Arena Gusti Lengan di Malaysia Bergolak???

Sunday, October 16, 2011

Share this history on :
Apakah ini nasib sukan gusti lengan di Malaysia satu hari nanti, Bergusti lengan dalam kegelapan.


Salam.

Di tempat Badangpower sekarang boleh dikatakan pada setiap petang akan mendung. Guruh kedengaran sabung menyabung. Kadang-kadang hujan turun, tapi selalunya tak jadi turun. Waktu Badangpower buat posting ini, di luar kedengaran guruh bersahut-sahutan dari kejauhan. Kadang-kadang kuat, ada kalanya pula perlahan. Angin pun adakalanya bertiup kencang juga, Bendera Malaysia yang Badangpower pasang di halaman rumah waktu ni berkibar dengan megahnya. .

Maaflah, Badangpower bukan nak bermetafora petang ni. Cuma nak kaitkan juga iklim Malaysia sekarang dengan arena gusti lengan di Malaysia  waktu ini. Itu sahaja. Maklumlah walaupun Badangpower zahirnya memanglah mempunyai badan sasa yang berotot-otot, lengan yang berketul-ketul, muka yang garang, tetapi dalam hati masih ada darah seni yang mengalir. Jadinya sekali-sekala terkeluar juga ungkapan-ungkapan yang orang muda sekarang istilahkan sebagai jiwang.

Dua hari lepas sewaktu menonton cerita kartun Tom and Jerry di Astro, Badangpower telah menerima panggilan telefon misteri daripada salah seorang orang kuat persatuan sukan lengan negeri. Tak payahlah Badangpower nyatakan persatuan negeri yang mana. Apa yang penting adalah beliau bercerita tentang beberapa perkara yang sedang berlaku di dalam arena sukan gusti lengan di Malaysia. Panas! itu saje yang boleh Badangpower rumuskan buat masa ini. Persoalannya adakah akan berlaku perubahan drastik dalam arena sukan gusti lengan di Malaysia tak lama lagi. Badangpower cuma boleh cakap."No Comment. Tunggu dan lihat!"

Apa sekali pun, Badangpower cuma berharap apa sahaja yang berlaku biarlah ianya memberikan kebaikan kepada arena sukan gusti lengan itu sendiri. Badangpower serta AJK PSLNS yang lain, dan rakan-rakan lain di peringkat Malaysia dan negeri-negeri telah lama bertungkus lumus untuk membangunkan acara sukan ini. Janganlah masalah yang berlaku akan memusnah impian kita semua untuk melihat sukan gusti lengan satu hari nanti berdiri sama tinggi dengan acara-acara sukan yang lain. Sama-samalah kita berusaha mempertingkat martabat sukan gusti lengan di Malaysia.

Jumpa lagi.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: