
Showing posts with label MOSTI. Show all posts
Showing posts with label MOSTI. Show all posts
KEPUTUSAN RASMI ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORTS & SPINACH FESTIVAL 2013
Sunday, March 24, 2013
Pusat Sains Negara, 24 Mac, 2013. Pertandingan gusti lengan "Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach Festival 2013" yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Sains Negara sempena "Sports & Spinach Festival 2013" telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 23 Mac, 2013 yang lalu.. Pertandingan yang asalnya hanya melibat ahli gusti lengan tempatan dari Melaka, Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor. turut berjaya menarik minat beberapa peserta dari luar negara seperti Russia, Amerika Syarikat, Australia dan Singapura.Penyertaan peserta dari luar negara ini telah memberikan pengalaman dan pendedahan yang berguna kepada ahli-ahli gusti lengan tempatan.
Syabas pihak Persatuan ucapkan kepada ahli-ahli gusti lengan tempatan yang telah memberikan saingan yang sengit kepada peserta-peserta dari luar negara dengan memenangitiga dari empat kategori yang dipertandingkan. Selangor memenangi dua kategori iaitu melalui Mohd Nizar Yusof seperti diduga telah memenangi kategori Lelaki C menewaskan Mohd Zil Fadli Abdul Halim juga daripada pasukan Selangor. Manakala Siti Khatijah memenangi kategori Wanita setelah berjaya mengatasi Mazuin Mohd Bashah di perlawanan akhir. Kedua-duanya dari pasukan Selangor. Lee Thiem Siew yang mewakili pasukan Melaka berjaya memenangi kategori Lelaki A walaupun mendapat tentangan sengit daripada Sergey Karsdash, peserta dari Russia. Valen Low yang mewakili pasukan Singapura berjaya menjuarai kategori Lelaki B apabila berjaya menewaskan Chia Jun Kit dari Selangor di perlawanan akhir.
Lee Thiem Siew sedang bertarung dengan Sergey Kardash daripada Rusia di perlawanan akhir kategori A

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan selangor,
MOSTI,
Pusat Sains Negara,
selangor armwrestling,
Sports Spinach
ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORT & SPINACH PADA 23 MAC 2013
Wednesday, March 13, 2013
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sempena dengan Karnival Sukan "SPORTS & SPINACH - Its Time To Get Healthy @ PSN" anjuran Pusat Sains Negara (PSN), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang
akan diadakan mulai 23 Mac - 31 Ogos, 2013, 2013, satu pertandingan gusti lengan
akan diadakan seperti berikut;
Pertandingan;
ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORTS & SPINACH FESTIVAL 2013
Tarikh;
23hb Mac, 2013
Tempat;
Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Masa;
9.00 pagi - 5.00 petang
Kategori;
- Lelaki A 85kg ke atas
- Lelaki B 75kg - 85kg
- Lelaki C 75kg ke bawah
- Wanita D Terbuka
Hadiah;
- Juara RM300
- Naib Juara RM200
- Ke 3 RM150
- Ke 4 RM50
- Ke 5 - 8 Hamper
(NOTA : Kami masih menunggu pengesahan daripada PSN tentang nilai hadiah yang sebenar)
Yuran
RM10.00
Pendaftaran akan dibuka pada jam 9.00 pagi.
Perlawanan dijangka akan diadakan bermula pada jam 10.30pagi.
Perlawanan menggunakan tangan kanan
sahaja.
JUMPA
ANDA DI SANA!

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling selangor,
gusti lengan selangor,
MOSTI,
Pusat sains negara PSN,
Sports Spinach
Subscribe to:
Posts (Atom)