Harith Abdullah kian mencabar

Monday, October 31, 2011

Share this history on :
Harith (kanan) sewaktu menentang Lee Tiam Siew di Ipoh (Ehsan Harian Metro)

Berjaya mencuri satu set daripada juara Malaysia, Lee Tiam Siew sudah merupakan satu kejayaan buat Harith Abdullah walaupun tewas dalam perlawanan akhir pertandingan gusti lengan bagi kategori Lelaki A 85kg ke atas. Ini merupakan pertemuan ke dua buat kedua-dua ahli gusti lengan untuk tahun 2011. Di pertandingan yang diadakan di Ipoh Harith turut tewas di tangan Lee Tiam Siew.

"Tidak mudah untuk menewaskan Badang Melaka ini. Walau pun pelbagai teknik yang saya gunakan dalam perlawanan tadi, namun masih sukar untuk menewaskan beliau. Saya perlu menguatkan latihan bagi menghadapi beliau untuk perlawanan seterusnya di Pulau Pinang nanti." Kata Harith Abdullah kepada Badangpower dalam satu perbualan telefon malam tadi sebaik Badangpower dimaklumkan keputusan perlawanan. Kemenangan sebagai naib juara membolehkan Harith membawa pulang RM500.

Menurut maklumbalas yang Badangpower terima dari peserta yang lain, perlawanan akhir bagi kategori Lelaki A cukup hebat apabila Harith Abdullah memberi tentangan sengit kepada Lee Tiam Siew hingga berjaya mengheret ke perlawanan set penentu. Seingat Badang belum ada ahli gusti lengan di semenanjung yang mampu memberikan tentangan sengit ke atas Lee Tiam Siew kecuali seorang ahli gusti lengan dari Sabah.

Apakah ini juga memberi petanda bahawa Lee Tiam Siew atau lebih dikenali sebagai Ah Tiam oleh kebanyakan rakan gusti lengan, tidak lagi boleh memandang ringan kemampuan lawannya seperti Harith dan juga Mohd Zawawi Hussin yang turut menunjukan peningkatan yang membanggakan.Pastinya selepas pertandingaan hari ini Lee Tiam Siew perlu bekerja keras jika ingin terus mencatat kemenangan ke empat berturut.

Secara peribadi, Badangpower merasakan ini merupakan perkembangan yang sihat. Kita tidak mahu hanya pemain tertentu  sahaja yang memonopoli sesuatu kategori. Sebolehnya biarlah lebih lagi ramai pencabar dalam setiap kategori yang dipertandingkan kerana ini akan merancakkan lagi acara gusti lengan.

Badangpower berharap hasil daripada pertandingan gusti lengan anjuran Harian Metro.akan melahirkan lebih ramai jaguh-jaguh gusti lengan sehebat  Lee Tiam  Siew dan Harith Abdullah. Ucapan terima kasih Badangpower ucapkan kepada pihak Harian Metro terutamanya encik Mohd Hilmie Hussin (gambar di bawah) di atas usaha bersungguh-sungguh memperkenalkan gusti lengan kepada masyarakat. Syabas Harian Metro!

Mohd Hilmie Hussin

Badangpower; teringat zaman kehebatan bekas juara Asia, Mohamad bin Maidin.


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: