KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label armwrestling challenge MaTic Fest 2012. Show all posts
Showing posts with label armwrestling challenge MaTic Fest 2012. Show all posts

Bila kaum Ibu beraksi gusti lengan

Tuesday, December 18, 2012


Sebahagian daripada aksi-aksi kaum ibu di Armwrestling Challange @ MaTiC Fest 2012.


Juara dan Naib Juara Kategori Wanita Terbuka

Video: Abd Razak lawan Hairul Lee

Aksi-aksi tepilih di Armwrestling Challenge @ MaTic Fest 2012,


Semoga anda terhibur dengan aksi-aksi di Armwrestling Challenge @ MaTic Fest 2012,





Video: Nizar lwn Lee Yong Seng


Lee Thiem Swee, Mohd Nizar Yusuf dan Abd Razak Hadizir muncul juara


Lee hiem Swee dan Mohd Nizar masih berupaya mengekal penguasan merek dalam kategori masing-masing dalam pertandingan gusti lengan "Armwresling Challenge @ MaTiC Fest 2012. Manakala Abd Razak Hadizir mula menonjolkan kekuatan apabila muncul dalam kategori C> Tahniah untuk mereka bertiga dan badangpower peserta-peserta akan turut meningkat dengan memberi lebih cabaran kepada mereka bertiga. Apa pun Badangpower ucapkaan tahniah kepada semua dan yang tak berjaya, janagan putus asa dan cuba lagi di pertandingan yang lain-lain.


Mohd Nizar Yusuf muncul juara Kategori C Lelaki


Armwrestling Challenge @ MaTiC Fest 2012: Keputusan


Terima kasih kepada Pusat Pelancong Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur yang telah menganjurkan pertandingan "Armwrestling Challenge @ MaTiC Fest 2012 pada 15hb Disember, 2012. Pertandingan yang diadakan di MaTiC, jalan Ampang, Kuala Lumpur telah menarik minat seramai 43 orang peserta lelaki dan wanita. Pertandingan ini yang asalnya mempertandingan hanya 3 kategori lelaki, telah menaambah satu lagi kategori iaitu kategori Wanita Terbuka. Kategori ini diadakan berikutan dengan permintaan pengunjung wanita yang mahu pertandingan ini diadakan juga untuk mereka.

TUNDA - ARMWRESTLING CHALLENGE @ MaTiC FEST 2012

Friday, November 9, 2012

Salam semua,

Petang tadi Badangpower dihubungi oleh pihak MATIC untuk memaklumkan bahawa Pertandingan Armwrestling Challenge @ MaTiC Fest 2012 yang dijadualkan pada 23 & 24 November, 2012 telah ditunda ke tarikh baru iaitu pada 14 & 15 Disember, 2012 Lokasi, masa, kategori dan lain-lain tidak berubah. Manakala hadiah pertandingan adalah berupa wang tunai RM500, RM300, RM200 dan RM50 dari tempat ke 4 hingga ke 8 berserta medal dan sijil penyertaan.

Ada hikmahnya penundaan ini kerana pada 25 November, 2012 akan ada satu pertandingan gusti lengan iaitu "Armwrestling Competition Karnival Belia Selangor" di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Jadi dengan perubahaan tarikh ini dapat membolehkan lebih ramai yang akan menghadiri setiap pertandingan yang diadakan.

Jadinya menjelang tahun baru, kita di Selangor dan Kuala Lumpur ada dua pertandingan gusti lengan yang akan diadakan.

Jumpa anda semua di sana..... 

ARMWRESTLING CHALLENGE @ MaTiC FEST 2012

Monday, October 29, 2012






 
 
Armwrestling Challenge @ MaTiC Fest 2012
Tarikh, Masa dan Lokasi
Pertandingan ini akan diadakan pada 14hb dan 15hb. Disember, 2012 bertempat di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 

Masa pertandingan adalah;

14 Disember, 2012
03.00ptg – Pendaftar pertandingan
08.00mlm – Perlawanan pertunjukan

15 Disember, 2012
08.00pagi - Pendaftaran
10.30pg - Taklimat Pertandingan
11.00pgi- Perlawanan pusingan awal

08.30mlm- Perlawanan Separuh akhir dan akhir

Kategori Pertandingan
Sebanyak 3 kategori akan di pertandingkan iaitu;

1. Kategori A Lelaki 85.1kg ke atas
2. Kategori B Lelaki 75.1kg – 85kg
3. Kategori C Lelaki 75kg ke bawah


Penyertaan 
Penyertaan adalah terbuka kepada;
1. Warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.
2. Lelaki sahaja.
3. Berusia 18 tahun dan ke atas pada tarikh pertandingan.
4. Peserta peserta yang pernah atau sedang mengalami tangan patah, retak atau terseliuh lengan, tidak dibenarkan mengambil bahagian.
5. Bukan seorang penagih dadah atau bekas penagih dadah.


Tatacara dan Peraturan
Tatacara dan peraturan pertandingan ini berdasarkan Undang-Undang dan Peraturan World Armwrestling Federation (WAF) sahaja. Pertandingan Gusti Lengan dijalankan secara berdiri (standing). Pertandingan Gusti Lengan hanya menggunakan tangan kanan sahaja


Format Pertandingan
Pertandingan ini akan menggunakan format "kalah mati dua kali (double elimination)" iaitu pemain yang kalah dua perlawanan akan terkeluar dari pertandingan.  Setiap kategori hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 8 penyertaan. Sekiranya penyertaan mana-mana kategori kurang dari jumlah berkenaan, pihak penganjur mempunyai kuasa samada meneruskan atau membatalkan pertandingan bagi kategori yang berkenaan.

Pakaian dan Tingkahlaku Peserta
Para peserta diwajibkan berpakaian sukan yang bersesuaian. 
Para peserta diwajibkan berkasut sukan dan tidak memakai topi. Jam tangan, cincin dan sebagainya tidak boleh dipakai dari bahu hingga ke jari semasa perlawanan diadakan. Peserta dikehendaki memelihara ketatasusilaan serta memelihara keharmonian sepanjang kejohanan diadakan. Semangat kesukanan yang ditunjukkan haruslah menghormati etika ketika berada di tempat awam. Peserta yang disyaki di bawah pengaruh dadah dan alkohol tidak akan dibenarkan bertanding.  Para peserta dan pegawai pegawai penganjur adalah tertakluk kepada Undang-Undang Persekutuan, Undang Undang Kerajaan Tempatan dan Peraturan Peraturan yang diwartakan oleh pemilik premis kejohanan.


Pengadilan
Pengadil adalah dari kalangan mereka yang dilantik dan diiktiraf oleh PSLNS sahaja. Pengadil terdiri daripada mereka yang mempunyai Sijil Pengadilan World Armwrestling Federation (WAF) dan /atau Sijil Pengadilan PSLNS.  Pengadilan setiap pertandingan akan merujuk kepada syarat-syarat am dan undang-undang teknikal pertandingan yang ditetapkan oleh PSLNS.  Keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad.

Tanggungjawab
Pihak Penganjur dan PSLNS adalah tidak bertanggungjawab ke atas kecederaan, kemalangan atau kehilangan harta benda peserta atau sebarang kehilangan atau kecelaan nama baik dan reputasi yang terhasil dari pertanndingan ini ke atas peserta.
Yuran
Yuran yang dikenakan adalah RM10.00 sahaja.
Jika berlaku penarikan diri pada bila-bila masa atau atas apa juga sebab, yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.

Hadiah
Hadiah : Juara - RM500 + medal+sijil
Naib Juara - RM300 +medal+ sijil
Ke 3 - RM200 + medal+sijil

Ke 4 - 8 : RM50+ sijil

Komunikasi
Sebarang pertanyaan berkenaan boleh berhubung dengan
1. Encik Ab. Aziz bin Ali, Presiden PSLNS 012-4189438
2. Encik Shamsul Kahar, Pengarah Pertandingan PLSNS 0129402679
3. Email: selangorarmsport@yahoo.com,
saa_secretary@yahoo.com