KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor. Show all posts
Showing posts with label sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor. Show all posts

Peta ke Klang Parade, Klang

Thursday, May 6, 2010


Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas. Kemudian klik sekali lagi di atas gambar untuk imej yang lebih jelas.

The Mall Kuala Lumpur taja venue Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010

Monday, March 22, 2010



Ribuan terima kasih Badangpower ucapkan kepada The Mall Kuala Lumpur (sebuah pusat beli belah terbesar di Kuala Lumpur, di hadapan PWTC) kerana telah menyatakan hasrat untuk menaja venue Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010. The Mall Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menyediakan kemudahan seperti pentas the ruang legar The Mall, sound system, kerusi meja, banner, bunting dan pelbagai kemudahaan lain untuk menjayakan sirkit pertandingan gusti lengan.

Bantuan dan kerjasama seperti inilah yang sememangnya diperlukan oleh PSLNS dan juga persatuan sukan yang lain. Persatuan-persatuan kecil dan kurang terkenal sememangnya amat menghargai setiap sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh syarikat-syarikat besar seperti ini.

Badangpower amat berharap sokongan dan kerjasama pihak The Mall Kuala Lumpur akan dapati dikuti oleh lain-lain syarikat. Begitu juga pemain dan peminat gusti lengan juga diharap dapat turut memberi sokongan dengan datang beramai-ramai pada setiap pertandingan yang dianjurkan oleh PSLNS. Kita perlu menunjukan kepada masyarakat bahawa kita mempunyai pengikut yang ramai dan paling utama mempunyai pengikut yang amat setia dan sentiasa bersama-sama PSLNS walau di mana sukan ini diadakan.

Laman web The Mall Kuala Lumpur.


Jumpa lagi,
Badangpower

Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN - Laporan Akhbar SINAR 11/3/2010

Thursday, March 11, 2010


Klik pada gambar untuk imej lebih jelas.

Sepintas lalu Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN

Tuesday, March 9, 2010

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Tamat sudah Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN. Badangpower berasa bangga sekali apabila ramai Badang-Badang daripada beberapa buah negeri dan negara telah menyertai dan memeriahkan Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN. Seramai 93 orang peserta lelaki dan wanita daripada Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor serta peserta-peserta daripada luar negara seperti 2 peserta Nigeria, seorang Indonesia dan Myanmar telah mengambil bahagian. Johor menjadi negeri selain daripada Selangor yang menghantar peserta paling ramai iatu seramai 15 orang peserta. Inilah semangat yang amat Badangpower nanti-nantikan selama ini.

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar, walaupun mungkin ada sedikit sebanyak kekurangan. Namun perkara yang paling membanggakan, pasukan Selangor sendiri, walaupun dalam usia yang masih muda mampu memberikan saingan kepada pasukan-pasukan yang telah lama matang seperti Kedah, Johor dan Pulau Pinang. Kemampuan beberapa pemain seperti Rafael Julius (Naib Juara), Mohamad Nizar Yusuf (ke tiga), Mohamad Ridhwan Hussein (ke tiga), Marvin Siew (ke empat), Nazri Yusuf (ke empat) berjaya menduduki empat tempat terbaik kategori masing-masing amat dan beberapa orang peserta lain juga mampu menduduki lapan tempat terbaik amat melegakan pihak PSLNS.

Tahniah kepada pasukan Johor yang berjaya menjadi juara dalam semua kategori lelaki iaitu Kategori A lelaki atas 85kg, Kategori B Lelaki 75kg - 86kg dan kategori C 75kg ke bawah.Manakala bagi kategori wanita kita berjaya mengekalkan kejuaran melalui Zuasliana Abdul Kadir.

Menjelang Sirkit ke 2 pada bulan April, Badangpower sekali lagi menyeru semua pemain-pemain gusti lengan Selangor mengiatkan lagi latihan dan mempertajamkan lagi skill dan teknik permainan agak kita dapat memberikan tentangan yang sewajarnya kepada peserta-peserta dari-negeri lain.

Jumpa lagi.

Badangpower


Onnyiyee dari Nigeria telah bersedia sedang menunggu kedatangan
pemain lawan

Keputusan Rasmi Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN


Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor hari ini mengeluarkan keputusan rasmi Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN yang telah diadakan pada 7hb. Mac, 2010 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur seperti berikut;


Kategori A Lelaki atas 85kg

Juara - Mohamad Zawawi (Johor)
Naib Juara - Azmi Mohd Hassan (Johor)
Ke tiga - Mat Kassim Yaakub (Kedah)
Ke empat - Mohamad Firdaus Ridhwan (Pulau Pinang)


Kategori B Lelaki 75kg - 85kg

Juara - Azmi Hussin (Johor)
Naib Juara - Rafael Julius (Selangor)
Ke tiga - Ridwan Hussein (Selangor)
Ke empat - Marvin Siew (Selangor)


Kategori C Lelaki bawah 65kg

Juara - Mohamad Padli Sihat (Johor)
Naib Juara - Wai Leo Kywan (Myanmar)
Ke tiga - Mohammad Nizar Yusuf (Selangor)
Ke empat - Nazri Yusof (Selangor)


Kategori D Wanita Terbuka

Juara - Zuasliana Abd Kadir (Selangor)
Naib Juara - Zuasrida Abd Kadir (Selangor)
Ke tiga - Zuasliza Abd Kadir (Selangor)
Ke empat - Norlia Manaji (Selangor)


Sekian, terima kasih.



Shamsul Kahar bin Mohamad
Pengarah Pertandingan
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor

Gambar-gambar Sekitar Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010

Tengok dulu gambar-gambar ni.












Sirkit 1 LIVE dari Stadium Hoki Bukit Jalil

Sunday, March 7, 2010

Salam semua,

Pihak PSLNS sedang berusaha membawa Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 secara LIVE melalui YM (Yahoo Massenger) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sila addkan Selangorarmsport@yahoo.com. Sekira tiada apa-apa halangan anda akan dapat menyaksikan pertandingan ini secara LIVE.




Sekitar hari pertama Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010

Salam semua,

Hari ini (6/3/2010) seramai 30 orang telah mendaftar untuk menyertai Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010. PSLNS menjangkakan seramai 30 peserta lagi akan mendaftar esok (6/3/2010). Team dari Johor dimaklumkan akan menghantar seramai 10 orang, Pulau Pinang serama 5 orang manakala kami belum mendengar apa-apa berita dari Kedah. Sementara itu tema dari Negeri Sembilan menunda penyertaan mereka kali ini kerana tidak sempat membuat persiapan yang mencukup untuk pertandingan kali ini. Namun mereka berjanji akan menghantar team mereka untuk sirkit yang akan datang. Pihak Kompleks Sukan Negara (KSN) sendiri akan menghantar team seramai 7 orang.

Bagaimana dengan team dari Selangor sendiri? PSLNS berharap anda semua akan dapat memberi tentangan terbaik kepada peserta dari luar Selangor. Semoga berjaya!

Gambar-gambar persiapan di Stadium Hoki Bukit Jalil di bawah;
















Sirkit 1 - Pertandingan Gusti Lengan , 2010 - CUMA DUA HARI SAHAJA LAGI!!!!

Friday, March 5, 2010

PESANAN TERAKHIR BADANG

Hanya tinggal dua hari sahaja lagi menjelang hari pertempuran (The D -Day) bagi ahli gusti lengan Selangor. Badang dengar cerita kemungkinan ramai peserta dari luar Selangor seperti dari Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Melaka akan menyertai pertandingan kali ini. Ini pasti menjanjikan satu pertembungan yang menarik.

Bagaimana anda semua, pemain gusti lengan Selangor semua. Adakah 7 Mac 2010 di Stadium Hoki Bukit Jalil menjadi tempat anda disembelih hidup-hidup oleh ahli gusti lengan dari Kedah, Johor terutamanya. Bagaimana? Mampukan anda?????

Adakah anda akan membuktikan anda lah hero yang sebenar. Maka inilah masanya anda membuktikan kepada semua rakyat Selangor, apatah lagi di medan anda sendiri bahawa anda memang seorang pahlawan yang mampu mengibar bendera Selangor.

Ayoh Semua !!!! Medan tempur dah bermula!!!!!!!! Gempur!!!!



Badangpower
Ahli Gusti Lengan Pencen.. BANZAAIIIII!!!!!


Kaedah Pengiraan Mata Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010

Makluman untuk semua pemain gusti Lengan yang terlibat dengan Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010.


Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor dengan ini mengumumkan bahawa empat (4) kategori akan dipertandingkan di Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 iaitu;

1. Kategori A Lelaki atas 85kg

2. Kategori B lelaki 75kg – 85kg

3. Kategopri C Lelaki bawah 75kg

4. Kategori D Wanita Terbuka

Pemain-pemain hendaklah menyertai sekurang-kurangnya lima (5) sirkit untuk layak merebut gelaran MR SELANGOR 2010 / SELANGOR IRON LADY 2010

Kaedah pengiraan mata bagi untuk semua kategori adalah seperti berikut;

Kedudukan Mata

1. Juara = 12

2. Naib Juara = 10

3. Ke 3 = 8

4. Ke 4 = 6

5. Ke 5 = 5

6. Ke 6 = 4

7. Ke 7 = 3

8. Ke 8 = 2

9. Ke 9 = 1

10. Ke 10 = 1

Tiada perlawanan penentu bagi merebut gelaran Mr Selangor. Pemain yang menjuarai sekurangnya-kurangnya 3 Sirkit dan mengumpul mata terbanyak dari setiap kategori pada sirkit yang terakhir akan dianugerahkan gelaran MR SELANGOR 2010 /SELANGOR IRON LADY 2010.

Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor berhak untuk merubahkan format pengiraan mata di atas jika perlu tanpa boleh dicabar oleh mana-mana pihak atau individu.

Sekian, terima kasih.


Shamsul Kahar bin Mohamad

Pengarah Pertandingan

Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor

Sidang Akhbar KSN pada 25 Februari 2010 Sempena Fiesta Futsal d an Gusti Lengan KSN 2010

Friday, February 26, 2010


Pengurus Besar KSN, Wan Nor Azinah Zaniy Wan Hashim sedang menyampaikan
taklimat. Shahril disebelah kanan sekali.


Berikut disiarkan sebahagian kenyataan akhbar Kompleks Sukan Negara sempena pelancaran Fiesta Futsal dan Gusti Lengan KSN. Taklimat dan pelancaran telah dilakukan oleh Pengurus Besar KSN, Wan Nor Azinah Zaniy Wan Hashim semalam 25 Februari 2010 di Ibu Pejabat KSN di Stadium Utama Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pihak PSLNS telah diwakili oleh Encik Shahril Azmir bin Zainal Abidin, Naib Presiden 2 / Pengarah Pembangunan dan Kejurulatihan PSLNS.


*******


Font sizeKEJOHANAN FIESTA FUTSAL DAN GUSTI LENGAN
KOMPLEKS SUKAN NEGARA


PENDAHULUAN

Kejohanan Fiesta Futsal Kompleks Sukan Negara telah lama mendapat tempat di hati peminat sukan futsal. Namun kini disamping penganjuran futsal, KSN turut mengetengahkan Sukan Gusti Lengan sebagai acara sampingan malah KSN juga telah membuka peluang perniagaan kepada peniaga- peniaga untuk sama-sama memeriahkan acara ini. Acara ini akan berlangsung pada 06 -07 Mac 2010 di Stadium Hoki Nasional 1 & 2.


OBJEKTIF PERTANDINGAN

  1. Menanam semangat kesukanan dan menggalakkan aktiviti berfaedah kepada orang ramai disamping memupuk semangat bersaing di kalangan peserta tidak mengira jantina dan usia;
  2. Mencungkil bakat – bakat baru dalam futsal dan gusti lengan yang boleh diketengahkan ke peringkat amatur dan profesional;
  3. Membantu menambahkan pendapatan Perbadanan melalui yuran penyertaan dan hasil jualan aktiviti perniagaan; dan
  4. Membantu menaikkan martabat sukan futsal yang telah lama bertapak disamping membantu mempromosikan sukan gusti lengan yang masih lagi kurang mendapat perhatian daripada semua pihak.

PENYERTAAN PESERTA

Kejohanan Fiesta Futsal ni hanya terhad kepada 177 pasukan sahaja dan sehingga kini hampir 40 pasukan telah mendaftar manakala gusti lengan pula kebanyakkan peserta akan mendaftar pada hari pameran dan klinik di adakan pada 06 Mac 2010 dan masih ada kekosongan untuk mana – mana individu atau pasukan yang berminat untuk mendaftar.
FORMAT PERTANDINGAN PERTANDINGAN GUSTI LENGAN

Kejohanan ini hanya menggunakan tangan kanan & format pertandingan adalah kalah mati 2 kali.

Peserta akan ditimbang berat untuk menentukan kategori yang layak.

Pengerusi pengadil bersama pengadil pelepas akan menentukkan peserta-peserta yang menang & kalah.


HADIAH YANG DITAWARKAN

Hadiah keseluruhan wang tunai yang ditawarkan bagi Pertandingan Fiesta Futsal adalah RM 2,400.00

Gusti Lengan

SEMUA KATEGORI

KATEGORI
KEDUDUKAN
NILAI HADIAH

Lelaki 85.1 kg ke atas

Lelaki 75.1 kg – 85.0 kg

Lelaki 75 kg ke bawah

Wanita Terbuka

Johan Wang tunai RM 300.00
Medal
Hamper
Sijil

Naib Johan Wang tunai RM 200.00
Medal
Hamper
Sijil

Ketiga Wang tunai RM 100.00
Medal
Hamper
Sijil

Ke empat - ke lapan
Saguhati Hamper
Sijil

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT DENGAN MENGHUBUNGI:-

Unit Pembangunan Acara
Tel : 03 – 8992 0888 sambungan 843, 844 & 845
Haslinawati (012-629 9617) Fitri Ani (019-357 6879) dan Zarina (012-573 1804)
Faks : 03-89946581

Talian pejabat boleh dihubungi sehingga jam 10.00 malam manakala talian telefon bimbit boleh dihubungi pada bila – bila masa sahaja.

Borang,syarat-syarat & jadual kejohanan boleh didapati di laman web KSN iaitu www.stadium.gov.my.

Kesemua peserta akan diberi sijil penyertaan dan saguhati.


Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja yang telah banyak membantu dalam memberi sumbangan samaada dalam bentuk tunai ataupun barangan yang dipaparkan.

PENAJA /TAJAAN

Nestle Produk Sdn Bhd
Banner,hamper, medal dan piala iringan

F & N, Coca-cola Sdn Bhd
Minuman 100 Plus

Figos Sdn Bhd
T-shirt untuk urusetia
Hadiah barangan Figos untuk pemenang

Bic World Sdn Bhd
Hadiah barangan sampingan dan hadiah pemenang

CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd
Produk Proviton

Pena Media Sdn Bhd
Makanan dan minuman untuk urusetia dan petugas sepanjang kejohanan


Sepintas lalu Pra Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010

Monday, February 8, 2010



Salam Hormat dan Salam 1Malaysia,

Medan perjuangan gusti lengan Selangor 2010 telah dibuka dengan resmi 6 Februari, 2010 yang lalu di UKM. Ini bererti semua pemain-pemain gusti lengan Selangor baik peserta lelaki atau pun wanita sedang berada di zon pertempuran bagi merebut gelaran MR SELANGOR 2010.

Apakah pentingnya perlawanan sesi pemanas badan yang diadakan itu kepada PSLNS dan pemain sendiri. Di sini letakkan penanda aras samada PSLNS ata pemain-pemain telah bersedia untuk mengharungi musim baru.

Menurut pandangan Badang, Pihak PSLNS nampaknya dari segi penganjuran telah cukup bersedia. Tidak lagi terdengar rungutan daripada pemain-pemain dan juga penganjur tentang perjalanan pertandingan. Tidak terdengar rungutan tentang mutu pengadilan seperti sebelumnya. Semuanya berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Cuma Badang berharap, jadual pertandingan anjuran pihak PSLNS lebih tersusun dan kalau boleh pada tahun ini ada sedikit kenaikan dari segi jumlah hadiah wang tunai yang disediakan. Badang juga berharap lebih ramai penaja yang akan sudi tampil menaja siri Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 ini. Kalau tidak dapat secara keseluruhan sirkit, pihak penaja boleh dipelawa untuk memilih untuk menaja mana-mana sirkit pertandingan mengikut kesesuaian mereka.

Bagaimana pula persiapan peserta-peserta gusti lengan Selangor? Apakah telah bersedia? Dari sudut pandangan Badang, prestasi sesetengah pemain tidak memberangsangkan. Mungkin cuti selama dua bulan dari sebarang aktiviti gusti lengan memberi kesan kepada prestasi pemain. Atau mungkin lebih ramai pemain yang telah menunjukan peningkatan berbanding pemain-pemain yang sedia ada.

Nampaknya Afrizal Yunus masih lagi mengekalkan rentak kemenangan walau pun tewas dalam pertandingan merebut gelaran Mr Selangor 2009. Harith Abdullah, Mr Selangor 2009 langsung tidak kelihatan sebaik sahaja berjaya memenangi gelaran Mr Selangor 2009. Apakah beliau masih berminat untuk mempertahankan gelaran itu? Masih terlalu awal untuk membuat rumusan.

Mohamad Fairuddin pula masih belum pulih dari kesan kekalahan di pertandingan yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Muhammad Ridwan, gagal menjuarai Pra Sirkit apaabila tewas kepada Rafael Julius dalam perlawanan pada pandangan Badang merupakan satu perlawanan paling sengit, turut mengakui tidak membuat persiapan rapi.

Sazali bin Nazaki, walau pun berjaya melangkah ke lima perlawanan akhir masih belum mampu untuk meraih apa-apa gelaran. Kali ini tewas pula kepada Mohamad Nizar bin Yusuf, seorang Pegawai Penjara Kajang.

Pemain-pemain regular seperti Ahmad Marsidi Ismail, Mohd Hairul Nazli, Zil Fadzli, Zuazlan, Aidi Adnan, Mohd Ariff, Mohamad Nazwil, Mohd Fauzi, Rosmadian, Rafae @ Tuah dan ramai lagi, adakah anda semua sudah bersedia tahun ini melayan kunjungan peserta luar seperti peserta dari Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Melaka yang telah menyatakan hasrat untuk menyertai pertandingan anjuran PSLNS tahun ini.

Kategori wanita pula, nampaknya Badang berani meramalkan akan terus dikuasai oleh adik beradik Abdul Kadir terutama Zuasliana yang masih belum mampu dicabar oleh mana-mana peserta wanita. Jahlelawati, Norashikin masih belum mapu mengugat mereka ini. Badang ingin mengucapkan tahniah kepada Keluarga Abdul Kadir yang kini diwakili seramai enam orang iaitu dua lelaki dan empat wanita. Syabas Badang ucapkan.

Diharapkan tahun 2010 ini, lebih ramai muka-muka baru akan turut menyertai dan aktif di dalam pertandingan gusti lengan. Kita berharap satu hari nanti, sukan ini akan menjadi antara sukan yang popular di Selangor khususnya.

Badang berharap anda semua telah bersedia untuk mengharungi Sirkit 1 yang akan bermula pada 6 & 7 hb Mac 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Badang akan menunggu di sana.


Badangpower