KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label psm stadium. Show all posts
Showing posts with label psm stadium. Show all posts

MR SELANGOR 2011: HARITH ABDULLAH, HAIRUL NAZLI, MOHD NIZAR YUSOF

Tuesday, December 13, 2011

Hairul Nazli menerima hadiah dan piala Mr Selangor 2011 daripada Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia  



Harith Abdul juara dan Mr Selangor 2011

Siti Khatijah menerima hadiah tempat pertama

Mohd Nizar Yusuf memenagi gelaran Mr Selangor 2011

Aksi-aksi menarik bagi setiap kategori termasuk kategori Wanita Terbuka berjaya memukau para penonton yang hadir menyaksi Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 & Mr Selangor 2011 yang telah diadakan Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 11 Disember, 2011.

Pertandingan Gusti Lengan anjuran Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah berjaya menarik hanpir 100 penyertaan termasuk yang datang dari Kedah, Melaka, Johor dan juga dari Sabah.

Harith Abdullah yang pernah memegang gelaran Mr Selangor 2009, akhir berjaya merampas kembali gelaran Mr Selangor 2011 setelah dengan mudah menewaskan Abd Rahman Rahim. manakala Afrizal Yunus hanya mampu menduduki tempat ke tiga dan gagal mempertahankan gelaran Mr Selangor 2010. Tempat ke empat jatuh kepada pendatang baru yang telah mempamerkan permainan yang menarik iaitu Mohd Raimet Samri.

Kategori lelaki B mendapat juara baru apabila Hairul Nazli Abd Halim muncul juara setelah bertarung sengit dengan adiknya sendiri iaitu Mohd Zil Fadzli Abdul Halim, manakala Mr Selangor 2010 Marvyn Siew menduduki tempat ke tiga dan diikuti oleh Nazri Yusuf di tempat ke empat. Ini merupakan gelaran Mr Selangor yang pertama dimenangi oleh Hairul Nazli Abd  Halim.

Mohd Nizar Yusof terus unggul apabila berjaya memenangi gelaran Mr Selangor untuk dua tahun berturut-turut iaitu Mr Selangor 2010 dan kali ini berjaya sekali lagi merangkul gelaran Mr Selangor 2011 apabila juga mudah menewaskan lawannya Sazali Nazaki dalam perlawanan akhir. Nampaknya Sazali Nazaki sekali lagi kempunan untuk merebut gelaran Mr Selangor walaupun setelah 3 tahun mencuba. Mohd Hafiz Mohd Azmi pula menduduki tempat ke tiga dan Mohd Shahril Adha Bahari. Manakala Radzi Abdul yang memenangi  kategori remaja Pertandingan Gusti Lengan Karnival Harian Metro yang diadakan di Pulau Pinang bulan lalu hanya mampu menduduki tempat ke lima.

Awalnya ramai yang menjangkakan ada pertemuan buku dengan ruas bagi kategori Wanita Terbuka, malangnya pertemuan ini tidak menjadi kenyataan apabila peserta wanita yang dijangka mampu mengugat penguasaan Siti Khadijah Abd Hamid iaitu Zuaslina Abd Kadir tidak dapat menyertai pertandingan kali ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. Namun cabaran itu digalas oleh Zuasliza Abd Kadir.iaitu kakak kepada Zuasliana. Namun Zuasliza gagal mencabar kekuatan Siti Khadijah setelah tewas dalam perlawanan akhir untuk muncul sebagai naib juara. Bagi Siti Khatijah pula ini adalah kemenangan kali ke empat berturut-turut untuk tahun 2011. Tempat ke tiga jatuh kepada Mazuin basha dan ke empat dimenangi oleh Shareen Amilia Watuna.

Secara keseluruhan Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 ini telah berjalan dengan sempurna. Penyertaan dari kaum wanita telah menunjukan peingkatan. begitu juga kualiti perlawanan bagi ketika ini juga menunjuk perubahaan ketara kerana peserta wanita kali ini telah memperlihat corak perlawanan gusti lengan yang sebenar terutama dari segi teknik perlawanan yang begitu berbeza dan bersungguh-sungguh berbeza dari apa yang dipamerkan sebelum ini. Pihak PSLNS akan berusaha pada tahun 2012 untuk mewujudkan satu gelaran khas untuk kategori wanita sekiranya sambut sebegini berterus pada pertandingan yang akan datang.

Untuk kategori lelaki pula, didapati pemain-pemain senior masih lagi menguasai empat tempat teratas dalam setiap kategori. Walau pun terdapat muka-muka baru dalam pertandingan kali ini namun masih gagal memberi saingan kepada kelompo pemain-pemain senior. Adalah diharapkan akan lebih ramai lagi muka baru yang akan muncultahun 2012 nanti.

PSLNS ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Perbadanan Stadium Malaysia terutama Pengarah Bahagian Pembangunan Acara iaitu encik Zulqurnain Mohamad dan juga semua warga PSM kerana telah memilih dan memberikan sepenuh sokongan hingga petandingan ini dapat diadakan dengan jayanya. Juga terima kasih kepada penaja-penaja atas sumbangan bagi menjayakan pertandingan ini.

Berkut adalah keputusan penuh perlawanan bagi Setiap kategori;

Kategori A lelaki 85.1 kg ke atas
1. Harith Abdullah
2. Abd Rahman Rahim
3. Afrizal Yunus
4. Mohd Raimet Samri
5. Asmadi bin Abd Ghani
6. Mohd Fauzi bin Mohammad Basri
7. Awang Kenit Kinau
8. Mohd Safie Harun

Kategori B Lelaki 75.1 kg - 85kg
1. Hairul Nazli Abd Halim
2. Mohd Zil Fadzli Abd Halim
3. Melvyn Siew
4. Nazri Yusuf
5. Ahmad Johari
6. Mohamad
7. Shahrizal Md Arif
8. Razali Shahrin

Kategori C Lelaki 75kg ke bawah
1. Mohd Nizar Yusof
2. Sazali Nazaki
3. Mohd Hafiz Mohd Azmi
4. Mohd Shahril Adha Bahari
5. Radzi bin Abdul
6. Mohhd Syahmi Abd Rahman
7. Mohd Ariff Abd Hamid
8. Mohd Azhar Mohd Hanafi

Kategori Wanita Terbuka
1. Siti Khatijah Abd Hamid
2. Zuasliza Abd Kadir
3. Mazuin Basha
4. Shareem Amilia Watuna
5. Nurlailawati Idris
6. Rozaiannah Ismail
7. Norlaila Mat
8. Zalia Awang Kenit

Dengan berakhirnya pertandingan ini, PSLNS menutup kalendar aktivitinya, dan berharap tahun 2012 yang akn mendatang ini akan dapat dimeriahka dengan lebih banyak pertandingan gusti lengan di negeri Selangor.

Pertandingan Gusti Lengan KSN: Majlis Penyerahan Tajaan Karnival Sukan KSN

Thursday, December 1, 2011


Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) akan menutup kalendar aktiviti tahun 2011 tidak lama lagi sebaik tamatnya Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 yang sekaligus menawarkan gelaran Mr Selangor 2011 kepada juara setiap kategori yang dipertandingkan. Pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) atau lebih dikenali sebagai Kompleks Sukan Negara (KSN) akan diadakan pada 10 & 11 Disember, 2011 bertemptat di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Majlis Penyerahan Penajaan Program Sukan Perbadanan Stadium Malaysia telah diadakan petang tadi di Stadium Hoki Bukit Bukit Jalil. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zulqurnain Muhammad, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan dan Pengurusan Acara KSN. Tururt serta hadir pada majlis ini adalah wakil-wakil penaja.

Di samping acara gusti lengan, acara sukan lain yang turut di pertandingkan adalah acara Hoki 9 KSN dan Bola Kerajang 3 On 3. Pertandingan Hoki 9 KSN adalah merupakan acara sukan yang pertama kali diadakan. Manakala Bola Keranjang 3 on 3 merupakan kali ke dua dianjurkan oleh PSM selepas mendapat sambutan hebat dalam pertandingan yang diadakan pada bulan Julai lalu di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Pertandigan Gusti Lengan pula memasuki siri yang ke tenam dan telah diadakan selama dua tahun berturut-turut. Pihak PSLNS bersyukur kerana pihak PSM masih lagi berminat untuk menganjurkan acara gusti lengan dan berharap ianya akan terus diadakan untuk masa-masa yang akan datang. Menurut Encik Zulqurnain karnival sukan seperti ini akan dianjurkan setiap tahun.

Sementara itu, sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan bagi acara gusti lengan iaitu kategori A  lelaki sahaja iaitu 85.1kg ke atas, kategori B Lelaki 75.1.kg hingga 85kg, kategori C Lelaki  75kg ke bawah dan kategori Wanita Terbuka. Pendaftaran boleh dibuat pada 10 Disember dan pada hari pertandingan pada 11 Disember, 2011. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Individu OKU (bisu dan pekak) turut digalak menyertai pertandingan ini. Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM10.

Juara bagi setiap kategori akan membawa pulang gelaran Mr Selangor 2011 (kategori lelaki sahaja), wang tunai RM300, medal dan sijil penyertaan. Tempat kedua akan mendapat RM200, pingat dan sijil penyertaan, manakala ketiga akan mendapat RM100, medal dan sijil penyertaan Bagi tempat ke 4 hingga ke 8 akan mendapat hadiah sagu hati dan sijil penyertaan.

Kejohanan ini menerima tajaan daripada  FIGOS, MILO, Gardenia, Sport Toto dan The Star.

Untuk mereka yang ingin mendaftar bagi menyertai acara gusti lengan, boleh berhubung dengan Unit Pembangunan Acara, Perbadanan Stadium Malaysia, Kompleks Sukan Negara (KSN) di talian 038992088 samb. 844 Haslinawati atau mendaftar terus melalui PSLNS di talian 0124189438 atau 0129402679.

Muat turun borang di http://www.stadium.gov.my/

2 Pertandingan Gusti Lengan Mr Selangor 2011 menjelang penamat tahun 2011

Thursday, September 15, 2011




Salam untuk semua Ahli Gusti Lengan Selangor.

Tahun 2011 kian menghampiri penghujung. Walau pun pertandingan gusti lengan agak kurang meriah tahun ini berbanding tahun-tahun yang sebelumnya, Pihak PSLNS masih berbangga kerana mamsih terdapat badan-badan korporat dan agensi kerajaan yang masih sudi menaja pertandingan gusti lengan khususnya di negeri Selangor.

Terdapat dua pertandingan gusti lengan yang akan diadakan menjelang hujung tahun 2011 ini iaitu yang akan dianjurkan oleh Pihak persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Dua pertandingan yang dimaksudkan adalah seperti berikut;

1. Pertandingan Gusti Lengan Mr Selangor 2011 yang akan diadakan di Pulau Indah, Pelabuhan Kelang pada 1 & 2 Oktober, 2011

2 Pertandingan Gusti Lengan Mr Selangor 2011 Final, Stadium Bukit Jalil, 3 & 4 Disember, 2011 .

Pemenang bagi setiap kategori dalam pertandingan Mr Selangor 2011 Final di Bukit jalil akan turut membawa pulang gelaran Mr Selangor 2011.
Maklumat lebih lanjut akan pihak Persatuan siarkan dari masa ke semasa. Semua pemain-pemain diminta bersiap-sedia untuk menyertai pertandingan yang akan menjelma tidak lama lagi.

Sebaik sahaja tamat Mr Selangor 2011 final, pihak PSLNS menutup kalendar aktiviti bagi tahun 2011 untuk memulakan perancangan aktiviti baru tahun 2012.