SELANGOR, MELAKA DAN SINGAPURA MENANG DI PERTANDINGAN GUSTI LENGAN MELAKA 2013

Saturday, May 4, 2013

Share this history on :


Melaka, 1 Mei, 2013.  Zil Fadli Abdul Halim mengembirakan team Gusti Lengan Selangor apabila berjaya menjuarai kategori C di Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2013 yang telah diadakan pada 1 Mei, 2013 di Pirate Park, Sungai Melaka, Melaka. Kemenangan ini begitu bermakna apabila pemain harapan team Selangor, Mohamad Nizar Yusuf terpkasa menarik diri di saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Zil Fadli berjaya menewaskan peserta dari Singapura iaitu Melvin Loh dalam perlawanan dua set yang agak mudah. Tempat ke 3 jatuh kepada Hairul nazli Abdul halim dari Selangor dan Saddam Wafa dari Perak.

Pertandingan yang melibatkan penyertaan hampir 50 orang peserta yang daripada Melaka, Johor, Selangor, Perak dan Singapura berjaya menarik perhatian ramai penonton yang berada di Pirate Park walaaupun terdapat beberapa acara yang lain. Program ielah dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka iaitu Datuk Wira Hj Othman bin Muhamad.

Sementara itu Valen Low dari Singapura berjaya memenangi kategori B apabila berjaya mengalahkan Lee Yong Sheng peserta dari Melaka. Manakala dua peserta Selangor iaitu Abdul Razak Hadizir dan Shamsul Fitri berjaya menduduki tempat ke 3 dan ke 4.

Bong Kim Boon berjaya menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah Melaka apabila berjaya memenangi kategori B setelah menewaskan rakan sepasukan Ooi Yee Kun di perlawanan akhir. Manakala tempat ke 3 dan ke 4 turut dibolot oleh dua peserta Melaka iaitu Yasser kalam dan Saedon Abu Bakar.

Pasukan Selangor diwakili oleh tujuh orang peserta tutut memakai baju baru pasukan Selangor berwarna kuning merah untuk pemain senior dan warna ahitam unntuk pemain junior. Antara yang mewakili Selangor adalah Mohd Najib Ismail (ktegori C tempat ke 8), Azmy Nnen (kategori A tempat ke 6) dan Shamsul Fitri (kategori B tempat ke 4).

Juara setiap kategori membawa pulang RM300, Naib juara RM200, ke 3 RM100 dan ke 4 RM50.00, manakala tempat ke 5 - 8 membawa pulang hamper. Hadih-hadiah telah disampaikan oleh Datuk Wira Hj Othman bin Mohamad, mantan Speaker Dun Melaka.

Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;


75kg below

1-Zil Fadli(Selangor)
2-Melvyn Loh(Singapore)
3-Hairul Nazli(Selangor)
4-Saddam Wafa(Perak)
5-Dave Hum(Singapore)
6-Tanzilal(Melacca)
7-Tan Chee Keong(Melacca)
8-Najib(Selangor)

75-85kg

1-Valen Low(Singapore)
2-Lee Yong Sheng(Melacca)
3-Razak Hadezir(Selangor)
4-Samsul Fitri(Selangor)

85kg Above

1-Bong Kim Boon(Melacca)
2-Ooi Yee Khun(Melacca)
3-Yasser(Melacca)
4-Saedon(Melacca)



Tahniah kepada semua pemenang.

Zil Fadli menerima hadiah kemenangan daripada Datuk Wira Hj Othman bin Muhamad, mantan Speaker DUN Melaka

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: