangor yang berminat untuk menyertai boleh berhubung dengan Setiausaha PSLNS 012-9402679 atau Encik Omar Suradie di talian 012-7716190 untuk maklumat lebih lanjut.

Butiran pertandingan ini seperti di bawah;








Tahniah Persatuan Sukan Lengan Malaysia!

Thursday, February 25, 2010

Salam semua,

Badang mendapat berita bahawa Persatuan Sukan Lengan Malaysia (MAA) akan berkerjasama dengan FELDA untuk menganjurkan pertandingan gusti lengan untuk warga FELDA seluruh Malaysia. Bagi pihak PSLNS, Badang mengucapkan tahniah kepada MAA.

Adalah diharapkan tahun 2010 ini menjadi tahun sibuk kepada MAA dalam menganjurkan pertandingan gusti lengan di peringkat kebangsaan. Seingat Badang, arena gusti lengan agak sunyi dengan pertandingan kebangsaan pada tahun 2009. Masih belum ada lagi satu kejohanan yang mampu mengumpulkan semua pemain gusti lengan dari seluruh Malaysia bertanding didalam satu pertandingan khusus.


Pihak PSLNS, insyaallah pada bila-bila masa bersedia membantu MAA dalam penganjuran pertandingan gusti lengan sekiranya pihak MAA memerlukan.

Jadi anda juga sebagai pemain gusti lengan mesti memberikankan sokongan dengan menyertai pertandingan gusti lengan yang diadakan di seluruh Malaysia. Lupakan dulu soal ganjaran. Yang paling utamam kita sama-sama mengangkat sukan gusti lengan ke peringkat lebih tinggi di Malaysia. Badang percaya hasil kerja keras kita semua, ganjaran pasti akan datang juga.


Sekian, jumpa lagi.


Badangpower