Kedudukan Kaki Semasa Perlawanan...

Wednesday, October 19, 2011

Share this history on :
Gambar A 

 Gambar B


Gambar C
Gambar D
Gambar E

Gambar F


Salam.

Sewaktu mengikuti satu pertandingan gusti lengan yang secara kebetulan turut disertai oleh ramai peserta dari beberapa buah negeri, ada satu perkara yang menarik perhatian Badangpower iaitu tentang kedudukan kaki peserta sewaktu perlawanan bermula dan sedang berlangsung.

Salah seorang peserta yang duduk di belakang Badangpower melaung kepada pengadil bila melihat salah seorang peserta yang sedang bertarung meletakkan kakinya atau menyandarkan kakinya pada kaki meja gusti lengan (Sila rujuk kepada gambar terutama gambar C dan D). Dengan rasa kurang senang, peserta di belakang Badangpower itu menyatakan pemain yang berkenaan telah melakukan kesalahan.

Benarkan dakwaan pemain yang berada di belakang Badangpower tu? Seperti biasa tak payahlah kita bertegang urat memenangkan pendapat masing-masing. Kita rujuk sahaja kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh WAF seperti di bawah;

"...SECTION 5 – COMPETITION RULES

5.3.3 Competitor’s legs can be wrapped around the table leg or braced against an opposite table leg prior to the start of the match, providing they are not interfering with their opponent. Feet can be off the ground during competition and legs can be moved in any fashion as long as they don’t interfere with their opponent...."

Maksud perenggan di atas (lebih kurang), pemain-pemain boleh menyandarkan kaki atau menggunakan kaki meja sebagai penahan (wrapped=membungkus?) semasa perlawanan bermula. Juga ianya boleh melakukan perkara yang sama di kaki meja di sebelah pihak lawannya dengan syarat ianya tidak menganggu lawan. Kaki pemain juga boleh tidak menyentuh lantai semasa perlawanan sedang berlangsung. Kaki pemain boleh digerakkan dengan apa juga cara selagi ianya tidak menganggu lawannya.

Jelas menunjukan pemain diberi kebebasan sepenuhnya untuk meletakkan kedudukan kaki mereka asalkan tidak menganngu pihak lawan. Semasa hendak memulakan perlawanan, pemain disyarat hendaklah sekurang-kurangnya satu kaki menyentuh lantai. Jadi selepas ini tidak perlu lagi mempertikaikan kedudukan kaki pemain (lojiknya pengadil pun susah nak mengawasi kaki pemain yang berada di bawah meja sewaktu perlawanan sedang berlangsung!).

Namun satu perkara yang perlu diingatkan oleh pemain-pemain, bahawa kedudukan kaki pemain yang betul boleh membantu pemain memenangi sesuatu perlawanan. Ini kerana kedudukan kaki yang betul akan dapat memberikan kekuatan maksimum kepada pemain. Beruntunglah pemain yang tahu menggunakan kelebihan itu sebaik mungkin dalam usaha mencapai kemenangan..

Oo ya.... lupa pulak nak beritahu dari negeri mana pemain itu, emmm... biarlah rahsia.

Jumpa lagi.


Pictures: Courtesy of  http://armwrestle.biz/trainfoot.html
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

1 comments:

merton tumpoi said...

oh kes kaki ka yg dok berbalah tuh? tkkan depa tatao kot? aku blajaq by youtube pn tao :P