BLOG PSLNS BERWAJAH BARU

Friday, May 3, 2013

Share this history on :


Salam.

Mungkin ramai yang bertanya, kenapa blog Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor tidak dapat di asess minggu lalu. Sebenarnya saya telah memakumkan kepada semua melalu Facebook Gusti Lengan Malaysia Singapore Armwrestling bahawa blog ini akan ditutup sementara untuk kerja pengubahsuaian. Hari ini blog ini boleh di akses oleh semua. Namun begitu ada beberapa bahagian daripada blog ini yang belum sempurna sepenuhnya, Ini akan dilakukan dari masa ke semasa. Saya mengalu-alukan anda menghantar cadangan untuk penambahbaikan blog ini.

Disamping itu juga, pihak PSLNS menjemput penulis-penulis untuk menyumbang tulisan tentang hal-hal yang berkaitan degan gusti lengan. Anda boleh bercerita apa sahaja seperti aktiviti gusti lengan di Malaysia dan antarabangsa, tip-tip permainan gusti lengan, teknik-teknik dan latihan gusti lengan, isu-isu semasa yang berkaitan. Anda juga boleh menulis tentang pengalaman anda menyertai gusti lengan, cerita tentang ahli gusti lengan dunia yang anda minati. Anda boleh tulis apa sahaja asalkan berkaitan dengan gusti lengan. Hantar tulisan anda ke saa_secretary@yahoo.com.

Sekian, jumpa lagi.

Badangpower


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: