
Showing posts with label Sports Spinach. Show all posts
Showing posts with label Sports Spinach. Show all posts
VIDEO KLIP - FINAL CATEGORY C MOHD NIZAR VS HAIRULL LEE
Monday, June 3, 2013
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
gusti lengan selangor,
Pusat Sains Negara,
Sports Spinach
AKSI-AKSI MAUT DI SPORTS & SPINACH 2013
Monday, March 25, 2013
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
:pertandingan gusti lengan selangor,
gambar gusti lengan selangor,
gusti lengan selangor,
Pusat Sains Negara,
selangor armwrestling,
Sports Spinach
TAHNIAH KEPADA PEMENANG!
BRAVO!!
Tahniah Badangpower ucapkan kepada pemenang-pemenang dalam pertandingan "Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach Festival 2013". Tahniah kerana anda telah menunjuk satu semangat juang yang begitu jitu. Juga kepada lain-lain peserta, Badangpower ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang tidak berbelah bagi ANDA SEMUA terhadap acara sukan yang paling kita minati ini. Anda semua sebenarnya sedang berjuang untuk meletakkan martabat sukan gusti lengan di satu tahap yang lebih tinggi yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat, pihak kerajaan, NGO dan badan-badan korporat dan pihak swasta.
Apa yang dapat Badangpower simpulkan adalah Mohd Nizar Yusof masih kukuh dan makin gagah walaupun mendapaat cabaran daripada Zil Fadli, Abduk Razak, Hairul Lee (sekadar beberapa nama). Apakah dengan peningkatan yang sedang berlaku sekarang, Nizar akan masih dapat mempertahankan kekuatannya, atau akan muncul pemain lain pula. Masa juga yang akan menentukan.
Lee Thiem Siew masih lagi individu terkuat di Malaysia bagi kategori A, sekali lagi menunjukan kejaguhannya bila muncul juara dengan menewaskan juara dari Russia, Sergey Kardash sebanyak dua kali iaitu perlawanan di pusingan awal dan di final. Malangnya dalam kategori A inilah Selangor tidak lagi mempunyai pemain-pemain yang berkeliber yang mampu memberi cabaran. Yang mamsih membawa cabaran Selangor bagi kategori ini hanyalah Mohamad fazui basri, manakala nama-nama seperti Afrizal Yunus, Sharizat Masih, Zuaslan Kassim telah mengumumkan persaraan. Harih yang dulu mendominasi kategori memilih untuk bertanding di kategori B. Ini bererti satu kerja keras perlu dilakukan untuk mencari pemain-pemain untuk kategori A.
Nampaknya setakat ini, kebanyakan pemain Selangor terdiri daripada pemain-pemain kategori B, D dan Wanita. Badangpower mencadangkan pihak Persatuan memulakan usaha mencari pemain-pemain yang boleh bertanding di dalam kategori A, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh pemain dari Melaka.
Apa pun, Badangpower juga ucapkan ribuan terima kasih kepada semuaa pihak yang telah sudi menanjurkan dan menaja acara gusti lengan. Kerjasama seperti inilah yang |sangat-sangat diharapkan oleh Pihak Persatuan Sukan Lengan negeri Selangor dan ahli-ahli gusti lengan dan peminat-peminat acara sukan ini.
Lagi sekali tahniah untuk semua.
Jumpa lagi.
Lee Thiem Siew, juara kategori A

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan selangor,
Pusat Sains Negara,
selangor armwrestling,
Sports Spinach
ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORT & SPINACH PADA 23 MAC 2013
Wednesday, March 13, 2013
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sempena dengan Karnival Sukan "SPORTS & SPINACH - Its Time To Get Healthy @ PSN" anjuran Pusat Sains Negara (PSN), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang
akan diadakan mulai 23 Mac - 31 Ogos, 2013, 2013, satu pertandingan gusti lengan
akan diadakan seperti berikut;
Pertandingan;
ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORTS & SPINACH FESTIVAL 2013
Tarikh;
23hb Mac, 2013
Tempat;
Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Masa;
9.00 pagi - 5.00 petang
Kategori;
- Lelaki A 85kg ke atas
- Lelaki B 75kg - 85kg
- Lelaki C 75kg ke bawah
- Wanita D Terbuka
Hadiah;
- Juara RM300
- Naib Juara RM200
- Ke 3 RM150
- Ke 4 RM50
- Ke 5 - 8 Hamper
(NOTA : Kami masih menunggu pengesahan daripada PSN tentang nilai hadiah yang sebenar)
Yuran
RM10.00
Pendaftaran akan dibuka pada jam 9.00 pagi.
Perlawanan dijangka akan diadakan bermula pada jam 10.30pagi.
Perlawanan menggunakan tangan kanan
sahaja.
JUMPA
ANDA DI SANA!

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling selangor,
gusti lengan selangor,
MOSTI,
Pusat sains negara PSN,
Sports Spinach
Subscribe to:
Posts (Atom)