2 HARI LAGI!! ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORTS N SPINACH 2 2013

Friday, May 31, 2013

Share this history on :




Salam untuk semua.

Hanya 2 hari lagi menjelang "Armwrestling Challenge @ Sports n Spinach 2 2013" anjuran Pusat Sains negara. Pertandingan yang akan diadakan pada 2hb Jun, 2013 di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur ini akan mempertandingkan 4 kategori iaitu Kategori A lelaki 85kg ke atas, kategori B lelaki 75kg -85kg, kategori C lelaki 75kg ke bawah dan kategori Wanita terbuka. Yuran Penyertaan RM10.00 sahaja.. Pendaftaran bermula 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Perlawanan dijangka akan bermula pada jam 11.00 pagi. Peserta diminta datang pada waktu untuk mengelak ditolak pendaftaran. Pusat sains negara juga akan mengadakan acara  senaman Cha Cha Cha sebagai senaman regangan.

PSLNS juga mengalakkan peserta membawa ahli keluarga bersama memandangan Pusat Sains negara menyediakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian untuk semua peringkat umur dan yang utama tiada yuran masuk dikenakan.

Jumpa anda di sana!
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: