KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label Pulau Indah. Show all posts
Showing posts with label Pulau Indah. Show all posts

Aksi-aksi menarik di Pertandingan Gusti Lengan Hari Maritime Sedunia 2011

Monday, October 3, 2011

Nizar, Siti Khatijah juara lagi


Siti Khatijah (baju merah) menentang Azlina

Pulau Indah, 2 Okt, 2011. Masih hangat dengan kemenangan dan muncul sebagai juara kategori masing-masing di pertandingan gusti lengan yang diadakan di Ipoh minggu lepas, Mohamad Nizar dan Siti Khatijah hari ini sekali lagi menneruskan kecemerlangan deangan mengungguli pula Pertandingan Gusti Lengan Hari Maritime Sedunia 2011 yang diadakan di Institut Latihan Pengurusan dan Pentadbiran Pengangkutan Laut (ILPPPL), Pulau Indah.

Mohamad Nizar yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia Kajang muncul juara bagi kategori Lelaki B selepas menewaskan Hairul Nazli dalam perlawanan dua set. Dengan kemenangan ini Mohamad Nizar membawa pulang medal dan wang tunai RM300. Manakala Hairul Nazli ditempat kedua dan Sazali bin Nazaki di tempat ke tiga dan diikuti oleh Mohamad Nasir ditempat ke empat. seroang lagi pemain gusti lengan veteran yang ingin kembali aktif dalam gusti lengan Sarwan Hj Hussein hanya mampu menduduki tempat ke lima.

Untuk kategori Wanita Terbuka, Siti Khatijah yang juga berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia Kajang muncul juara apabila menewaskan Siti Hawa Abu Bakar juga dalam perlawanan dua set. Siti Hawa yang baru pertama kali mencuba acara sukan gusti lengan menduduki tempat kedua, diikuti oleh Azlina di tempat ke tiga dan Zulina di tempat yang ke empat.

Shuhaimisidy yang juga merupakan orang lama dalam acara gusti lengan turut mencuba nasib dalam pertandingan ini, bagaimanapun hanya mampu menduduki tempat yang ke tiga. Walau pun gagal muncul sebagai juara, kemampuan beliau menewaskan pencabar-pencabar muda telah menunjukan pemain ini masih lagi berbisa dan mempunyai kekuatan yang masih sukar digugat oleh pesaing-pesaing yang masih muda. Kategori Lelaki A ini telah dimenangi oleh Mohd Harith Abdullah yang muncul juara apabila menewaskan Mohd Zil Fadli dalam perlawanan dua set. Harith sebelum ini menduduki tempat ke dua dalam pertandingan gusti lengan yang diadakan di Ipoh minggu lalu. Sementara itu Mohamad Fauzi Basri yang masih tercari-cari rentak permainannya hanya mampu menduduki tempat yang ke empat.


Kesemua perlawanan kali ini diadili oleh pengadil-pengadil dari Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor iaiatu Encik Shamsul Kahar Mohamad sebagai Pengadil Utama dan Encik Mohamad Razali bin Shaharin sebagai Pengadil Kedua.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Laut Malaysia yang telah sudi menganjurkan pertandingan gusti lengan ini sempena dengan sambutan Hari Martime Sedunia 2011.


Mohamad Nizar (kanan) sedang bertarung menentang Rafae @ Tuah.

Panasssssssss di Selangor!!!!

Saturday, October 1, 2011

Salam.

Apa cerita? Ada isu panas yang sedang melanda pemain-pemain gusti lengan Selangor. Ramai yang tak puas hati. Ramai yang nak memberontak. Small community but big issue. Badangpower malas nak cerita kat sini, takut nanti bertambah panas. Takut pandangan umum akan melihat gusti lengan ni sukan yang bermasalah. Tapi tak adil juga kalau ahli-ahli gusti lengan Selangor tak dapat nak meluahkan pandangan mereka., takut nanti meletup lagi susah.

Jadi kalau ada yang nak meluahkan pandangan, Badangpower tak ada masalah untuk membenarkan luahan dan pandangan anda disiarkan di blog ini. Moga ada sinar baru selepas ini. Kalau anda mahu luahkan, Badangpower sedia bagi ruang. Hantar luahan anda. Badangpower berjanji tak akan buat apa-apa suntingan. Cuma ingatan Badangpower pada semua, jaga penulisan, jangan caci maki, jangan ada tuduh menuduh. Apa yang penting kita cuma mahu mencari kebaikan agar sukan Gusti Lengan akan berkembang dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat tanpa prejudis.

Anda boleh hantarkan luahan anda kepada saya di badangpower@yahoo.com

Sementara itu, jangan lupa, esok 2 Oktober, 2011 kita ada pertandingan gusti lengan di Institut Latihan Pengurusan dan Pentadbiran Pengangkutan Laut (ILPPPL), Pulau Indah. Kami akan cuba untuk siarkan setiap perlawanan melalui facebook www.facebook.com/upenyu_my. Jom ramai-ramaikan pertandingan ini. Badangpower tunggu anda di sana.

Jumpa lagi.

Mr Seaman 2011, 3 hari lagi

Thursday, September 29, 2011



Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk anda membuat persiapan ke Pertandingan Gusti Lengan Hari Maritime Sedunia 2011 pada 2 oktober, 2011. Pertandingan ini buat pertama kalainya akan diadakan di Institut Latihan Pengurusan & Pentadbiran Pengangkutan Laut (ILPPPL), Pulau Pindah.

Semua warga negara Malaysia dijemput menyertai pertandingan ini. Dengan yuran pertandingan sebanyak RM15 anda boleh menyertai salah satu daripada kategori yang dipertandingkan. Tiga kategori pertandingan akan diadakan termasuk satu kategori Wanita Terbuka.

Maklumat lanjut tentang pertandingan ini boleh di dapati dalam entry kami sebelum ini.

Jom kita meriahkan Pertandingan Gusti Lengan Hari Maritime Sedunia 2011. ANDA BERANI????

Peta ke venue Pertandingan Gusti Lengan Hari maritime Sedunia 2011 pada 2 Oktober 2011

Thursday, September 22, 2011


Peta perjalanan ke Insititut Latihan Pentadbiran & Pengurusan Pengangkutan Laut (ILPPPL) di Pulau Indah.