BADANGPOWER MUNCUL DI MELAKA

Saturday, May 4, 2013

Share this history on :


Salam kepada semua pembaca blog PSLNS.

Saya adalah salah seorang peminat acara gusti lengan yang sentiasa mengikuti perkembangan acara gusti lengan di blog PSLNS dan salah satu nama yang sering muncul di blog PSLNS adalah Badangpower. Saya membayangkan Badangpower adalah seorang yang gagah perkasa dengan lengan yang berketul-ketul. Jadi bila dimaklumkan Badangpower akan muncul di Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2013 di Pirate Park, Sungai Melaka saya memutuskan untuk hadir bertemu beliau dengan tujuan meminta tip-tip untuk menang dalam perlawanan gusti lengan kerana selepas menyertai 10 pertandingan gusti lengan, saya tak pernah menang walau pun satu set (hehehehe..... dan sentiasa menduduki tempat terakhir).

Hehehehe.. walau pun indah khabar dari rupa, sempat juga saya duduk berborak dengan beliau di restoran berdekatan sambil perkena teh tarik (mentang-mentanglah saya belanja, laju je beliau order Fresh Oren dan beef steak), sempat saya bertanya tentang tip untuk menang dalam pertandingan gusti lengan. Dengan selamba beliau berkata, "Baik kau tanya Zil atau Nizar. Abang ni macam kau juga, tak pernah menang walau pun sekali dalam pertandingan gusti lengan...HAHAHAHAHAHAH!"

Hampeh sungguh. Jadi di sini saya mengambil kesempatan mendedahkan identiti Badangpower yang sebenar. Gambar di atas adalah aksi Badangpower baju merah) menentang Zil Fadli (yang menang pertandingan di Melaka ni). Keputusan perlawanan dorang ni, korang tekalah sendiri..hahahahaha!.

Kiriman:
Badangtakpower.



Komen Badangpower: Inilah komen yang paling hampeh Badangpower pernah terima. Jaga-jaga kau Badangtakpower, jumpa nanti aku hammer kau!


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: