KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label gegaria harian Metro. Show all posts
Showing posts with label gegaria harian Metro. Show all posts

HARIAN METRO: Mahu gusti lengan wanita

Monday, February 25, 2013

 

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD DAN ANIZA ZAINUDIN

Kuala Lumpur: Kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka pagi dan petang semalam bagi menyaksikan pelbagai acara menarik yang disediakan menjelang Konsert Ekspresi Harian Metro, pada sebelah malamnya.
 
Konsert dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini antara lain sebagai membalas sokongan pembaca setia Harian Metro yang juga akhbar nombor satu negara serta meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Pengunjung, Viviana Hawa Masdar Hidayat, 24, berkata, sejak jam 9 pagi dia sudah menunggu bagi memberi sokongan kepada pelbagai acara yang disediakan.

“Saya pembaca setia Harian Metro sejak dulu lagi. Kini, selepas berwajah baru ia lebih padat dengan pelbagai isu selain cerita muka depan yang menarik.

“Bukan hanya menunggu konsert semata-mata, saya juga mahu memasuki pertandingan gusti lengan, malangnya ia hanya dibuka untuk lelaki saja,” katanya sambil tersenyum.

Menurutnya, dia meminati sukan lasak namun tiada rezeki untuknya bertanding.

“Biarpun gagal memasuki pertandingan itu, saya masih boleh menyertai pertandingan lain misalnya menggubah bunga.

“Saya harap tahun akan datang pihak Harian Metro akan mengadakan pertandingan gusti lengan untuk wanita juga,” katanya.

Bagi Aisarah Raihan Aminuddin, 13, pelawaan ibu bapanya untuk ke Konsert Ekspresi Harian Metro umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

“Saya dan adik memang nak sangat datang kerana terdapat pelbagai program untuk kanak-kanak dianjurkan.

“Misalnya saya menyertai pertandingan mewarna dan melukis. Biarpun hanya mendapat hadiah sagu hati, saya tetap puas,” katanya yang datang dari Sungai Buloh.

Konsert ini turut menampilkan barisan penyanyi dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Antaranya, Ella, Ramli Sarip, Azlan &The Typewriter, Black, Najwa Latif, Alyah, Sleeq, Soo Wincci dan Zivilia Band.

Tidak ketinggalan persembahan daripada kumpulan indie seperti Beatburns, The Jesper, Orange in The Wood dan XPDC Junior, petang semalam.

Harian Metro (19/12/2011): Thiam Siew tetap hebat

Tuesday, December 20, 2011

Oleh Mohd Hilmie Hussin & Azlan Muhammad Zain


BIARPUN cabaran dilaungkan dengan menawarkan hadiah tambahan wang tunai RM700 kepada mana-mana peserta sukan lengan heavyweight iaitu bagi kategori 85kg ke atas, ternyata belum ada yang mampu merampas gelaran daripada Lee Thiam Siew pada pertandingan Sukan Lengan Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM).

Pada aksi yang berlangsung meriah di Dataran 1Malaysia Pantai Klebang, Melaka semalam, Thiam Siew langsung tidak tewas dalam semua perlawanan dan mara ke final dengan tenang biarpun pada awalnya bimbang dengan cabaran yang hadir daripada peserta seluruh negara termasuk dari Sabah.

“Saya awalnya bimbang juga melihat kelibat peserta Sabah yang hadir menyahut cabaran saya menawarkan hadiah tambahan, tapi mungkin saya melakukan latihan mencukupi untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi sejak kali pertama acara ini dianjurkan,” kata Thiam Siew.

“Kalau anda lihat, peserta Sabah kuat-kuat belaka dan menguasai dua kategori. Tapi yang penting Harian Metro berjaya menghidupkan semula kejohanan sukan lengan dengan pembabitan peserta dari seluruh Malaysia.

“Saya gembira kerana dengan penganjuran sukan lengan ini kita dapat mendedahkan kepada orang ramai bahawa sukan ini selamat tapi mereka perlu tahu teknik yang betul.” Thiam Siew menewaskan Bong Kim Boon di final juga berterima kasih kepada barisan pengadil dari Persatuan Sukan Lengan Selangor kerana mengadili perlawanan dengan baik tanpa ada kontroversi baik dari segi undian mahupun mutu pengadilan.

Selepas menang di tiga zon, Thiam Siew melaungkan cabaran menawarkan hadiah tambahan RM500 pada kejohanan di Pulau Pinang.

Sesudah tiada pencabar mampu merampas gelarannya di Pulau Pinang, dia menaikkan tawaran RM700 sebagai tambahan kepada hadiah kemenangan RM800 yang disediakan oleh Harian Metro tapi dia akhirnya muncul juara mutlak di semua lima zon.

Jom Ke Pantai Kelebang, Melaka, 17 & 18 Disember ini..

Wednesday, December 14, 2011

Pertandingan Gusti Lengan Karnical gegaria anjuran Harian Metro datang lagi. Kali ini pertandingan gusti lengan akan diadakan di Pantai Kelebang, Melaka pada 17 & 18 Disember 2011. Ini merupakan acara penutup Karnival Gegaria Harian Metro 2011.

Badangpower menyeru semua pemain dan peminat gusti lengan tidak kira dari mana sekali pun, akan turun ke Pantai Kelebang bagi memeriahkan lagi Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria. Tunjukan sokongan padu anda semua. Insyaallah kalau pertandingan kali ini mendapat sambutan paling haaaaaaangat!,, Badangpower yakin Harian Metro pasti tidak teragak-agak sekali lagi memilih sukan gusti lengan sebagai acara sukan untuk Karnival Gegaria tahun 2012. Borang pun ada ada disiarkan di akhbar Harian Metro.

Jadi apa lagi jom kita ke Melaka, sambil bergusti lengan jangan lupa nikmati Asam Pedas Melaka. Sekali anda rasa, anda akan selalu ingin ke Melaka. Badangpower tunggu anda di sana!!!

Keputusan Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro, Pulau Pinang

Thursday, November 24, 2011


Salam 1Malaysia.

Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro pada 19 dan 20 November, 2011 yang lalu telah berjalan dengan jayanya. Bertempat di Taman Melinium, Kepala Batas, Pulau Pinang berjaya menghimpun lebih daripada 100 ahli gusti lengan dari seluruh negara. Penyertaan yang terdiri daripada remaja lelaki bawah 17 tahun, Wanita dan lelaki 3 kategori.

Sambutan kali ini begitu memberangsangkan walau pun pada waktu pagi terdapat gangguan oleh individu-inddividu yang berniat untuk mengagalkan perjalanan pertandingan ini sewaktui taklimat pertandingan oleh Ketua Pengadil sedang berlangsung (Badangpower akan huraikan hal ini kemudian). ianya tidak berjaya mempengaruhi ahli-ahli gusti lengan yang sememang tertunggu-tunggu untuk menyertai pertandingan ini.

Pertandingan untuk kategori remaja lelaki bawah 17 tahun dan kategori Wanita Terbuka telah diadakan pada 19 Disember, 2011.Siti Khatijah ismail terus mengungguli kategori Wanita Terbuka untuk kali ke tiga berturut-turut. Nampaknya belum ada peserta wanita yang mampu mencabar beliau. Manakala tanpa kehadiran Valen Low dari Singapura dalam pertandingan kali ini memberi kemenangan mudah kepada Radzi Abdul yang mewakili kelab Belia Sungai Seluang, Kulim, Kedah. Berikut adalah keputusan penuh;

Kategori Remaja Lelaki (bawah 17 tahun)
1. Radzi Abdul
2. Muhd Hatta Hawari
3. Ahmad Asry bin Ahmad Zaini
4. Muhammad Aqmal Abdul Rahman

Kategori Wanita Terbuka
1.Siti Khatijah bte Hamid
2. Yusliza Yusof
3. Mazuin Mohd Bashah
4. Yusmala Yusof
Jaguh Melaka, Lee Tiam Siew nyata terlalu unggul untuk ditewaskan apabila muncul juara buat kali keempat berturut-turut Dia terus muncul juara kategori Terbuka Lelaki 85kg ke atas untuk meraih RM800 yang ditawarkan pihak penganjur selain wang tunai tambahan RM500 yang ditawarkan olehnya sendiri sebelum ini sekiranya terdapat juara baru dalam kategori terbabit.

“Kemenangan kali keempat ini memang menggembirakan namun saingan nyata semakin sengit untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM1,300,” katanya yang muncul juara di Johor Bharu, Ipoh dan Temerloh. Menurut Tiam Siew, bukan kemenangan terbabit yang dimahukannya.

“Saya mengharapkan ada pencabar baru yang dapat bergelar juara. Mungkin KGHM selepas ini akan muncul pencabar yang lebih kuat terutamanya dari Sabah,” katanya.

Bong Kim Boon yang juga rakan sepelatih Lee Thiem Swee cuba memberikan saingan kepada Ah Thiem namun masih belum mampu untuk menandingan kekuatan Ah Thiiem. Beliau berjaya ke perlawanan akhir selepas menewaskan naib juara pertandingan gusti lengan yang diadakan di Temerloh iaitu Harith Abdullah dalam perlawanan sengit. Harith Abdullah mendapat tempat ke tiga dan diikuti oleh Mohd Zawawi Hussein.
Untuk kategori lelaki 75kg hingga 85kg, Bong Kim Peng dari Melaka berjaya muncul juara setelah mengalahkan Ku Ruhaizad Ku Rubi dari Perlis. Diikut oleh wakil Selangor, Mohd Zil Fadli Abdul Halim dan Ibrahim Musa dari kedah.

Mohd Nizar Yusof yang mewakili Selangor, sekali lagi berjaya muncul juara tanpa mendapat tentang hebat daripada pesaing-pesaing. Beliau dengan mudah menewaskan Ku Rashid Ku Rubi dalam perlawanan dua set. Tempat ke tiga menjadi milik Kow Peng Kuan dari Melaka dan ke empat Ali Maidin dari Kedah.
 
Keputusan penuh 3 kategori seperti berikut;
 
Kategori Lelaki 85kg ke atas
1. Lee Ah Thiem
2. Bong Kim Boon
3. Harith Abdullah
4. Mohd Zawawi Hussein
 
Kategori Lelaki 75kg -85kg ;
1. Bong Kim Peng
2. Ku Rohaizad Ku Rubi
3. Mohd Zil Fadli Abbd Halim
4. Ibrahim Musa
 
Kategori Lelaki 75kg ke bawah
1. Mohd Nizar bin Yusof
2. Ku Rashid Ku Rubi
3. Kow Peng Kuon
4. Ali Maidin
 
Badangpower bagi pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kaksih kepada pengurusan Harian Metro yang telah sudi menganjurkan pertandingan gusi lengan dengan melantik PSLNS sebagai pengendali kali ini.
 
 

Harith Abdullah kian mencabar

Monday, October 31, 2011

Harith (kanan) sewaktu menentang Lee Tiam Siew di Ipoh (Ehsan Harian Metro)

Berjaya mencuri satu set daripada juara Malaysia, Lee Tiam Siew sudah merupakan satu kejayaan buat Harith Abdullah walaupun tewas dalam perlawanan akhir pertandingan gusti lengan bagi kategori Lelaki A 85kg ke atas. Ini merupakan pertemuan ke dua buat kedua-dua ahli gusti lengan untuk tahun 2011. Di pertandingan yang diadakan di Ipoh Harith turut tewas di tangan Lee Tiam Siew.

"Tidak mudah untuk menewaskan Badang Melaka ini. Walau pun pelbagai teknik yang saya gunakan dalam perlawanan tadi, namun masih sukar untuk menewaskan beliau. Saya perlu menguatkan latihan bagi menghadapi beliau untuk perlawanan seterusnya di Pulau Pinang nanti." Kata Harith Abdullah kepada Badangpower dalam satu perbualan telefon malam tadi sebaik Badangpower dimaklumkan keputusan perlawanan. Kemenangan sebagai naib juara membolehkan Harith membawa pulang RM500.

Menurut maklumbalas yang Badangpower terima dari peserta yang lain, perlawanan akhir bagi kategori Lelaki A cukup hebat apabila Harith Abdullah memberi tentangan sengit kepada Lee Tiam Siew hingga berjaya mengheret ke perlawanan set penentu. Seingat Badang belum ada ahli gusti lengan di semenanjung yang mampu memberikan tentangan sengit ke atas Lee Tiam Siew kecuali seorang ahli gusti lengan dari Sabah.

Apakah ini juga memberi petanda bahawa Lee Tiam Siew atau lebih dikenali sebagai Ah Tiam oleh kebanyakan rakan gusti lengan, tidak lagi boleh memandang ringan kemampuan lawannya seperti Harith dan juga Mohd Zawawi Hussin yang turut menunjukan peningkatan yang membanggakan.Pastinya selepas pertandingaan hari ini Lee Tiam Siew perlu bekerja keras jika ingin terus mencatat kemenangan ke empat berturut.

Secara peribadi, Badangpower merasakan ini merupakan perkembangan yang sihat. Kita tidak mahu hanya pemain tertentu  sahaja yang memonopoli sesuatu kategori. Sebolehnya biarlah lebih lagi ramai pencabar dalam setiap kategori yang dipertandingkan kerana ini akan merancakkan lagi acara gusti lengan.

Badangpower berharap hasil daripada pertandingan gusti lengan anjuran Harian Metro.akan melahirkan lebih ramai jaguh-jaguh gusti lengan sehebat  Lee Tiam  Siew dan Harith Abdullah. Ucapan terima kasih Badangpower ucapkan kepada pihak Harian Metro terutamanya encik Mohd Hilmie Hussin (gambar di bawah) di atas usaha bersungguh-sungguh memperkenalkan gusti lengan kepada masyarakat. Syabas Harian Metro!

Mohd Hilmie Hussin

Badangpower; teringat zaman kehebatan bekas juara Asia, Mohamad bin Maidin.


Keputusan Pertandingan Gusti Lengan hari ke 2 pada 30 Oktober 2011

Lee Tiam Siew atau lebih dikenali sebagai Ah Tiam (kanan) bersama dengan
Mohamad Zawawi mempamerkan kekuatan.


Walaupun Badangpower tidak dapat bersama pada hari ke 2 ini kerana perlu berada di Kuching untuk urusan kerja, Badangpower yakin, Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro masuk hari ke 2 hari ini, pastinya telah berlangsung dengan hebatnya apatah lagi dengan kehadiran ramai ahli gusti lengan yang hebat-hebat dari seluruh negara. Dikhabarkan hampir 90 orang peserta yang telah menyertai pertandingan hari ini.  Walaupun tidak dapat menghadirkan diri, Badangpower tetap tekun mengikuti perkembangannya.

Keputusan rasmi yang Badangpower terima adalah seperti berikut;

Kategori Lelaki A

1. Lee Tiam Siew (Melaka)
2. Harith Abdullah (Neger Sembilan)
3. Mohamad Zawawi Hussin (Kelantan)
4. Bong Kim Boon (Melaka)

Kategori Lelaki B

1. Isman Wahid (Perlis)
2. Azmi Hussin (Kelantan)
3. Mohd Zil Fadli Abd Halim (Selangor)
4. Marven Siew (Selangor)

Kategori C

1. Mohamad Nizar Yusof (Selangor)
2. Ku Rashid Ku Rubi (Perlis)
3. Mohd Zamri. Md Saad
4. Shammsuddin Ahmad (Perlis)

Perlawanan-perlawanan hari ini telah oleh diadili oleh pengadil-pengadil daripada Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor iaitu terdiri daripada Encik Sarwan Hussein, Shuhaimisidy Mohamad dan Shamsul Kahar Ishak. Saudara Abdul Aziz Ali, Presiden Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor dan, Encik Wan Abdul Rahman, Presiden Persatuan Sukan Lengan Negeri Pahang turut sama turun padang untuk menyaksi pertandingan ini.

Badangpower ucapkan tahniah kepada semua pemenang dan semua peserta yang mengambil bahagian. Menang atau kalah tidak penting, yang paling penting penyertaan dalam setiap pertandingan gusti lengan bagi mempopularkan lagi sukan ini.

Badangpower dimaklumkan yang Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro seterusnya akan diadakan di Pulau Pinang pada penghujung bulan November 2011. Badangpower berharap akan lebih ramai lagi akan menyahut cabaran dengan menyertai pertandingan yang akan diadakan di Pulau Pinang nanti.

Jumpa lagi.

Gambar-Gambar Sekitar Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro

Sunday, October 30, 2011

Temerloh, 29 Oktober 2011

Normazlifah Abdul Malik, pemenang tempat ke 4 kategori Wanita Terbuka


Peserta Lelaki remaja Juara hingga tempat ke 4


Valen Low (kanan) menentang Lee Yong Seng

Siti Khatijah (kanan) lawan Mazuin

Mohd Syazwan (kanan) lawan Mohd Zulfakir

 
Mohd Syazwan (kanan) lawan Mohd Zulfakir



Mahirah Mustapa Kamal (kanan) lawan Normazlifah Abdul Malik, perlawanan
 tempat  ke 3 dan ke 4
Valen Low menerima replika cek daripada Pengerusi Karnival Gegaria 2011 Ahmad Salim Bachok

Mazuin Mohd Bashah, naib juara Kategori Wanita Terbuka

Siti Khatijah menang lagi untuk kali ke dua..

Siti Khatijah, juara kategori Wanita Terbuka

Valen Low diistiharkan sebagai juara.

Siti Khatijah Adul Hamid terus mempamerkan kehebatannya dalam acara sukan gusti lengan apabila sekali lagi muncul juara dalam kategori Wanita Terbuka Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro yang diadakan hari ini di Temerloh. Walaupun cuba diberikan saingan oleh Mazuin, namun Siti Khatijah dengan mudah sahaja menewaskan lawannya itu dalam perlawanan dua set. Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut buat bekas atlit rejam lembing kebangsaan yang baru-baru ini memenangi pertandingan gusti lengan di Ipoh dan Pelabuhan Kelang. Kejayaan ini membolehkan Siti Khatijah membawa pulang hadiah wang tunai RM300. Manakala Mazuin menduduki tempat kedua diikuti oleh Mahirah di tempat ke 3 dan Mazlifah di tempat yang ke empat.

Sementara itu bagi kategori lelaki remaja di bawah 17 tahun, sekali lagi dimenangi oleh peserta dari Singapura iaitu Valen Low yang diberi tentangan sengit oleh Lee Yong Seng dari Melaka. Ini juga merupakan kemenangan berturut-turut Velen Low yang muncul juara dalam pertandingan gusti lengan yang diadakan di Ipoh bulan September lalu. Walau pun tewas, Lee Yong Seng yang juga merupakan anak kepada ahli gusti lengan Melaka Lim Tiam Siew telah memberikan saingan sengit mempunyai potensi untuk menjadi barisan pelapis kepada ahli gusti lengan senior. Untuk tempat yang ketiga dan keempat adalah milik dua ahli gusti lengan Pahang iaitu Mohd Syazwan dan Mohd Zulfakar.

Secara keseluruhan sambutan bagi dua kategori ini amat memberangsangkan sekali terutama bagi kategori Wanita apabila ramai penyertaan dari kalanagan kaum ibu dan juga gadis-gadis muda. Malah terdapat juga beberapa orang peserta wanita yang pernah beraksi di Ipoh turut sama menyertai pertandingan kali ini.

Keputusan rasmi:

Kategori Wanita Terbuka;

1. Siti Khatijah Abdul Hamid (Selangor)
2. Mazuin Mohd Bashah (Selangor)
3. Mahirah Mustapha Kamal (Pahang)
4. Normazlifah Abdul Malik (Pahang)

Kategori Lelaki Remaja (bawah 17 tahun)
1. Valen Low Wai Lueen (Singapura)
2. Lee Yong Seng (Melaka)
3. Mohd Syazwan Noor Azmi (Pahang)
4. Mohammad Zulfaqir Marzuki (Pahang)

Esok 30 Oktober, 2011 pasti menjadi hari yang dinantikan oleh peminat-peminat gusti lengan apabila acara kemucak pertandingan gusti lengan apabila sebanyak 3 kategori lelaki pula akan dipertandingan yang bakal menyaksikan penyertaan ahli gusti lengan dari seluruh Malaysia untuk mempamerkan kekuatan masing-masing. Antara yang sah akan hadir esok diantaranya Lee Tiam Siew (Melaka) Mohd Zawawi Hussin(Kelantan) Harith Abdullah (Negeri Sembilan), Mohamad Nizar Yusof (Selangor), Ku Ruhaizad Ku Rubi (Perlis) dan ramai lagi pemain-pemain gusti lengan.

Jadi yang berminat untuk menyaksikan Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro jangan lupa untuk ke Booth Arena untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan yang dijangkakan hebat. Jadi hadirlah ke Karnival Gegaria Harian Metro di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh.

Jommm... jumpa anda di sana!!!