Isu Penggantungan Atlit Gusti Lengan Selangor

Saturday, October 15, 2011

Share this history on :

Salam 1Malaysia.

Nampaknya kekecohan yang tercetus daripada penganjuran Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro pada 24 & 25 September 2011 yang telah diadakan di Ipoh, Perak masih belum selesai. Beberapa hari lalu Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah menerima surat daripada Persatuan Sukan Lengan Malaysia (PSLM) berhubung dengan isu berkenaan.

Surat daripada PSLM itu telah memaklumkan penggantungan beberapa orang atlit gusti lengan Selangor daripada menyertai sebarang pertandingan gusti lengan anjuran PSLM selama 2 tahun berkuatkuasa 1 Oktober 2011. PSLM juga telah mengarahkan PSLNS untuk turut menggantung atlit gusti lengan berkenaan daripada terlibat dengan sebarang pertandingan anjuran PSLNS untuk tempoh yang sama.

Susulan daripada surat itu, PSLNS telah pun bermesyuarat semalam dan membuat ketetapan untuk menangguh perlaksanaan berkenaan di peringkat negeri Selangor sehingga satu siasatan dijalankan ke atas atlit-atlit berkenaan terlebih dahulu. Atlit-atlit yang berkenaan yang terbabit akan dipanggil untuk membela diri. Ini bertujuan memberi keadilan kepada semua yang terlibat.

Yang menjadi masalah untuk pihak PSLNS mengambil tindakan adalah kerana PSLM tidak menyatakan dengan jelas siapakan pemain-pemain yang dimaksudkan. PSLNS akan terlebih dahulu mendapatkan penjelasan rasmi daripada PSLM berhubung dengan nama atlit-atlit yang dimaksudkan. Begitu juga PSLNS ingin memohon penjelasan daripada PSLM samada atlit-atlit gusti lengan daripada persatuan negeri yang lain seperti Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang dikatakan turut terlibat dalam pertandingan berkenaan akan juga dikenakan hukuman penggantungan.

PSLNS akan berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana memandangkan Pertandingan Gusti Lengan Mr Selangor 2011 yang akan diadakan pada 3 & 4 Disember, 2011 di Stadium Bukit Jalil akan turut melibatkan atlit-atlit berkenaan.

PSLNS juga berharap kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan segera dan sebaik mungkin demi kemajuaan sukan gusti lengan di Malaysia. Harus diingat sukan lengan di Malaysia memerlukan sokongan daripada semua peringkat lapisan masyarakat. Segala isu yang timbul hendaklah diselesaikan secara muafakat dan mengembirakan semua pihak yang terbabit.

Jumpa lagi.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: