
Showing posts with label gusti lengan s elangor. Show all posts
Showing posts with label gusti lengan s elangor. Show all posts
AKSI DI PUSAT SAINS NEGARA TETAP HEBAT
Monday, June 3, 2013
Salam untuk semua.
Hebat! Itu yang boleh Badangpower perkataankan. Walapun tanpa kelibat pemain-pemain utama yang berehat untuk persiapan ke perlawanan Supermaatch pada 8 Jun, 2013, persaingan antara pemain-pemain tetaap sengit. Antara yang menonjol adalah pemain muda Melaka Lee Yong Sheng yang muncul juara, dan juag Saamsul Fitri, pemain baru yang berjaya menempatkan diri ke kelompok tiga tempat ke atas. Kita juga bangga apabila beberapa pemain lama muncul kembali untuk memeriahkan pertandingan, Begitu juga penyertaan daripada negeri Johor dan Sabah (walau pun bukan pemain utama) pada pertandingan kali ini. Kita berharap akan lebih ramai pemain daripada seluruh negara akan menyertai pertandingan yang akan datang.
Dalam pada Badangpower gembira dengan pencapain pemain Selangor memenangi 3 kategori daripada empat kategori yang dipertandingkan, Selangor masih terasa kehilangan penguasaan dalam kategori A. Buat masa ini, tanggungjawab memikul harapan Selangor dalam kategori A dipikul oleh Jack Chia dan Azmy Nen, Badangpower tetap berharap kedua-dua pemain ini akan segera matang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka menaikkan nama Selangor bagi kategori A.
Sementara itu pemain utama Selangor berjaya mengekalkan kedudukan mereka dan masih bertahan tanpa mendapat cabaran sebenar daripada pemain lain. Mohd Nizar Yusuf, Zil Fadli (tidak bermain kali ini), Sazali Nazaki, Hairul Li, Abdul Razak Hadezhir, Mervyn Siew, Mohd Rafae, Najib Ismail dan beberapa orang lagi masih lgi memikul tugas mengharumkan nama Selangor dalam sukan gusti Lengan.
Badangpower nak maklumkan lebih awal, kalau semuanya berjalan lancar, pada bulan November ini, sekali lagi dengan kerjasama Pusat Sains Negara, Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor akan menganjurkan pertandingan gusti lengan Mr Selangor 2013. Beberapa pemain terbaik Selangor juga akan diberi penghargaan atas keupayaan mereka mengharumkan nama Selangor. Jadi diharap semua pemain Selangor akan bersiap sedia mulai sekarang.
Di bawah adalah aksii-aksi pemain pada pertandingan benrjkenaan.
Jumpa lagi.
Tahniah kepada semua!

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gambar gusti lengan selangor,
gusti lengan s elangor,
mont kiara,
Pusat Sains Negara,
selangor armwrestling,
Sports & Spinach 2
SELANGOR, MELAKA DAN SINGAPURA MENANG DI PERTANDINGAN GUSTI LENGAN MELAKA 2013
Saturday, May 4, 2013
Melaka, 1 Mei, 2013. Zil Fadli Abdul Halim mengembirakan team Gusti Lengan Selangor apabila berjaya menjuarai kategori C di Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2013 yang telah diadakan pada 1 Mei, 2013 di Pirate Park, Sungai Melaka, Melaka. Kemenangan ini begitu bermakna apabila pemain harapan team Selangor, Mohamad Nizar Yusuf terpkasa menarik diri di saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Zil Fadli berjaya menewaskan peserta dari Singapura iaitu Melvin Loh dalam perlawanan dua set yang agak mudah. Tempat ke 3 jatuh kepada Hairul nazli Abdul halim dari Selangor dan Saddam Wafa dari Perak.
Pertandingan yang melibatkan penyertaan hampir 50 orang peserta yang daripada Melaka, Johor, Selangor, Perak dan Singapura berjaya menarik perhatian ramai penonton yang berada di Pirate Park walaaupun terdapat beberapa acara yang lain. Program ielah dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka iaitu Datuk Wira Hj Othman bin Muhamad.
Sementara itu Valen Low dari Singapura berjaya memenangi kategori B apabila berjaya mengalahkan Lee Yong Sheng peserta dari Melaka. Manakala dua peserta Selangor iaitu Abdul Razak Hadizir dan Shamsul Fitri berjaya menduduki tempat ke 3 dan ke 4.
Bong Kim Boon berjaya menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah Melaka apabila berjaya memenangi kategori B setelah menewaskan rakan sepasukan Ooi Yee Kun di perlawanan akhir. Manakala tempat ke 3 dan ke 4 turut dibolot oleh dua peserta Melaka iaitu Yasser kalam dan Saedon Abu Bakar.
Pasukan Selangor diwakili oleh tujuh orang peserta tutut memakai baju baru pasukan Selangor berwarna kuning merah untuk pemain senior dan warna ahitam unntuk pemain junior. Antara yang mewakili Selangor adalah Mohd Najib Ismail (ktegori C tempat ke 8), Azmy Nnen (kategori A tempat ke 6) dan Shamsul Fitri (kategori B tempat ke 4).
Juara setiap kategori membawa pulang RM300, Naib juara RM200, ke 3 RM100 dan ke 4 RM50.00, manakala tempat ke 5 - 8 membawa pulang hamper. Hadih-hadiah telah disampaikan oleh Datuk Wira Hj Othman bin Mohamad, mantan Speaker Dun Melaka.
Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;
75kg below
1-Zil Fadli(Selangor)
2-Melvyn Loh(Singapore)
3-Hairul Nazli(Selangor)
4-Saddam Wafa(Perak)
5-Dave Hum(Singapore)
6-Tanzilal(Melacca)
7-Tan Chee Keong(Melacca)
8-Najib(Selangor)
75-85kg
1-Valen Low(Singapore)
2-Lee Yong Sheng(Melacca)
3-Razak Hadezir(Selangor)
4-Samsul Fitri(Selangor)
85kg Above
1-Bong Kim Boon(Melacca)
2-Ooi Yee Khun(Melacca)
3-Yasser(Melacca)
4-Saedon(Melacca)
Tahniah kepada semua pemenang.
Zil Fadli menerima hadiah kemenangan daripada Datuk Wira Hj Othman bin Muhamad, mantan Speaker DUN Melaka

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
Armwrestlimg challenge Melaka 2013,
gusti lengan s elangor,
Pirat park Sg Melaka,
selangor armwrestling
Subscribe to:
Posts (Atom)