
Showing posts with label Mesyuarat Agong PSLNS Ke 2 2008/2009. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat Agong PSLNS Ke 2 2008/2009. Show all posts
Isu Penggantungan Atlit Gusti Lengan Selangor
Saturday, October 15, 2011
Salam 1Malaysia.
Nampaknya kekecohan yang tercetus daripada penganjuran Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro pada 24 & 25 September 2011 yang telah diadakan di Ipoh, Perak masih belum selesai. Beberapa hari lalu Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah menerima surat daripada Persatuan Sukan Lengan Malaysia (PSLM) berhubung dengan isu berkenaan.
Surat daripada PSLM itu telah memaklumkan penggantungan beberapa orang atlit gusti lengan Selangor daripada menyertai sebarang pertandingan gusti lengan anjuran PSLM selama 2 tahun berkuatkuasa 1 Oktober 2011. PSLM juga telah mengarahkan PSLNS untuk turut menggantung atlit gusti lengan berkenaan daripada terlibat dengan sebarang pertandingan anjuran PSLNS untuk tempoh yang sama.
Susulan daripada surat itu, PSLNS telah pun bermesyuarat semalam dan membuat ketetapan untuk menangguh perlaksanaan berkenaan di peringkat negeri Selangor sehingga satu siasatan dijalankan ke atas atlit-atlit berkenaan terlebih dahulu. Atlit-atlit yang berkenaan yang terbabit akan dipanggil untuk membela diri. Ini bertujuan memberi keadilan kepada semua yang terlibat.
Yang menjadi masalah untuk pihak PSLNS mengambil tindakan adalah kerana PSLM tidak menyatakan dengan jelas siapakan pemain-pemain yang dimaksudkan. PSLNS akan terlebih dahulu mendapatkan penjelasan rasmi daripada PSLM berhubung dengan nama atlit-atlit yang dimaksudkan. Begitu juga PSLNS ingin memohon penjelasan daripada PSLM samada atlit-atlit gusti lengan daripada persatuan negeri yang lain seperti Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang dikatakan turut terlibat dalam pertandingan berkenaan akan juga dikenakan hukuman penggantungan.
PSLNS akan berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana memandangkan Pertandingan Gusti Lengan Mr Selangor 2011 yang akan diadakan pada 3 & 4 Disember, 2011 di Stadium Bukit Jalil akan turut melibatkan atlit-atlit berkenaan.
PSLNS juga berharap kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan segera dan sebaik mungkin demi kemajuaan sukan gusti lengan di Malaysia. Harus diingat sukan lengan di Malaysia memerlukan sokongan daripada semua peringkat lapisan masyarakat. Segala isu yang timbul hendaklah diselesaikan secara muafakat dan mengembirakan semua pihak yang terbabit.
Jumpa lagi.

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gantung,
gusti lengan,
gusti lengan Malaysia,
gusti lengan selangor,
Mesyuarat Agong PSLNS Ke 2 2008/2009,
PSLM
Mesyuarat Agong Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor ke 2 Tahun 2008/2009
Tuesday, June 16, 2009
Dimaklumkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor bahawa Mesyuarat Agong Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor ke 2 Tahun 2008/2009 akan diadakan seperti berikut;
Tarikh : 29hb. Jun, 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Bilik Cindia, INTEKMA Resort
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor
Sila rujukan surat jemputan bertarikh 1hb. Jun, 2009.
Semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor adalah dijemput menghadiri mesyuarat ini pada masa, tarikh dan tempat yang dinyatakan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
b.p. Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor
Shamsul Kahar bin Mohamad
Setiausaha
Tarikh : 29hb. Jun, 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Bilik Cindia, INTEKMA Resort
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor
Sila rujukan surat jemputan bertarikh 1hb. Jun, 2009.
Semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor adalah dijemput menghadiri mesyuarat ini pada masa, tarikh dan tempat yang dinyatakan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
b.p. Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor
Shamsul Kahar bin Mohamad
Setiausaha

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
Mesyuarat Agong PSLNS Ke 2 2008/2009
Subscribe to:
Posts (Atom)