KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label Pusat Sains Negara. Show all posts
Showing posts with label Pusat Sains Negara. Show all posts

AKSI-AKSI HEBAT DI MR SELANGOR 2013

Wednesday, December 11, 2013




alam.

Perumpamaan sering menyebut, sekeping gambar boleh menceritakan seribu kisah.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar ini sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor 2013. Seluruh kekuatan tenaga terpaksa dikerah untuk menewaskan lawan yang juga bukan calang-calang kekuatannya. Hanya latihan berterusan, disiplin yang ketat sahaja yang mampu membuahkan hasil yang manis pada penghujungnya. Maka jadikanlah gambar-gambar ini untuk memotivasikan diri anda untuk berjaya bukan sahaja dalam bidang sukan tapi juga dalam kehidupan kita. Jumpa lagi - Badangpower.




















KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2013

Tuesday, December 10, 2013




Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan Mr Selangor 2013 yang telah diadakan pada 8hb Disember, 2013 bertempat di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Keputusan rasmi  adalah seperti berikut;


Ahli Gusti Lengan  Terbaik Selangor 2013
Mohamad Nizar bin Yusof

Mr Selangor 2013 (Lelaki 85kg ke atas)
Jake Chia Jun Kit

Mr Selangor 2013 (Lelaki 75kg - 85kg )
Zil Fadli bin Abdul Halim

Mr Selangor 2013 (Lelaki 75kg kebawah)
Mohamad Nizar bin Yusof

Keputusan penuh Pertandingan Gusti Lengan Mr Selangor 2013

Kategori A Lelaki 85kg ke atas
1. Jake Chia Jun Kit
2. Azmy Nen
3. Fitri Darus
4. Markus Nen
5. Fendi John


Kategori B Lelaki 75kg - 85kg
1. Mohd Zil Fadli bin Abdul Halim
2. Hairul Nazli bin Abdul Halim
3. Mohamad Samsul Fitri
4. Alfisyahrin Kamilin


Kategori C Lelaki 75kg ke bawah
1. Mohamad Nizar Yusof
2. Abdul Razak Hadezhir
3. Syed Saddam Hussein Wafa Syed Khalid Wafa
4. Jimmy Lim
5. Mohd Najib bin Ismail


Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang dan juga kepada semua pemain-pemain yang terlibat menjayakan pelbagai pertandingan gusti lengan yang telah diadakan sepanjang tahun 2013.

Terima kasih juga kepada penaja pertandingan ini iaitu Pusat Sains Negara, Puteri Resort Ayer Keroh Melaka dan Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang serta semua pihak yang telah menjayakan pertandingan ini.


Azmy Nen, Naib juara Lelaki Kategori A 


Fitri Darus, ke 3,  Lelaki Kategori A 


Hairul Nazli, Naib Juara  Lelak iKategori B 


Jake Chia jun Kit, Mr Selangor 2013 Lelaki kategori  A 


 Mohamad Nizar Yusof, Mr Selangor 2013 Kategori Lelaki C


Abdul Razak Hadezhir, Naib Juara Lelaki Kategori  C


Saddam Hussein Wafa, ke 3 Lelaki Kategori C 


Samsul Fitri, ke 3 Lelaki Kategori B 


Zil Fadli, Mr Selangor, Lelaki Kategori B 


Fendi John, ke 5, Lelaki Kategori A 


Markus Nen, ke 4 Lelaki Kategori A

MR SELANGOR 2013

Thursday, November 28, 2013


Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) hari ini menggumumkan bahawa pertandingan gusti lengan di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 8 Disember, 2013 adalah pertandingan merebut gelaran Mr Selangor 2013. Sebanyak 3 gelaran akan dipertandingkan iaitu Mr Selangor 75kg ke bawah, Mr Selangor 75kg - 85kg dan Mr Selangor 85kg ke atas. Hanya mereka yang terpilih sahaja layak untuk bertandingan dalam pertandingan ini. Panel penilai akan mengumumkan nama mereka yang layak selepas pertandingan gusti lengan di MATIC 30 November, 2013 ini. Pemenang setiap kategori akan ditabal sebagai Mr Selangor akan membawa pulang piala, medal dan sijil. Ranking pemain bagi negeri Selangor juga akan turut diumumkan. Mereka yang gagal melayakan diri ke pertandingan turut dijemput hadir untuk memeriahkan pertandingan penutup aktiviti Persatuan untuk tahun 2013. Harap maklum.

VIDEO CLIP FINAL CATEGORY A: LEE YONG SHENG VS SAEDON ABU BAKAR

Monday, June 3, 2013


Video clip Final Category A, Lee Yong Sheng vs Saedon Abu Bakar





VIDEO CLIP : FINAL CATEGORY B RAZAK VS SAZALI


Video clip Final category B, Abdul Razak Hadezhir vs Sazali Nazaki




VIDEO KLIP - FINAL CATEGORY C MOHD NIZAR VS HAIRULL LEE


Video clip Final Category C: Mohd Nizar vs Hairul Lee



VIDOE KLIP FINAL KATEGORI C - NIZAR LAWAN HAIRUL


Dengan ehsan Mohamad Nizar Yusof.




Perlawanan akhir bagi kategori C di antara Mohd Nizar Yusof menentang Hairul Lee Abdul Halim.





AKSI DI PUSAT SAINS NEGARA TETAP HEBAT




Salam untuk semua.

Hebat! Itu yang boleh Badangpower perkataankan. Walapun tanpa kelibat pemain-pemain utama yang berehat untuk persiapan ke perlawanan Supermaatch pada 8 Jun, 2013, persaingan antara pemain-pemain tetaap sengit. Antara yang menonjol adalah pemain muda Melaka Lee Yong Sheng yang muncul juara, dan juag Saamsul Fitri, pemain baru yang berjaya menempatkan diri ke kelompok tiga tempat ke atas. Kita juga bangga apabila beberapa pemain lama muncul kembali untuk memeriahkan pertandingan, Begitu juga penyertaan daripada negeri Johor dan Sabah (walau pun bukan pemain utama) pada pertandingan kali ini. Kita berharap akan lebih ramai pemain daripada seluruh negara akan menyertai pertandingan yang akan datang.

Dalam pada Badangpower gembira dengan pencapain pemain Selangor memenangi 3 kategori daripada empat kategori yang dipertandingkan, Selangor masih terasa kehilangan penguasaan dalam kategori A. Buat masa ini, tanggungjawab memikul harapan Selangor dalam kategori A dipikul oleh Jack Chia dan Azmy Nen, Badangpower tetap berharap kedua-dua pemain ini akan segera matang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka menaikkan nama Selangor bagi kategori A.

Sementara itu pemain utama Selangor berjaya mengekalkan kedudukan mereka dan masih bertahan tanpa mendapat cabaran sebenar daripada pemain lain. Mohd Nizar Yusuf, Zil Fadli (tidak bermain kali ini), Sazali Nazaki, Hairul Li, Abdul Razak Hadezhir, Mervyn Siew, Mohd Rafae, Najib Ismail dan beberapa orang lagi masih lgi memikul tugas mengharumkan nama Selangor dalam sukan gusti Lengan.

Badangpower nak maklumkan lebih awal, kalau semuanya berjalan lancar, pada bulan November ini, sekali lagi dengan kerjasama Pusat Sains Negara, Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor akan menganjurkan pertandingan gusti lengan Mr Selangor 2013. Beberapa pemain terbaik Selangor juga akan diberi penghargaan atas keupayaan mereka mengharumkan nama Selangor. Jadi diharap semua pemain Selangor akan bersiap sedia mulai sekarang.

Di bawah adalah aksii-aksi pemain pada pertandingan benrjkenaan.

Jumpa lagi.


























Tahniah kepada semua!