Nizar, Siti Khatijah juara lagi

Monday, October 3, 2011

Share this history on :

Siti Khatijah (baju merah) menentang Azlina

Pulau Indah, 2 Okt, 2011. Masih hangat dengan kemenangan dan muncul sebagai juara kategori masing-masing di pertandingan gusti lengan yang diadakan di Ipoh minggu lepas, Mohamad Nizar dan Siti Khatijah hari ini sekali lagi menneruskan kecemerlangan deangan mengungguli pula Pertandingan Gusti Lengan Hari Maritime Sedunia 2011 yang diadakan di Institut Latihan Pengurusan dan Pentadbiran Pengangkutan Laut (ILPPPL), Pulau Indah.

Mohamad Nizar yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia Kajang muncul juara bagi kategori Lelaki B selepas menewaskan Hairul Nazli dalam perlawanan dua set. Dengan kemenangan ini Mohamad Nizar membawa pulang medal dan wang tunai RM300. Manakala Hairul Nazli ditempat kedua dan Sazali bin Nazaki di tempat ke tiga dan diikuti oleh Mohamad Nasir ditempat ke empat. seroang lagi pemain gusti lengan veteran yang ingin kembali aktif dalam gusti lengan Sarwan Hj Hussein hanya mampu menduduki tempat ke lima.

Untuk kategori Wanita Terbuka, Siti Khatijah yang juga berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia Kajang muncul juara apabila menewaskan Siti Hawa Abu Bakar juga dalam perlawanan dua set. Siti Hawa yang baru pertama kali mencuba acara sukan gusti lengan menduduki tempat kedua, diikuti oleh Azlina di tempat ke tiga dan Zulina di tempat yang ke empat.

Shuhaimisidy yang juga merupakan orang lama dalam acara gusti lengan turut mencuba nasib dalam pertandingan ini, bagaimanapun hanya mampu menduduki tempat yang ke tiga. Walau pun gagal muncul sebagai juara, kemampuan beliau menewaskan pencabar-pencabar muda telah menunjukan pemain ini masih lagi berbisa dan mempunyai kekuatan yang masih sukar digugat oleh pesaing-pesaing yang masih muda. Kategori Lelaki A ini telah dimenangi oleh Mohd Harith Abdullah yang muncul juara apabila menewaskan Mohd Zil Fadli dalam perlawanan dua set. Harith sebelum ini menduduki tempat ke dua dalam pertandingan gusti lengan yang diadakan di Ipoh minggu lalu. Sementara itu Mohamad Fauzi Basri yang masih tercari-cari rentak permainannya hanya mampu menduduki tempat yang ke empat.


Kesemua perlawanan kali ini diadili oleh pengadil-pengadil dari Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor iaiatu Encik Shamsul Kahar Mohamad sebagai Pengadil Utama dan Encik Mohamad Razali bin Shaharin sebagai Pengadil Kedua.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Laut Malaysia yang telah sudi menganjurkan pertandingan gusti lengan ini sempena dengan sambutan Hari Martime Sedunia 2011.


Mohamad Nizar (kanan) sedang bertarung menentang Rafae @ Tuah.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: