
Showing posts with label malaysia armwrestling. Show all posts
Showing posts with label malaysia armwrestling. Show all posts
Kedudukan Kaki Semasa Perlawanan...
Wednesday, October 19, 2011
Gambar A
Gambar B
Gambar C
Gambar D
Gambar E
Gambar F
Salam.
Sewaktu mengikuti satu pertandingan gusti lengan yang secara kebetulan turut disertai oleh ramai peserta dari beberapa buah negeri, ada satu perkara yang menarik perhatian Badangpower iaitu tentang kedudukan kaki peserta sewaktu perlawanan bermula dan sedang berlangsung.
Salah seorang peserta yang duduk di belakang Badangpower melaung kepada pengadil bila melihat salah seorang peserta yang sedang bertarung meletakkan kakinya atau menyandarkan kakinya pada kaki meja gusti lengan (Sila rujuk kepada gambar terutama gambar C dan D). Dengan rasa kurang senang, peserta di belakang Badangpower itu menyatakan pemain yang berkenaan telah melakukan kesalahan.
Benarkan dakwaan pemain yang berada di belakang Badangpower tu? Seperti biasa tak payahlah kita bertegang urat memenangkan pendapat masing-masing. Kita rujuk sahaja kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh WAF seperti di bawah;
"...SECTION 5 – COMPETITION RULES
5.3.3 Competitor’s legs can be wrapped around the table leg or braced against an opposite table leg prior to the start of the match, providing they are not interfering with their opponent. Feet can be off the ground during competition and legs can be moved in any fashion as long as they don’t interfere with their opponent...."
Maksud perenggan di atas (lebih kurang), pemain-pemain boleh menyandarkan kaki atau menggunakan kaki meja sebagai penahan (wrapped=membungkus?) semasa perlawanan bermula. Juga ianya boleh melakukan perkara yang sama di kaki meja di sebelah pihak lawannya dengan syarat ianya tidak menganggu lawan. Kaki pemain juga boleh tidak menyentuh lantai semasa perlawanan sedang berlangsung. Kaki pemain boleh digerakkan dengan apa juga cara selagi ianya tidak menganggu lawannya.
Jelas menunjukan pemain diberi kebebasan sepenuhnya untuk meletakkan kedudukan kaki mereka asalkan tidak menganngu pihak lawan. Semasa hendak memulakan perlawanan, pemain disyarat hendaklah sekurang-kurangnya satu kaki menyentuh lantai. Jadi selepas ini tidak perlu lagi mempertikaikan kedudukan kaki pemain (lojiknya pengadil pun susah nak mengawasi kaki pemain yang berada di bawah meja sewaktu perlawanan sedang berlangsung!).
Namun satu perkara yang perlu diingatkan oleh pemain-pemain, bahawa kedudukan kaki pemain yang betul boleh membantu pemain memenangi sesuatu perlawanan. Ini kerana kedudukan kaki yang betul akan dapat memberikan kekuatan maksimum kepada pemain. Beruntunglah pemain yang tahu menggunakan kelebihan itu sebaik mungkin dalam usaha mencapai kemenangan..
Oo ya.... lupa pulak nak beritahu dari negeri mana pemain itu, emmm... biarlah rahsia.
Jumpa lagi.

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
malaysia armwrestling,
undang-undang dan peraturan gusti lengan,
WAF
Kemelut di Belakang Tabir Akan Berakhir?
Salam 1Malaysia.
Bagaikan menarik rambut di dalam tepung, itulah usaha yang telah dijalankan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) untuk menyelesaikan kemelut belakang tabir satu pertandingan gusti lengan yang telah diadakan bau-baru ini. Langkah berhati-hati dan berpegang kepada konsep menang-menang, nampaknya telah menunjukan isyarat yang positif.
Badangpower amat menghargai usaha bersungguh-sungguh oleh Encik Abd Aziz Ali, Presiden PSLNS untuk meleraikan pemasalah yang boleh menjejaskan usaha membangunkan sukan gusti lengan di Malaysia yang belum lagi benar-benar kukuh. Gusti lengan memerlukan kerjasama erat di antara pihak persatuan, pemain dan penaja untuk memastikan sukan ini terus berkembang pesat. Segala permasalahan hendaklah segera diselesaikan tanpa perlu mengorbankan kepentingan mana-mana pihak. PSLNS telah memilih jalan tengah dalam usaha menyelesaikan permasalah yang berlaku agar tidak menjadi duri dalam daging sukan gusti lengan.
Adalah diharapkan usaha murni PSLNS ini akan mendapat reaksi positif semua pihak. PSLNS menyeru semua pihak bersatu tenaga, bertolak ansur dan saling bantu membantu bagi mencapai tujuan murni ini. Kepada pemain dan peminat sukan gusti lengan marilah kita bersama-sama memberi sokongan tidak berbelah bagi dengan menyokong segala usaha mana-mana pihak sekali pun yang berusaha memantapkan sukan gusti lengan di negara ini.
Tunjukan sokongan anda dengar menyertai apa juga pertandingan gusti lengan walau di mana ia diadakan, tanpa mengambil kira pihak mana yang menganjurkannya. Ketepikan sikap ego kita demi untuk sukan gusti lengan di negara ini. Kita berharap dengan usaha yang bersungguh-sungguh suatu hari nanti ini dapat melahirkan atlit-atlit gusti lengan yang mampu ditonjolkan di peringkat benua Asia, malah di peringkat dunia juga. Telah terlalu lama kita tidak menyaksikan atlit gusti lengan kita bertanding di pentas gusti lengan antarabangsa.
Marilah kita berdoa agar permasalah ini akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat, insyaallah.
Jumpa lagi.

Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Harian Metro,
malaysia armwrestling
Subscribe to:
Posts (Atom)